Hari ini genaplah usia 52 tahun tanah air kita, Malaysia merdeka! Sama-samalah kita merayakan hari ini dengan semangat Satu Malaysia! Klip video di bawah ini menampilkan kejayaan-kejayaan dan budaya asli Malaysia. |
Detik-detik kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957 kekal dalam ingatan kerana itulah detik yang penuh bersejarah. |
Kita sudah pasti berbangga kerana kemerdekaan negara kita dicapai atas perjuangan dan kebijaksanaan pemimpin negara kita masa itu. Kemerdekaan tanah air kita dicapai atas usaha diplomasi dan rundingan. Tambahan pula, kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama 52 tahun ini mengatasi negara jiran kita yang sudah merdeka 64 tahun. Hinggakan Indonesia begitu iri dengan kemajuan yang dicapai oleh negara ini. |
|
Di sebelah ini adalah kartun yang dihasilkan oleh Indonesia sempena sambutan 31 Ogos 2009. Lihat penghinaan mereka terhadap YAB Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. |
|
Beginilah pemikiran mundur rakyat Indonesia. Mereka memikirkan pemimpin kita seperti pemimpin mereka yang masih takutkan mak lampir dan mementingkan isu remeh seperti tari pendet, manohara dan lagu-lagu kuno. Tidak hairanlah penduduk Indonesia masih ramai yang tinggal di bawah kolong jambatan dan rumah kumuh atas pemikiran mundur mereka. |
|
Yang pasti, pemikiran mundur mereka tidak sama sekali memundurkan negara kita Malaysia. Malaysia akan terus ke depan meninggalkan. Biarkan saja Indonesia dengan sikap iri mereka di belakang. Sama-sama kita doakan negara kita terus makmur dan maju. Salam 1 Malaysia. p/s-Kejayaan Malaysia, kebanggaan kita semua. Aku suka dengar lagu Satu Malaysia dari Siti Nurhaliza di bawah ni. Klik sini untuk download lagu ini. |