Wednesday, 3 October 2007

Pasal Rasa Sayang, Blog Kena Serang

Lorrrr... Perlu ke pasal Rasa Sayang, blog ni kena serang?

Gaduh kat sini bukan berhasil apa pun. Bawak je isu ni ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Macam isu perebutan Pulau Sipadan dan Ligitan dulu.. Siapa yang menang? Malaysia jugak kannnn.. Jadi lagu Rasa Sayang ni, agak2 korang, siapa yang menang yerrrr.... Sayang kat Rasa Sayang Malaysia

Rasa Sayang Malaysia

Aku rasa pelik lak kenapa tiba2 blog ini menerima kunjungan hebat dari PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) dari Indonesia. Dan lagi pelik, diorg dok bising2 pasal isu lagu Rasa Sayang nie yang kononnya dicipta oleh Indonesia.

Inilah klip video yang Indo dok bising-bising mengatakan ni lagu asal diorg.

Ini pula adalah kenyataan dari menteri yang bertanggungjawab. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia (3 Oktober 2007)

 
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) mahu pemerintah Indonesia mengemukakan bukti bahawa lagu Rasa Sayang yang digunakan oleh Malaysia bagi menarik pelancong ke negara ini merupakan warisan sejati republik itu dan penggunaannya perlu mendapat keizinan terlebih dahulu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isu tersebut seharusnya tidak timbul kerana Rasa Sayang merupakan lagu yang dimainkan di nusantara sejak zaman-berzaman.

Katanya, banyak lagi lagu lain yang tidak dapat dibuktikan penciptanya tetapi menjadi penghubung dalam mengukuhkan persaudaraan orang Melayu di rantau ini.

‘‘Lagu-lagu seperti Rasa Sayang, Jauh Di Mata, Burung Pungguk dan Terang Bulan ialah lagu nusantara yang mengikat tali persaudaraan orang zaman dahulu dari kedua-dua negara.

‘‘Sila buktikan ia milik Indonesia sebab sebahagian lagu-lagu ini adalah lagu nenek moyang kita dan kita tidak boleh katakan seseorang itu menciptanya,’’ kata Rais ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran KeKKWa di Masjid Wilayah di sini, malam ini.

Beliau mengulas gesaan ahli-ahli Parlimen Indonesia, antaranya Hakam Naja dari Parti Amanah Nasional yang mahu pemerintah Indonesia menyaman kerajaan Malaysia kerana menggunakan lagu tradisonal Rasa Sayange dalam kempen ‘Malaysia: Truly Asia’ bagi menarik kemasukan pelancong asing.

Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula mahu Malaysia meminta izin daripada pemerintah Indonesia untuk menggunakan lagu itu dengan mendakwa ia adalah warisan republik itu.

Lagu Rasa Sayange dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia dan dinyanyikan sejak beberapa generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.

Menurut Rais, beliau percaya pemerintah Indonesia tidak akan bertindak terburu-buru untuk menyaman kerajaan Malaysia tanpa sebarang bukti kukuh.

Jelasnya, tindakan tersebut sekiranya diambil hanya akan menjejaskan hubungan persaudaraan yang telah lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

‘‘Dari segi budaya, saya kira mereka tidak harus ambil jalan tersebut.

‘‘Kita pun boleh katakan sebahagian lagu kita mereka nyanyikan dan terbitkan di sana tanpa apa-apa honorarium kepada penyanyi asal dari negara ini,’’ katanya.
 

Lagu Rasa Sayang ini dipercayai berasal dari Maluku dan bukan terbukti dari sana. Jika terbukti, kemukakanlah sheet music asal lagu ni, bukan buat bising di Shout-Out Box naaaaa....Kita kan satu rumpun, buat per laaa gaduh2. Nanti tsunami lagi, baru tau. Opppssss

Friday, 10 August 2007

Namewee Lupa Daratan

Terkejut bercampur sedih dengan laporan akhbar Harian Metro beberapa hari lepas tentang sorang pelajar Malaysia yang menuntut di Taiwan telah menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk membuat klip video lagu negaraku versi rap yg dikenali sbg Negarakuku.

Lagu yg dihasilkan bukan versi baru untuk Negaraku tetapi diselitkan dengan unsur-unsur berbau perkauman. Lebih menyedihkan apabila ramai pulak rakyat Malaysia yang menyokong usaha Namewee yang aku sifatkan sebagai pengkhianat negara. Wahhh.. pengkhianat can-do, gituuuu.

Lagi-lagi menyedihkan, bila aku try search lagu Negaraku di Youtube, yang akan disenaraikan dulu ialah lagu Negarakuku nie. Apa pandangan org luar (alien) bila diorg nak dengar lagu Kebangsaan negara kita, yang diorg akan dengar ialah lagu nie. Tentu diorg tergelak bila dengar part "Rahmat Bahagia, Tuhan kurni akan" yang sepatutnya "Rahmat Bahagia, Tuhan kurniakan"

Ada pulak isu yang kita menyokong Namewee mengatakan kita x perlu hormat Negaraku sebab bukan ciptaan asli negara kita. Tak kira laaaa lagu nie dari Mamula Moon ke... dari Terang Bulan ke... tapi skang dah jadi lagu Negaraku dengan lirik tersendiri, kenalah kita hormat. Tul x?

Apa2 pun, aku sebagai anak jati Perak berbangga dengan lagu Negaraku ni sbb sebelum lagu ni dipilih jadi lagu kebangsaan, dah lama dahhhh jadi lagu Negaraku. X caya? Dengar lagu Negeri Perak kat bawah nie.

Walau di mana kita berada, di Indonesia ke... di Thailand ke... di Cambodia kerrrr... hati sentiasa terkenang Malaysia....Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri." Macam Karam Singh Walia laaa pulak. Selamat Hari Kemerdekaan ke-50!