Thursday 31 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung blog ini. Penghujung 2009 ini bukanlah satu pengakhiran atau permulaan tetapi ia satu kesinambungan...

Wednesday 30 December 2009

Belasungkawa Buat Gus Dur

Gus Dur, mantan presiden Indonesia meninggal dunia hari ini pada jam 6.45 petang. Sebab kematiannya belum diumumkan tetapi dari sumber berita terpercaya, ia meninggal semasa mendapat rawatan gigi. Innalillahi wainna ilaihiraji'un.

Gus Dur disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit CiptoMangunkusumo. (Di Indonesia ada rumah sakit? Rumah pun bisa sakit, doang?). Pelik sungguh bahasa Indonesia ini. Hehehe.

Berbalik semula kepada Gus Dur.

Antara sumbangan utama Gus Dur dalam pentadbiran Indonesia ialah mengurangkan diskriminasi bangsa Indonesia selama ini ke atas kaum Cina Indonesia dengan membenarkan perayaan Tahun Baru Cina (dipanggil Imlek dalam bahasa Indonesia) disambut di republik itu.

Masyarakat keturunan Tionghoa di Indonesia kembali mendapatkan kebebasan merayakan tahun baru Imlek pada tahun 2000 ketika Presiden Abdurrahman Wahid mencabut Inpres Nomor 14/1967 [Sumber]

Diskriminasi terhadap kaum Cina di Indonesia telah berlaku sekian lama sebelum pemerintahan Gus Dur. Kemuncaknya adalah Jakarta Riot 1998 atau Kerusuhan Jakarta 1998. Ada yang menyebutnya sebagai anti-Chinese riot.

Dalam kejadian itu, banyak kaum Cina dirompak, dibunuh, diperkosa dan diseksa. Sebelum kejadian itu, banyak lagi penindasan ke atas kaum Cina berlaku di Indonesia.

Dalam sejarah Indonesia, kelompok etnik Tionghoa telah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan beramai-ramai atau penjarahan, antaranya:

  • pembunuhan di Batavia pada tahun 1740;

  • pembunuhan pada masa Perang Jawa antara tahun-tahun 1825-1930;

  • pembunuhan beramai-ramai di Jawa pada tahun-tahun 1946-1948;

  • peristiwa ras pada 10 Mei 1963 dan 5 Ogos 1973;
    Malari pada 1974; dan

  • Rusuhan Mei 1998. [Sumber]

Klip video di bawah menunjukkan kekejaman bangsa Indonesia ke atas kaum Cina yang juga merupakan rakyat republik itu semasa Jakarta Riot 1998

Tahniah buat Gus Dur setelah beliau mengambil tampuk pemerintahan Indonesia, beliau telah mengambil tindakan berani membenarkan bangsa Cina Indonesia merayakan Imlek.  Hari ini, pada usia 69 tahun, beliau telah pun meninggal dunia. Semoga roh Gus Dur dicucuri rahmat yang Maha Esa.

Tuesday 29 December 2009

Acheh: Setelah Lima Tahun Tsunami

26 Disember lalu, genaplah 5 tahun Banda Acheh diserang tsunami. Malaysia turut menghantar bantuan kemanusiaan ketika jirannya ini ditimpa musibah.

Tragedi menyayat hati ini masih menjadi ingatan penduduk dunia hari ini. Takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam mala petaka yang ditimpakan ke atas Indonesia ini.

Menyedari bahawa bencana yang ditimpakan ini adalah balasan Tuhan kepada mereka, banda Acheh hari ini mula menguatkuasakan undang-undang syariah. Antara yang pertama dikuatkuasakan ialah larangan memakai skinny jeans atau seluar jeans ketat.

Mulai 1 Januari 2010, perempuan Muslim yang memakai celana ketat maupun celana jeans di Aceh Barat, bersiap-siaplah menghadapi nasib digunting celananya dan diganti dengan rok yang disediakan pemerintah. [Sumber]

Walaupun begitu, hari ini undang-undang tersebut telah mula dikuatkuasakan. Gambar sebelah menunjukkan seorang wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh.

Gambar ini pula menunjukkan seorang anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat sambil menunjuk jari ke muka beberapa wanita kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh.

Sudah pasti, tarian pendet juga bakal diharamkan di Indonesia kerana semua penarinya hanya berkemban.

Model kesayangan bangsa Indonesia iaitu si Manohara juga perlu berwaspada. Sekiranya kamu kepingin ke Acheh, nampaknya baju ini tidak sesuai lagi, doang. Kamu seharusnya mengenakan rok yang disediakan pemerintah.

Yang pasti, ini juga ngak bisa di sana. Woof... woof....

Thursday 24 December 2009

Indonesia: Tanpa Gempa, Kakus Bisa Runtuh

Gempar! Tanpa gempa bumi, tanpa tsunami, tiba-tiba gedung beli-belah terkemuka di Jakarta iaitu Tanah Abang runtuh. Puting beliung juga bukan punca runtuhnya bangunan tersebut.

Apa yang melucukan ialah bangunan yang runtuh itu adalah tandas atau kakus dalam bahasa Indonesia. Sudah pasti, tai terpercik di sana sini. Hehehe.

Ini adalah gambar-gambar di sekitar kecelakaan kakus yang melanda ibu kota negara si Pulau Kelapa ini.

Berikut ini adalah petikan daripada akhbar Indonesia, Kompas.com

 

JAKARTA, KOMPAS.com - Robohnya bangunan tambahan yang melekat di sisi kanan Pusat Grosir Tanah Abang, Jakarta Pusat, Rabu (23/12/2009) menyisakan duka. Setidaknya 17 orang telah menjadi korban akibat bangunan yang diduga dibangun tanpa memerhatikan unsur keselamatan. [Sumber]

 

Beginilah bangunan di Indonesia, tanpa gempa bumi pun bisa runtuh, doang. Cuba bayangkan kalau gempa bumi melanda Tanah Abang. Sudah pasti bangunan ini roboh menyembah bumi seperti di Padang baru-baru ini.

Yang pasti, pemerintah Indonesia mempunyai tugas berat dalam membangunkan stadium untuk Sukan SEA lagi 2 tahun. Adakah bisa runtuh juga seperti Pusat Grosir Tanah Abang? Sama-sama kita tunggu dan liat.