Tuesday 20 May 2008

Indonesia Kalah Di Kampung Sendiri

Indonesia mendapat malu di tempat sendiri apabila gagal memenangi Piala Thomas 2008. Lebih memalukan apabila mereka juga tidak berjaya memasuki pusingan akhir pertandingan tersebut yang diadakan di Jakarta.

 

Pertandingan ini sudah pasti membanggakan Malaysia kerana negara Korea berjaya dikalahkan 4-1. Malang bagi Indonesia apabila mereka diganyang oleh negara Korea 3-0. Malu buat negara Indonesia sekali lagi. Berikut ialah keputusan pertandingan tersebut.

 


Pusingan Akhir
  China China - Korea Korea 3-1
 
Pusingan Separuh Akhir
  China China - Malaysia Malaysia 3-2
  Korea Korea - Indon Indonesia 3-0

Wednesday 7 May 2008

Indonesia Raya Bukan Original

Indonesia sendiri sepatutnya mencermin diri mereka dahulu sebelum menuduh Malaysia menciplak (jiplak) budaya mereka. Ini kerana, lagu Indonesia Raya yang merupakan lagu kebangsaan mereka bukanlah ciptaan asli negara Indonesia. Ia sebenarnya adalah lagu ciplak alias cetak rompak. Tonton klip video di sebelah.

Klip video di atas membuktikan bahawa lagu Indonesia Raya diplagiat dari lagu Belanda Lekka Lekka, Pinda Pinda.  Nampaknya Indonesia begitu sayangkan Belanda hingga lagu penjajah itu dijadikan lagu kebangsaan mereka. Amat memalukan sekali!

Lagu kacang juga jadi pilihan. Kenapa kacang pulak? Sebenarnya, perkataan Lekka dalam bahasa Belanda bermaksud sedap, manakala Pinda pula bermaksud kacang.

Bendera Indon Tersilap Pasang

Gambar di sebelah pula menunjukkan naskhah muzik asal yang diciplak Indonesia menjadi lagu kebangsaan mereka.

Bukti lain yang mengatakan Indonesia meniru lagu Belanda ini terdapat dalam wikipedia. Berikut ialah petikannya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.

Sebuah lagi laman web, SABDA Space juga mengiyakan bahawa lagu Indonesia Raya adalah lagu cetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi laman web turut melabel lagu Indonesia Raya sebagai karya jiplakan. Klik sini untuk petikan penuh.

Apa yang menarik, SABDA Space mengatakan bahawa segala yang terdapat di Indonesia adalah bukan asli !!

Lagu kebanggaan mereka pun tidak asli! Batik dan rasa sayange pun bukan asli Indonesia. Rupiah? Reog Ponorogo? Tempe? Kunyit? Terasi? Heu, nama negara mereka pun nggak asli.

Bendera Indon Tersilap Pasang

p/s - Macam mana bendera Indonesia boleh terbalik pasang pulak kat atas tu? Nyotek lagi rupanya. Bagi orang Indonesia, bila kalian makan kacang.... ingatlah Indonesia Raya.

Bendera Indon Tersilap Pasang