Wednesday 26 March 2008

Bahasa Melayu Malaysia Berkembang Di Indonesia

Pekan Baru yang merupakan ibu kota bagi Kepulauan Riau yang terletak di republik Indonesia. Kebudayaan Melayu di Indonesia paling berkembang pesat di sini. Walaupun masyarakat Riau juga berbahasa Melayu seperti di Indonesia dan Malaysia, tetapi mereka mempunyai dialek mereka sendiri.

Namun, dialek tersebut tidak mendapat tempat di hati masyarakat tersebut apabila stesen televisyen tempatan di sana iaitu TVRI Pekanbaru mengetepikan bahasa Melayu Riau. Apa yang lebih membanggakan mereka bukan saja tidak menggunakan bahasa kebangsaan mereka tetapi menggunakan dialek Melayu Malaysia!! Ini sudah pasti meresahkan pihak media utama yang berpusat di Pulau Jawa. Rujuk petikan berita berikut yang dipetik dari DetikNews bertarikh 12 Februari 2008. Klik sini untuk berita penuh.

Petikan berita berikut mengukuhkan lagi kerisauan mereka tentang perkembangan bahasa Melayu Malaysia di Riau.

Kebimbangan masyarakat Indonesia yang berpusat di Jawa tentang hal ini terlihat dalam keratan akhbar berikut.

Mereka sepatutnya menyedari bahawa masyarakat Riau lebih berbangga menggunakan bahasa Melayu dari sebuah negara yang lebih maju berbanding dengan negara mereka sendiri. Jika tidak, masakan siaran berita TVRI Pekanbaru menggunakan bahasa Melayu Malaysia.

Sebenarnya, hal ini juga berlaku di negara Brunei. Jika korang pernah menonton siaran berita di Radio Televisyen Brunei (RTB), mereka juga menggunakan dialek Melayu Malaysia. Dengan itu, berbanggalah dengan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia.

p/s - Blogger Pekan Baru On The Net pun malu mengakui bahawa dia berasal dari Indonesia. Malah berbangga meletakkan lokasi profilenya sebagai di Johor Bahru, Malaysia. Orang Riau tuh... Rujuk sini untuk postingan terdahulu.