Pada 30 Julai 2009, Utusan Malaysia melaporkan bahawa 13
buah pulau yang tidak berpenghuni di Sabah sedang dalam proses penandaaan. Klik
sini untuk berita penuh atau di bawah ini disertakan beberapa petikan
daripada akhbar tersebut. |
|
Tiga belas buah pulau di perairan Sabah kini dalam proses penandaan
sebagai bukti penguasaan pulau tersebut adalah milik Malaysia |
Proses penandaan itu termasuklah membabitkan pembinaan tugu,
menaikkan bendera Malaysia dan menamakan mana-mana pulau yang tidak
mempunyai nama. |
“Langkah itu sejajar dengan keputusan kerajaan untuk menandakan
semua pulau yang tidak berpenghuni dan kecil berada di perairan Malaysia
selepas Malaysia menang kes tuntutan pertindihan Pulau Ligitan dan
Sipadan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” |
Semoga proses penandaan ini akan meluaskan lagi kedaulatan wilayah
negara kita. Malah, ini akan menidakkan tuntutan Indonesia ke atas
wilayah Ambalat. Semoga wilayah tersebut akan menjadi milik Malaysia
seperti Pulau Ligitan dan Sipadan. Bersama doakan agar Malaysia terus berdaulat dan merdeka. Selamat menyambut bulan kemerdekaan
negara ke-52. Merdeka! |
|
Jika ditanya sama Ambalat, sudah pasti ia tidak mahu menjadi sebahagian daripada negara Indonesia yang mundur.