Monday 13 April 2009

Songkran Dan Darurat

Lautan manusia berbaju merah kini memenuhi Bangkok dan menjadikan bandaraya itu kacau bilau.

PM kita yang baru yang ke Pattaya untuk menghadiri satu sidang Asean terpaksa balik awal disebabkan kekacauan tersebut. Berikut adalah petikan kesedihan PM kita atas apa yang berlaku di Thailand.

  "Sebaik saja kami terbang, saya merenung kembali dengan penuh keprihatinan bagaimana cabaran politik dalam negara seperti ini boleh menghalang kerja-kerja baik kelompok negara serantau seperti ASEAN – dan melambatkan manfaat daripada integrasi yang lebih erat kepada beratus-ratus juta penduduk yang tinggal dan bekerja di Asia Tenggara."  
   

Memang benar apa yang dikatakan oleh PM kita tu. Rusuhan seperti ini hanya merugikan. Lihat saja negara Indonesia di mana rakyat mereka sering merusuh. Pasal budaya mereka merusuh, pasal lagu mereka merusuh hinggakan sesudah lebih 60 tahun mereka merdeka, negara mereka masih mundur.

Tempias itu kini dirasai pula Bangkok apabila mereka sendiri terpaksa membatalkan perayaan utama mereka, Songkran.

Bangkok Post
 

Amat sedih jika Songkran disambut dengan tembakan gas pemedih mata tahun nie. Diharapkan situasi di Bangkok akan segera reda. Peace.

 

Thursday 9 April 2009

Indonesia Sudah Jatuh Ditimpa Pesawat

Jika Jakarta hampir tenggelam dek air empangan Situ Gintung yang pecah, lain pula ceritanya di Bandung. Bukan air, tapi nahas (naas) udara pula menimpa mereka. Pesawat tentera Indonesia (TNI) terhempas lalu menyebabkan 24 orang tewas, opppsss... maut. Bukan itu saja, pesawat itu turut merempuh hangar di airport Hussein Sastranegara, Bandung.

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa negara Indonesia kerana hingga kini Kesatuan Eropah (EU) masih melarang pesawat Indonesia terbang dan mendarat di Eropah. Ini kerana, sejak kebelakangan ini, pesawat penumbang, kargo malah tentera (militer) milik Indonesia sering mengalami kecelakaan.

Tidak hairanlah jika insiden terbaru ini akan mengakibatkan Kesatuan Eropah melanjutkan lagi larangan terbang ini hingga berdekad2 lamanya. Klik gambar untuk berita penuh.

Eropah sendiri menyedari akan bahaya pesawat Indonesia seperti Garuda dan Adam Air. Atas sebab itu, Garuda nggak biasa terbang bebas lagi.

Sunday 5 April 2009

Indonesia Maling Lagu Malaysia?

Dalam diam2, negara tetangga kita, Indonesia rupanya meminati lagu2 negara kita. Terbaru, Ahmad Dhani atau Muhammad Dhani menyanyikan semula lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Madu Tiga. Ini adalah video klip nya.

 

Lebih membanggakan, lagu yang originalnya hasil karya anak watan Malaysia dinyanyikan semula mengikut arrangement yang sama seperti nyanyian P. Ramlee malah liriknya tidak ditukar (tonton klip video di bawah). Bukan itu saja, lagu ini mula mendapat tempat di carta muzik Indonesia seperti Inbox SCTV.

 

Bagi aku, tidak salah kiranya karya P. Ramlee yang dinobatkan sebagai warisan negara Malaysia dinyanyikan oleh sesiapa. Malah, aku berbangga kerana karya negara kita terkenal di seluruh dunia. Janganlah mengikut jejak primitif dengan merusuh dengan menyalak "maling.. maling..." hanya kerana isu karya dan rekacipta. Sesungguhnya, kreativiti itu melintasi sempadan.

 

p/s-Tidak hairan juga mengapa Siti Nurhaliza juga dipilih menulis dan mendendangkan lagu Ketika Cinta untuk soundtrack filem Indonesia bertajuk Perempuan Berkalung Sorban.