Tuesday 30 October 2007

Hey, Adakah Ini Dikatakan Sayang?

Tahukah anda bahawa lagu Rasa Sayang juga pernah dinyanyikan dalam filem Bollywood 48 tahun dahulu? Filem yang dimaksudkan berjudul Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa yang dirakam pada tahun 1959 di Singapura.  yang dibintangi oleh Shammi Kapoor.

 

Seorang pelakon berkerakyatan Malaysia, Maria Menado turut membintangi filem berkenaan sebagai pelakon jemputan. Lagu Rasa Sayang ini dinyanyikan oleh Mohd Rafi dan Lata Mangeshkar.

Singapura pada ketika itu adalah sebahagian daripada Malaya (sebelum Malaysia). Filem Bollywood ini menggunakan lagu Rasa Sayang sudah pasti kerana ia adalah lagu rakyat Malaya. Mustahil sebuah filem luar yang dirakamkan dalam negara akan mengambil lagu rakyat negara asing untuk didendangkan.

Cuba korang tonton klip video di atas. Antara lirik lagu berkenaan yang diberi nama Rasa Sayang Re (bukan Rasa Sayange) ialah

Rasa Sayang Re,
Rasa Sayang Sayang Re,
Hey, pyar ka hee nam?
(Hey, adakah ini dikatakan sayang?)
Rasa Sayang Sayang Re.

Lirik lagu dalam bahasa Hindi di atas "Hey, adakah ini dikatakan sayang?" seolah-olah menggambarkan situasi yang melanda hubungan Malaysia-Indonesia berkenaan sebuah lagu. Rasa Sayang kini menyebarkan rasa benci di antara rakyat kedua-dua negara. Lihat sajalah mesej2 pada shout-out box sebelah dan komen2 yang diberikan pada posting. Lupakah mereka apabila Acheh ditimpa bencana tsunami dulu, Malaysia adalah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan?

Persoalannya, adakah satu kerugian yang besar bagi Indonesia untuk mengakui bahawa lagu berkenaan adalah lagu Nusantara? Akan runtuhkah candi Borobudur jika Rasa Sayang itu dikongsi bersama Malaysia? Perlukah Indonesia menimbulkan provokasi terhadap Malaysia hanya kerana sebuah lagu? Hey, pyar ka hee nam?

Rasa Sayang Lagu Nusantara

Malaysia mendakwa bahawa Rasa Sayang atau Rasa Sayange merupakan lagu yang dimainkan di nusantara sejak zaman-berzaman. Banyak lagi lagu lain seperti Suriram (Soleram), Burung Kakak Tua, Jauh Di Mata, Burung Pungguk, Di Tanjung Katong, Terang Bulan dan Chan Mali Chan menjadi penghubung dalam mengukuhkan persaudaraan orang Melayu di rantau ini.

Rasa Sayang Nusantara (Indonesia, Singapura & Malaysia)

Klip video ini memaparkan gabungan klip video lagu Rasa Sayang dari negara Singapura dan negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Klip video di atas jelas menunjukkan bahawa lagu Rasa Sayang adalah lagu Kepulauan Nusantara. Namun begitu, lagu Rasa Sayang sudah cukup sinonim dengan negara Malaysia di peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah apabila lagu Rasa Sayang ini dimainkan, masyarakat luar mengatakan bahawa ini adalah lagu rakyat Malaysia. Hakikatnya, ia adalah lagu rakyat Nusantara. Jadi, tak perlulah kita berebut pasal sebuah lagu, kerana ia adalah milik semua. Siapa tahu, satu hari nanti, lagu ini diangkat menjadi lagu rakyat ASEAN. "Kita kann serumpunnnn...."

Monday 29 October 2007

Singapura Akui Rasa Sayang Lagu Malaysia

Penyanyi Singapura, Dick Lee penah mengakui bahawa lagu Rasa Sayang adalah merupakan lagu rakyat Malaysia (tonton klip video di sebelah) semasa konsertnya pada tahun 2004. Menurut Dick Lee, beliau terpaksa mengambil lagu rakyat Malaysia ini kerana di Singapura tidak terdapat lagu rakyat.

Ini membuktikan bahawa lagu Rasa Sayang ini terkenal di negara jiran, Singapura sebagai lagu rakyat Malaysia. Ini sekaligus menyangkal dakwaan Indonesia, bahawa lagu ini adalah lagu mereka. Sebagai negara yang berjiran, Malaysia tidak pernah mengambil tindakan drastik menyaman penyanyi Singapura ini pada tahun tersebut. Malah, tindakan penyanyi ini mendendangkan lagu rakyat ini menunjukkan semangat perpaduan Nusantara dan bukannya provokasi murahan.

10 Rasa Sayang vs 1 Rasa Sayange

Aku tertanya2 kenapa baru sekarang Indonesia mahu menuntut lagu Rasa Sayang yang dikatakan berasal dari daerah Maluku. Padahal lagu ini juga penah dinyanyikan oleh sorang penyanyi Taiwan, Teresa Teng. Siap dalam bahasa Mandarin lagi. Malah, Frances Yip dari Hong Kong juga penah merakamkan lagu Rasa Sayang ni. Tak pulak diorang nie disaman! Lagi menarik, cuba korang dengar baik2 lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Cina nie. Macam nak sambut Tahun Baru Cina pulak dengar lagu-lagu nie.

Kedua-dua telah menyanyikan lagu Rasa Sayang ini mengikut versi Malaysia dengan menyebut "Rasa Sayang, Hey" walaupun mereka bukan dari negara ini. Kalau lah lagu ini memang asalnya dari Indonesia, susah pasti mereka menyebut "Rasa Sayange"

Apabila Malaysia menggunakan lagu ini sebagai lagu promosi pelancongan (jingle kampanye pariwisata, wah siap berbahasa indonesia tuuuuu), mula lah Indonesia tidak senang duduk dan mula klaim lagu ini milik mereka. Ini menunjukkan bahawa negara jiran ini sentiasa ingin menimbulkan provokasi terhadap negara kita.

Lagi satu, cuma korang gelintar (search) kat internet fail MP3 Rasa Sayang atau Rasa Sayange. Berapa banyak yang korang jumpa versi Indonesia? Aku ada jumpa. Tapi satu jer. Lagu "Rasa Sayange" yang dirakamkan oleh PT Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos 1962. Kalau korang nak tau, ini lah rakaman pertama lagu Rasa Sayange di atas piring hitam di Indonesia untuk dijadikan cenderahati Sukan Asia pada tahun itu oleh Indonesia. Setahu aku, lagu Rasa Sayang ni dah popular di Malaysia sebelum tahun 1962 lagi. Fail MP3 tu pun masih baru yang diconvert dari piring hitam disebabkan isu perebutan Rasa Sayang. Kalau tak, rasanya memang tak ada langsung versi Rasa Sayang Indonesia.

Cuba korang cari pulak berapa banyak pulak jumlah versi Malaysia lagu Rasa Sayang ni? Yang pasti bukan hanya satu yerrrr... Korang dengar je lah dalam playlist di atas. Itu pun hanya sebahagian daripadanya. Apa yang Indonesia telah buat dengan lagu Rasa Sayange mereka? Mereka sekadar menjadikan lagu ini sebagai cenderahati untuk Sukan Asia tahun 1962. Mereka bukan saja tidak tahu siapa penciptanya, malah beberapa daerah di Indonesia pun saling klaim-mengklaim bahawa lagu ini milik daerah mereka. Tapi, kita di Malaysia, kita tidak menjadikan lagu ini cenderahati, malah mendendangkan di televisyen, radio dan konsert sejak sekian lama. Aku ingat lagi menyanyikan lagu ini di sekolah sejak kecil. Malah dalam mana-mana persembahan kebudayaan terutama dari Tourism Malaysia, pasti diakhiri dengan lagu Rasa Sayang. Beberapa konsert oleh artis terkenal negara juga turut menutup tirainya dengan mendendangkan lagu Rasa Sayang beramai2. Sebab itu lah terdapat begitu banyak fail MP3 pelbagai versi Rasa Sayang di Internet. Dan cuma 1 saja versi cenderahati Rasa Sayange.

Persoalannya sekarang, wajarkah negara yang mempunyai hanya 1 saja lagu Rasa Sayang ini mengklaim lagu ini miliknya dari sebuah negara yang sudah menerbitkan berpuluh-puluh versi lagu ini?

Rasa Sayang (Versi Kantonis)

Lagu ini dibawakan oleh Liu Jun Er. Ini melambangkan bahawa karya seni itu merentasi sempadan. Lagipun mengikut undang-undang hak cipta, selepas 25 tahun sesebuah lagu tidak dipatenkan, ia automatik menjadi milik umum dan bebas diguna sesiapa saja.

Rasa Sayang (Versi Kanak-kanak)

Klip video ini menunjukkan bahawa lagu Rasa Sayang ini bukan sahaja merupakan lagu warisan malah ia turut menjadi nyanyian kanak-kanak di Malaysia.

Sunday 28 October 2007

Indonesia Mengaku Rakyat Malaysia

Aku tertarik dengan mesej-mesej dari Shout-Out Box yang antara lain ditulis oleh mohd rizuan (alfian_adhi@yahoo.ca) pada 27/10/07 23:21 yang mengakui yang dirinya rakyat Malaysia.

mohd rizuan: klu pown kite Msia cakap lagu rasa sayange adalah lagu Kepulauan Nusantara (Malay Archipelago), rase2nyer tak pantas pulak lagu tu dijadikan jingle promosi pelancongan kita!

Sejak bila perkataan jingle ada dalam Bahasa Malaysia nie?

mohd rizuan: Karena lagu itu sememangnyer milik bersama. Jadi, sememangnyer pulak kite guna lagu yang benar2 asli lagu tempatan kite untuk kite jadikan lagu promosi pelancongan kite tu!

Orang Malaysia guna perkataan karena? Kerana apa ya? Hehehe.

mohd rizuan: Saya ni bangsa msia, melayu sgt, tp saye x faham dgn ape2 yg difikirkan oleh rakan2 saya di msia ni…

mohd rizuan: saya pown lebih meminati muzik2 indon, mereka kreatif, x cam kitorang ni, dimaner kreativiti kita? malu saya sebagai bangsa msia... indon sememangnyer best la!

Menarik sekali ayat-ayat bahasa Malaysia yang digunakan oleh mohd rizuan "Malaysia". Jadi untuk kepastian, aku pun menyemak IP Address mesej yang dihantar dan ini adalah hasilnya.

Nampaknya, mohd rizuan mempunyai IP Address yang sama dengan steve (wakhyu_gumilar@yahoo.co.id) iaitu 125.160.121.140. Patutlah steve mengemukakan mesej berikut di Shout-Out Box selang 4 minit dari mohd rizuan dengan menyokong kata-katanya sendiri.

steve: rizuan tu orang malaysia yg sadar, selebihnya gila semua! huhuhu...

Jom kita check, lokasi mohd rizuan dan steve ini melalui iplocationfinder.com. Korang tengok sendiri gambar di bawah dan jawab la sendiri.

Dalam pada mereka menuduh kita mencuri lagu Rasa Sayang, ada pulak rakyat negara tersebut yang mengaku dari Malaysia.

Wednesday 24 October 2007

Suriram vs Soleram

Aku suka mendengar lagu raya nie dendangan Yusni Jaafar, R Jaafar dan AR Badul. Lagu berjudul Suriram yang diubahsuai menjadi Sorrylah. Lagu ini terdapat dalam album Gembira Bersama YBJ di Aidilfitri yang diterbitkan tahun 1994. Lagu Suriram ini juga mungkin mengundang kontroversi seperti lagu Rasa Sayang. Indonesia mungkin akan menuduh Yusni Jaafar, R. Jaafar dan AR Badul mencuri lagu Soleram yang turut popular di kepulauan Melayu Riau kerana mereka sering menyangka diri mereka di pihak yang benar.

Bak kata lagu YBJ "Sorrylah... sorrylah... sorrylah, jangan Marah, Bukan Seloka, bukan bermadah sayang..... Hanya bergurau senda semata".

Lagu Suriram ini juga pernah dinyanyikan oleh Normadiah (Lihat playlist di atas).

Selain itu, lagu ini turut dimuatkan dalam filem Tun Fatimah yang diterbitkan pada tahun 1962.

Betapa kayanya budaya Nusantara ini. Janganlah kerana satu-satu lagu, kita bangsa Melayu dengan bergaduh sesama sendiri. Entah2 diorg pun tak penah dengar lagu2 nie. Dalam kes lagu Rasa Sayang contohnya. Nampak sangat lagu tersebut tidak berjaya dituntut oleh Indonesia kerana sehingga hari ni, Malaysia masih menggunakan lagu ini sebagai lagu promosi pelancongan. Kita pun dapat lihat di TV. Makin rancak lagu Rasa Sayang ni ditayangkan setiap hari tanpa disaman oleh sesiapa. Tentu Indonesia malu dengan provokasi mereka sebelum ini.

Oleh itu, teman-teman sebangsa. Jangan buat malu pada bangsa asing dengan bergaduh pasal satu lagu. Diorg bukannya faham pun maksud lagu kita nie. Entah-entah mendengarnya pun jarang sekali.

Wednesday 10 October 2007

Apa Isunya Rasa Sayang

Isu lagu Rasa Sayang ni tak habis-habis lagi nampaknya. Dalam isu ni, aku bersetuju dengan emel yang dihantar oleh kuseman@pc.jaring.my kepada ruangan Rencana di Utusan Malaysia.Dipetik dari Utusan Malaysia, 8 Oktober 2007

APABILA ada ahli Parlimen Indonesia mendakwa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Indonesia, sebaik-baiknya kita tidak melayan dengan menghujah balik kepada mereka. Ini kerana dakwaan yang dibuat itu lebih bersifat provokasi dan tidak memperlihatkan satu sikap yang bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Indonesia yang mendakwa itu lagu Indonesia sengaja mencari publisiti murahan, maka sewajarnya kita tidak mempedulikan. Fikiran ahli-ahli Parlimen mereka sangat mundur apabila membangkit isu seremeh ini. Tujuannya dengan tidak mengeluarkan modal sesen pun, mereka mendapat publisiti. Mereka tahu untuk mengesahkan milik sebenar lagu Rasa Sayang bukan suatu yang mudah.

Maka kita tidak perlu berdebat dengan ahli Parlimen Indonesia yang mundur dan sengkek. Ini bukan saja suatu yang tidak wajar malah membuang masa dan wang ringgit kerana tidak ada bezanya kalau lagu itu milik Indonesia atau Malaysia. Ini kerana lagu Rasa Sayang tidak membawa pengertian yang besar untuk membuatkan orang luar memahami Malaysia. Maka agak menghairankan apabila lagu itu seolah-olah menjadi lagu rasmi bagi negara ini sedangkan kita mempunyai banyak lagu rakyat lain yang lebih menggambarkan Malaysia. Memanglah lagu Rasa Sayang dinyanyikan sejak kita zaman kanak-kanak dulu tetapi itu tidak bererti harus dilangsungkan kalau isi pengertiannya tidak menjurus kepada sosiobudaya masyarakat negara ini.

Dakwaan yang tidak bertanggungjawab begitu seharusnya dilihat sebagai sampah saja. Kalau benar lagu itu milik Indonesia kenapa baru sekarang timbul isu pemiliknya? Kenapa tidak 10 atau 20 tahun lalu atau sebelum kita mencapai kemerdekaan? Lagu Rasa Sayang sudah dinyanyikan sejak sebelum merdeka lagi. Kenapa tahun 2007 dipilih sebagai tarikh untuk menuntut kembali hak yang dikatakan dimiliki oleh orang lain? Inilah masalahnya ahli Parlimen Indonesia yang mendakwa lagu itu milik mereka. Kita tidak perlu melayan dakwaan seperti itu.

Anggaplah dakwaan itu sebagai satu kenakalan yang sengaja melontarkan provokasi supaya kita melatah. Kalau kita melayan isu lagu Rasa Sayang, pasti akan timbul banyak lagi tuntutan yang tidak berjejak pada akar umbi yang nyata. Siapa saja boleh mendakwa itu dan ini, tetapi tidak semuanya mesti dilayan.

Realitinya kita boleh hidup dan berbudaya dengan lagu Rasa Sayang. Tidak kira sama ada lagu ini milik kita atau Indonesia, Rasa Sayang bukanlah sebuah ciptaan yang mengambil kira pemikiran budaya masyarakat negara ini. Mulai sekarang kita mesti memilih lagu-lagu rakyat yang benar-benar sesuai saja untuk menjadi lagu yang dinyanyikan pada acara-acara rasmi. Malangnya ada pihak telah menjulang lagu Rasa Sayang dalam kempen Malaysia Truly Asia untuk menarik pelancong ke negara ini.

Kepada ahli Parlimen Indonesia yang mendakwa Rasa Sayang milik Indonesia, apa bezanya kalau ia milik Malaysia atau Indonesia? Bukankah karya seni itu suatu yang merentasi tembok bahasa, budaya, politik dan kepercayaan? Nah, kalau milik siapa pun ia tidak mengubah apa-apa, ternyata dakwaan itu hanya provokasi yang tidak ada hasilnya.

Aku bersetuju benar dengan apa yang beliau tulis di atas. Tambah2 lagi dah nak dekat raya nie, apa guna kita bergaduh. Macam apa yang ditulis di atas, kita anggap saja dakwaan bahasa lagu Rasa Sayang milik Indonesia sebagai sampah.

Tuesday 9 October 2007

Selamat Berlepas Buat Angkasawan Negara

Pada malam esok, Rabu tepat jam 9.21 mlm (waktu Malaysia), angkasawan pertama negara kita iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan ke International Space Station, ISS (gambar sebelah) dengan menaiki kapal angkasa Soyuz-TMA 11. Miss Kazakhstan tentu turut berbangga negaranya jadi tempat berlepas angkasawan kita.

Kita di Malaysia sudah pasti berbangga dengan misi sulung negara kita ini menerokai angkasa lepas nie. Bersama-sama beliau ialah angkasawan dari Russia, Yuri Malenchenko dan angkawasan wanita dari Amerika Syarikat, Peggy Whitson.

 

Inilah kapal angkasa yang akan membawa mereka ke ISS esok. Kelihatan bendera Jalur Gemilang megah berkibar.

Jangan lupa tonton detik bersejarah nie kat TV esok mlm, naaa.... Ada siaran langsung tuhhhh...

Apa yang lebih penting, sama-sama lah kita mendoakan keselamatan angkasawan kita dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada beliau yang menyambutnya di ISS.

Monday 8 October 2007

Klaim Rasa Sayang Tetapi Hilang Rasa Sayang

Dipetik dari Harian Metro, 6 Oktober 2007

Aku bersetuju dengan kartun di atas yang menunjuk negara Indonesia lebih mementingkan lagu Rasa Sayang dengan mengetepikan semangat perpaduan serumpun Nusantara. Hasilnya, kita berbalah di blog, shout-out box dan YouTube. Malah ada laporan mengatakan laman web rasasayang.com.my juga diserang dengan perkataan-perkataan kesat oleh rakyat Indonesia. Dimanakah perasaan Rasa Sayang Indonesia? Nampaknya, dalam mengklaim lagu Rasa Sayang ini, sudah hilang perasaan rasa sayang di kalangan Indonesia

Sunday 7 October 2007

Nusantara Aidilfitri 2007

Mulai 18 September hingga 12 Oktober 2007, Sungei Wang Plaza mempersembahkan Nusantara Aidilfitri. Antara yang menarik sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ialah persembahan kebudayaan dari negara-negara Nusantara. Berikut ialah klip video persembahan mereka.
Malaysia - Nazam Lebaran

Ini adalah persembahan Nusantara Aidilfitri yang mewakili negara Malaysia.

Saturday 6 October 2007

Akhbar Indonesia Tidak Menggalakkan Perebutan Lagu Rasa Sayang

Akhbar Indonesia sendiri menyarankan agar Indonesia tidak sewenang2 menuduh Malaysia mencuri budaya mereka. Baca keratan akhbar Indonesia, Kompas di bawah.

Dipetik dari akhbar Kompas, 7 Oktober 2007

JAKARTA, KOMPAS - Seniman dan budayawan Indonesia tidak bisa begitu saja memprotes lagu Rasa Sayange yang dijadikan jingle kampanye pariwisata Malaysia jika belum benar-benar memliki bukti yang kuat bahwa lagu tersebut benar-benar karya bangsa Indonesia. Sebab, lagu yang tidak diketahui siapa penciptanya atau no name itu, juga sudah diklaim Malaysia sebagai lagu rakyat mereka yang sudah ada sejak lama.

Jika Indonesia ingin membuktikan lagu tersebut sepenuhnya karya seniman dan budayawan Indonesia, maka Indonesia harus memiliki bukti yang kuat terkait karya cipta lagu tersebut.

Menurut Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Jero Watjik saat ditanya sebelum mengikuti sidang kabinet paripurna di Kantor Presiden, Kompleks Istana, Jakarta, Rabu (3/10), salah satu direktorat jenderal di Departemen Kebudayaan dan Pariwisata sudah menugaskan para seniman dan budayawan Maluku untuk mencari dan mengumpulkan seluruh bukti terkait karya lagu rakyat tersebut.

”Kita harus membuktikan bahwa itu karya kita. Karena lagu Rasa Sayange itu no-name. Kita harus cari bukti dulu,  karena mereka juga menganggap lagu itu lagu rakyat mereka sejak lama. Jadi, protes kita tidak akan kuat. Apa alasannya jika kita  belum punya data. Kalau kita sudah punya data, barulah kita protes,” ujar Jero.

Jero menegaskan akan memimpin paling depan untuk menggugat Malaysia jika benar-benar lagu tersebut terbukti karya seniman dan budayawan Indonesia. ”Saat ini Ditjen saya masih  berkomunikasi dengan seniman di Maluku untuk mengumpulkan bukti jika memang ada yang bisa membuktikan lagu itu memang ciptaan kita. Kalau ada, mari kita lakukan gugatan,” tambahnya.

Menurut Jero, Indonesia sebenarnya  kaya dengan karya budaya. ”Bukan hanya ribuan, akan tetapi ratusan ribu karya budaya kita yang hingga kini belum terdaftar dan bahkan ada yang tidak mau didaftarkan oleh pemiliknya. Nanti, jika sudah dipakai oleh orang lain atau negara lain, barulah kita ribut kita.  Saya sudah berkali-kali meminta,  dan, kini, sekali lagi saya minta kepada seniman untuk mendaftarkan hak cipta mereka,” jelas Jero

Sebagaimana dilaporkan Kantor Berita Antara, Menteri Pariwisata Malaysia Adnan Tengku Mansor mengatakan lagu Rasa Sayange yang dijadikan jingle kampanye pariwisata Malaysia akan terus digunakan negaranya. Adapun  Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia, Rais Yatim meminta Indonesia membuktikan lagu itu sebagai miliknya. (HAR)

Liat, eh Lihat (aku pun dah terikut bahasa Indonesia, nanti dikata aku mencuri perkataan diorg pulak), akhbar Indonesia sendiri pun menyarankan mereka agar tidak memprotes lagu Rasa Sayang itu milik Malaysia. Ini kerana, Indonesia sendiri pun tidak ada bukti kukuh mengatakan ia milik mereka. Dan ini satu lagi contoh dari akhbar Detik.

Dipetik dari akhbar Detikcom, 4 Oktober 2007

Dirjen HaKI: Tanpa Pencipta, RI Sulit Klaim Lagu Rasa Sayange
Umi Kalsum - detikcom

Jakarta - Lagu Rasa Sayange jadi rebutan publik Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia saja, sejumlah daerah mengklaim lagu itu asli daerahnya. Namun sebetulnya sulit mengklaim lagu itu milik daerah tertentu, RI atau Malaysia, selama pencipta lagu itu belum diketahui.

"Yang penting itu sekarang kita harus tahu dulu siapa penciptanya. Itu kan lagu lama," kata Dirjen Hak atas Kekayaan Intelektual (HaKI) Depkum HAM, Andy N Sommeng, kepada detikcom, Kamis (4/10/2007).

Hak cipta sendiri, kata dia, berlaku secara otomatis. Tidak hanya sekadar ada partiturnya saja. "Begitu dimainkan musiknya, itu sudah jadi hak cipta," kata dia.

Pengklaiman hak cipta akan menjadi mudah jika siapa penciptanya sudah jelas. Namun akan sulit jika pencipta lagu itu tidak ketahuan rimbanya, seperti pencipta lagu Rasa Sayange.

Dan yang perlu diketahui publik, imbuh dia, hak cipta hanya berlaku saat si pencipta masih hidup dan 50 tahun setelah yang bersangkutan meninggal dunia.

"Setelah 50 tahun, maka lagu itu menjadi milik publik. Nah itu (Rasa Sayange) kan lagu lama. Kalau misalnya si pencipta lagu itu meninggal tahun 1945 saja, berarti lagunya sudah milik publik, tidak ada hak royalti lagi," kata Andy.

Andy lalu mencontohkan musik klasik yang diciptakan Mozart atau pencipta musik klasik lain yang hidup tahun 1.800-an atau 1.900-an.

"Lagu klasik kan sering jadi latar belakang (film), kenapa bisa, ya karena sudah milik publik. Tidak perlu lagi bayar hak cipta dan sebagainya. Jadi saya rasa sulit, kecuali ada bukti pencipta Rasa Sayange, misalnya tinggal di Maluku. Kalau sudah meninggal, tahun berapa meninggalnya. Harus didukung bukti epiden," tutur Andy.

Yang tidak kalah penting, imbuh Andy, untuk membuktikan seseorang pencipta lagu Rasa Sayange adalah adanya goretan partitur lagu bersangkutan.

"Kalau tidak ya sulit. Sekarang tinggal bagaimana Malaysia sebagai bangsa yang beradab saja menyikapinya. Tapi sulit juga karena kita masih serumpun. Di Riau yang berbau Melayu pun lagu ini sudah ada sejak dulu. Jadi lebih baik tidak usah dipermasalahkan," katanya

Lagi menarik, rupa2nya di Indonesia sendiri, mereka sesama sendiri pun dok berebut pasal lagu Rasa Sayang nie. Tak caya? Baca keratan akhbar Indonesia nie.

Dipetik dari akhbar Detikcom, 1 Oktober 2007

Enteng: Pencipta Rasa Sayange NN, Boleh Saja Malaysia Memakainya
Niken Widya Yunita - detikcom


Jakarta - Lain Andre Hehanussa, lain Enteng Tanamal. Jika Andre menyebut pencipta lagu Rasa Sayange adalah Katje Hehanussa, maka Enteng menyebutnya no name (NN) alias tidak diketahui penciptanya.

Lagu itu telah lama hadir di tengah masyarakat. Indonesia dinilai terhalang untuk menuntut Malaysia.

"Bagaimana mau menuntut, penciptanya saja tidak ketahuan. Lagu itu sudah ada sejak saya kecil," ujar Ketua Dewan Pembina Karya Cipta Indonesia (KCI) Enteng Tanamal saat berbincang-bincang dengan detikcom, Senin (1/10/2007).

Menurut pria 60 tahun ini, karena tidak diketahui siapa pencipta lagu Rasa Sayange, maka boleh-boleh saja lagu itu dipakai Malaysia sebagai jingle pariwisata.

Meski demikian, nyong Ambon ini berharap agar masalah tersebut dapat terselesaikan. Pemerintah lewat Direktur Hak Cipta atau Departemen Kebudayaan harus mengecek pencipta lagu itu.

Enteng menambahkan, di Tanah Air lagu Rasa Sayange juga menjadi 'rebutan' antara rakyat Ambon dan rakyat Manado.

"Jangankan Malaysia, di Manado saja main klaim," kata ayah mantan penyanyi cilik Joan Tanamal itu.

Rasa Sayang Eh Rasa Sayang-sayang Eh!

Semasa dok melayari internet, terbukak pulak laman blog Kuda Ranggi ni dan menarik betul postingnya tentang Rasa Sayang nie.

Mungkin dah tak ada isu lain atau dah ketandusan modal, maka seorang wakil rakyat di negara jiran Indonesia, menimbulkan persoalan hak milik lagu klasik malar segar, Rasa Sayang.

Dia mahukan pemerintah Indonesia mengambil tindakan ke atas Malaysia kerana menggunakan lagu Rasa Sayang dalam kempen penggalakan Tahun Melawat Malaysia dengan alasan lagu itu hak milik Indonesia.

Dalam erti kata lain, Malaysia telah melanggar hak cipta milik Indonesia dan tindakan sewajarnya perlu diambil. Persoalannya, tidak ada orang yang tahu asal-usul lagu rakyat itu, siapa yang mengarangnya dan siapa yang memegang hak ciptanya.

Lagu Rasa Sayang sudahpun menjadi salah satu lagu wajib bagi ASEAN kerana ia didendangkan sebagai lagu rakyat di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia sebenarnya hak milik manusia yang berbahasa Melayu.

Oleh itu, adalah tidak wajar, kurang bijak dan tidak boleh diterima oleh bukan sahaja Malaysia bahkan Singapura dan Brunei bahawa lagu itu adalah hak milik Indonesia.

Selain lagu Rasa Sayang, mereka juga mempersoalkan hak milik dan hak cipta Indonesia yang mereka dakwa kononnya ditiru oleh Malaysia seperti batik dan wayang kulit.

Apabila diminta mengulas, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Rais Yatim, atas sifat profesionalnya selaku seorang peguam, meminta pihak yang menimbulkan perkara itu memberikan bukti. Menteri Pelancongan Teuku Adnan Teuku Mansor pula berkata lagu itu adalah milik Nusantara dan bukan mana-mana negara tertentu kerana ia adalah lagu rakyat Nusantara Melayu.

Mungkin selepas ini, ada pula wakil rakyat lain di Indonesia yang akan meminta pemerintah republik itu membuat tuntutan ganti rugi ke atas hak milik mi jawa, mi bandung,asam jawa, bahulu betawi, air bandung,Kampung Jawa dan keris Taming Sari atas alasan semuanya hak milik mereka.

Apa kesudahannya?

Nak tergelak bila baca Indonesia nak buat saman ganti rugi atas Mee Jawa. Jadi, sesiapa yang nak buat Mee Jawa pada Hari Raya nie, buat senyap2 tau. Jangan masukkan dalam YouTube... Kalau nak masukkan jugak, pastikan anda mendapat keijinan dari pemerintah Indonesia tau. Kalau x nanti, kena saman.... Entah2, nak pakai samping raya ni pun x boleh. Samping milik Indonesia jugak ke?

Rasa Sayang? Kita Tidak Gentar

Bravo buat menteri kita yang tidak gentar dengan tindakan pemimpin Indonesia mahu menyaman kita. Ini menunjukkan betapa menteri kita mempunyai pemikiran yang tinggi. Kami sentiasa di belakang anda.

Dipetik dari Berita Harian, 4 Oktober 2007

KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham dengan mereka (kerajaan Indonesia) dan saya tidak takut dengan ugutan itu. Kita akan tetap gunakan lagu Rasa Sayang untuk mempromosi Malaysia dan menarik lebih ramai pelancong," kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Malah, gembira kerana tindakan Indonesia mahu menyaman Malaysia menunjukkan usahanya mempromosi Malaysia menggunakan lagu Rasa Sayang memberi tekanan kepada negara jiran itu yang ketandusan idea untuk menarik lebih ramai pelancong.

Katanya, tindakan Indonesia itu menunjukkan rasa iri hati dan cadangan menyaman Malaysia tidak berasas kerana tiada bukti siapa pencipta lagu itu yang sudah sekian lama menjadi siulan masyarakat di kedua-dua negara.

"Jika mereka mahu saman teruskan. Tapi atas dasar apa. Siapa pencipta lagu itu. Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana di Malaysia kita tidak berkira memutarkan lagu artis mereka, sedangkan mereka tidak mahu membantu memutarkan lagu artis kita.

"Saya beri jaminan, kita tidak takut dan tidak akan tunduk dengan sikap mereka," katanya mengulas laporan Indonesia sedang menimbang mengambil tindakan undang-undang berhubung penggunaan secara komersial lagu Rasa Sayang yang didakwa republik itu miliknya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Indonesia, Jero Wacik, semalam dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada Indonesia mempunyai hak cipta terhadap lagu popular itu dan mengatur mesyuarat dengan Ahli Parlimen yang mendesak Jakarta mengambil tindakan undang-undang terhadap Kuala Lumpur.


Sementara itu, pelbagai pihak berpendapat bukan mudah menentukan pencipta sebenar lagu Rasa Sayang yang menjadi siulan ramai kerana ia tidak pernah dipatenkan dan lagu tradisional yang mendapat sentuhan penggubah dari kedua-dua negara.

Bekas Pengarah Muzik RTM, Datuk Johari Salleh, berkata saya tidak fikir Indonesia boleh menyaman Malaysia kerana lagu itu terlalu lama dan sudah menjadi milik khalayak. Mengikut undang-undang hak cipta, selepas 25 tahun sesebuah lagu tidak dipatenkan, ia automatik menjadi milik umum dan bebas diguna sesiapa saja.

Pensyarah Kebudayaan Universiti Malaya, Dr Ariff Ahmad, berkata susur galur masyarakat Melayu nusantara dan penghijrahan rakyat Indonesia ke tanah Melayu mungkin mendorong perkongsian lagu Rasa Sayang.

Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim pula berkata, satu kajian perlu dibuat segera bagi mengenal pasti asal usul lagu tradisional seperti Rasa Sayang bagi mengelakkan kekeliruan dan konflik berterusan antara kedua negara.

Rasa Sayang Tidak Boleh Dituntut Sesiapa

Jika mereka boleh bersuara, kita pun boleh bersuara.

Dipetik dari Utusan Malaysia, 6 Oktober 2007

Rais Yatim sedia debat isu lagu Rasa Sayang

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sedia berhujah dari segi undang-undang dan budaya Nusantara bagi membuktikan lagu Rasa Sayang tidak boleh dituntut oleh mana-mana negara termasuk Indonesia.

Beliau juga mahu melihat apakah tindakan dan undang-undang antarabangsa yang bakal digunakan oleh Indonesia bagi membuktikan lagu tersebut sebagai hak warisan negara itu.

‘‘Kita mempunyai bukti yang kukuh daripada kajian terperinci untuk menangkis tuntutan Indonesia tersebut,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan ahli-ahli Parlimen Indonesia yang mahu pemerintah Indonesia menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan lagu tradisonal mereka iaitu Rasa Sayange dalam kempen ‘Malaysia: Truly Asia’ bagi menarik kemasukan pelancong asing.

Warisan

Lagu tersebut dikatakan sudah menjadi warisan sejati republik itu dan penggunaannya perlu mendapat keizinan daripada negara berkenaan terlebih dahulu.

Menurut Rais, pemimpin-pemimpin di Indonesia patut melihat lagu-lagu rakyat Nusantara sebagai medium untuk memupuk keharmonian dan hubungan dua hala di antara negara dan bukan untuk berbalah dengan Malaysia.

Gesaan itu, ujarnya, menunjukkan ahli Parlimen Indonesia yang terlibat tidak memahami makna budaya Nusantara serta mempunyai pemikiran yang mundur.

‘‘Lagu-lagu rakyat Nusantara tidak boleh dituntut oleh mana-mana negara kerana ia telah lama wujud melalui masyarakat pedagang dan tersebar di seluruh Nusantara sejak zaman Sri Wijaya lagi iaitu pada abad keenam hingga 13,’’ jelasnya.

Beliau berkata, rakyat Nusantara bermakna semua penduduk alam Melayu iaitu Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan sebahagian daripada masyarakat Melayu minoriti Afrika Selatan serta Sri Lanka.

Aku paling bersetuju apabila menteri kita mengatakan ahli Parlimen Indonesia yang terlibat mempunyai pemikiran mundur dalam kata-kata lain minda kelas ketiga. Bravo, Datuk Seri Rais Yatim. Rasa sayang hey, rasa sayang sayang hey.....

Mereka Tuduh Kita Mencuri?

Dipetik dari Utusan Malaysia, 6 Oktober 2007
 

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Tindakan beberapa ahli Parlimen Indonesia yang mempersoalkan hak milik lagu Rasa Sayang adalah tidak wajar kerana banyak lagu tempatan termasuk lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut dipindah milik ke republik itu.

Menurut seorang penyelidik lagu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohammad Hashim, 60, isu hak cipta tidak wujud pada zaman dahulu kerana pencipta pada masa itu mahu muzik mereka didengari di seluruh dunia.

‘‘Penyanyi Indonesia sendiri seperti Sjaugi (Shaugi), Hasnah Tahar dan Rien pada awal tahun 1980-an pernah merakam semula lagu-lagu P.Ramlee seperti Hujan di Tengah Hari, Kata Dari Kalbu, Apabila Kau Tersenyum, Azizah, Tjik Mamat (Che Mamat) dan Jalei-Jalei (lagu Yale-Yale yang dipetik dari filem Berdosa 1951) untuk pasaran Nusantara.

‘‘Mengapa pula tidak ada orang dari Malaysia yang membantah apabila ada penyanyi Indonesia mengambil lagu kita untuk dinyanyikan semula,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas beliau, lagu-lagu yang diciplak dari P. Ramlee masih disiarkan oleh radio Klasik Nasional FM sehingga hari ini tanpa sebarang prejudis oleh masyarakat negara ini sedangkan mereka sedang berura-ura untuk menyaman kerajaan Malaysia.

Kalau mereka menuduh kita mencuri, mereka pun ada juga mencuri. Tapi, ada kita bising macam diorg?

Indonesia Mencuri Bahasa Melayu?

Dipetik dari wikipedia.org

Mengenai Bahasa Melayu / About the Malay language

Malaysia Brunei Singapura Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara yang antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina malah sehingga Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Sejak kebelakangan ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disedari oleh masyarakat di dunia.

ايڠين تاهو تنتڠ بهاس ملايو؟ بهاس ملايو اداله سبواه بهاس اوسترونيسيا دان ممڤوڽاءي كاءيتن يڠ راڤت دڠن بهاس2 ايتنيك لاءين يڠ دتوتوركن دنوسنتارا. بهاس اين دتوتوركن دسلوروه كڤولاون ملايو نوسنتارا يڠ انتاراڽ ايندونيسيا, مليسيا, بروني, سيڠاڤورا, سلاتن تايلند, سلاتن فيليڤينا ماله سهيڠگا ڤولاو كريستماس داوستراليا. بهاس ملايو جوگا ڤرنه منجادي بهاس ليڠگوا فرنكا ڤد كمونچق كسلطانن ملايو ملاك. سجق كبلاكڠن اين كڤنتيڠن بهاس ملايو سماكين دسداري اوليه مشاركة ددنيا.

Indonesia Timor Leste Ingin tahu tentang Bahasa Melayu? Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan berkerabat dekat dengan bahasa-bahasa suku bangsa lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa ini dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu Nusantara, yaitu di antaranya di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan dan bahkan juga di Pulau Christmas di Australia. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada puncak kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka. Dewasa ini kepentingan Bahasa Melayu semakin disadari oleh masyarakat di dunia.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura.Bahasa Indonesia yang menjabat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa resmi negara Indonesia merupakan sebuah dialek bahasa Melayu.

Untuk menjelaskan kekeliruan saja.

Wednesday 3 October 2007

Pasal Rasa Sayang, Blog Kena Serang

Lorrrr... Perlu ke pasal Rasa Sayang, blog ni kena serang?

Gaduh kat sini bukan berhasil apa pun. Bawak je isu ni ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Macam isu perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan dulu.. Siapa yang menang? Malaysia jugak kannnn.. Jadi lagu Rasa Sayang ni, agak2 korang, siapa yang menang yerrrr.... Sayang kat Rasa Sayang Malaysia

Rasa Sayang Malaysia

Aku rasa pelik lak kenapa tiba2 blog ini menerima kunjungan hebat dari PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) dari Indonesia. Dan lagi pelik, diorg dok bising2 pasal isu lagu Rasa Sayang nie yang kononnya dicipta oleh Indonesia.

Inilah klip video yang Indo dok bising-bising mengatakan ni lagu asal diorg.

Ini pula adalah kenyataan dari menteri yang bertanggungjawab. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia (3 Oktober 2007)

 
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) mahu pemerintah Indonesia mengemukakan bukti bahawa lagu Rasa Sayang yang digunakan oleh Malaysia bagi menarik pelancong ke negara ini merupakan warisan sejati republik itu dan penggunaannya perlu mendapat keizinan terlebih dahulu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isu tersebut seharusnya tidak timbul kerana Rasa Sayang merupakan lagu yang dimainkan di nusantara sejak zaman-berzaman.

Katanya, banyak lagi lagu lain yang tidak dapat dibuktikan penciptanya tetapi menjadi penghubung dalam mengukuhkan persaudaraan orang Melayu di rantau ini.

‘‘Lagu-lagu seperti Rasa Sayang, Jauh Di Mata, Burung Pungguk dan Terang Bulan ialah lagu nusantara yang mengikat tali persaudaraan orang zaman dahulu dari kedua-dua negara.

‘‘Sila buktikan ia milik Indonesia sebab sebahagian lagu-lagu ini adalah lagu nenek moyang kita dan kita tidak boleh katakan seseorang itu menciptanya,’’ kata Rais ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran KeKKWa di Masjid Wilayah di sini, malam ini.

Beliau mengulas gesaan ahli-ahli Parlimen Indonesia, antaranya Hakam Naja dari Parti Amanah Nasional yang mahu pemerintah Indonesia menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan lagu tradisonal Rasa Sayange dalam kempen ‘Malaysia: Truly Asia’ bagi menarik kemasukan pelancong asing.

Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula mahu Malaysia meminta izin daripada pemerintah Indonesia untuk menggunakan lagu itu dengan mendakwa ia adalah warisan republik itu.

Lagu Rasa Sayange dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia dan dinyanyikan sejak beberapa generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.

Menurut Rais, beliau percaya pemerintah Indonesia tidak akan bertindak terburu-buru untuk menyaman kerajaan Malaysia tanpa sebarang bukti kukuh.

Jelasnya, tindakan tersebut sekiranya diambil hanya akan menjejaskan hubungan persaudaraan yang telah lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

‘‘Dari segi budaya, saya kira mereka tidak harus ambil jalan tersebut.

‘‘Kita pun boleh katakan sebahagian lagu kita mereka nyanyikan dan terbitkan di sana tanpa apa-apa honorarium kepada penyanyi asal dari negara ini,’’ katanya.
 

Lagu Rasa Sayang ini dipercayai berasal dari Maluku dan bukan terbukti dari sana. Jika terbukti, kemukakanlah sheet music asal lagu ni, bukan buat bising di Shout-Out Box naaaaa....Kita kan satu rumpun, buat per laaa gaduh2. Nanti tsunami lagi, baru tau. Opppssss