Saturday 31 January 2009

Indonesia Bangga Sama Obama

Gambar di atas adalah tajuk utama akhbar Indonesia, AntaraNews yang bertarikh 23 Januari 2009.

Setelah tiada apa lagi yang boleh dibanggakan di negara sendiri, ditambah pula dengan kegagalan VIY 2008, Indonesia kini begitu berbangga sekali apabila Obama melafazkan "Terima kasih. Apa kabar?" baru2 ini. Ungkapan sedemikian menurut mereka telah cukup membuktikan bahawa presiden AS ini fasih berbahasa Indonesia.

Bagi orang yang pernah tinggal di Indonesia, ungkapan itu adalah biasa. Tiada apa yang perlu dibanggakan.

Aku juga yakin Obama boleh melafazkan bonjour atau arigato gozaimasu? Layakkah beliau dikatakan fasih berbahasa Perancis ataupun Jepun?

Lebih melucukan apabila akhbar Indonesia, Tempointeraktif mengatakan bahawa Obama Berdialog dengan Bahasa Indonesia. Klik gambar untuk berita penuh.

Apa? Dengan hanya melafazkan "Terima kasih. Apa kabar?" sudah bisa dikatakan berdialog dalam bahasa Indonesia? Lucu sekali.

Selepas ini sudah pasti Indonesia membuat cerita yang Barack Obama menikmati bakso, tempe dan terasi sebagai makanan harian di White House bagi meraih simpati dan perhatian presiden itu yang pernah menetap di Indonesia.

Thursday 1 January 2009

Visit Indonesia Year 2008 (VIY) Gagal

Hari ini tertutuplah tirai 2008. Kepada semua, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Selamat membina azam baru. Dengan ini juga, berakhirlah Visit Indonesia Year 2008 (VIY 2008) atau Tahun Kunjungan Wisata Indonesia 2008.

Semasa mencanangkan tahun tersebut, kerajaan Indonesia menetapkan target yang amat kecil iaitu hanya 7 juta pelancong.

Namun, apa yang melucukan sekali ialah target yang amat sedikit itu pun gagal dicapai.

Berikut ialah petikan berita yang dipetik dari ahkbar online Indonesia. Klik gambar untuk berita penuh mengenai kegagalan mereka.

Kegagalan VIY 2008 ini membuktikan bahawa masyarakat dunia tidak tertarik dengan omongan kosong Indonesia bahawa batik, rendang, reog dan Rasa Sayang adalah milik mereka. Hasilnya, Indonesia sekali lagi gagal setelah mereka gagal menuduh bahawa Malaysia mencuri budaya mereka.

p/s - Yang pasti, bajaj, terasi,  tempe mereka juga tidak mampu menarik pelancong ke sana.