Tuesday 29 January 2008

Selepas Kematian Suharto

Negara jiran kita pada masa kini sedang berkabung selama seminggu ekoran berita kematian Suharto (ejaan lama: Soeharto), mantan presiden republik itu. Berita kematian Suharto itu turut menjadi headlines banyak agensi berita antarabangsa. Klik gambar berikut untuk laman berita tersebut.

Berdasarkan keratan akhbar online utama di atas, nampaknya masyarakat antarabangsa melabelkan Suharto sebagai diktator Indonesia. Kenyataan ini kurang disenangi oleh beberapa media massa Indonesia.

Selain kurang bersetuju Suharto digelar diktator, pers negara itu juga tidak bersetuju Suharto digelar pahlawan nasional.

Begitulah hala tuju pers negara itu yang sering berubah2. Apa yang mereka mahu agaknya? Apa2 pun, Al-fatihah untuk Allahyarham Suharto.

Friday 25 January 2008

Uniquely Singapore Guna Lagu Filem Malaysia

Korang tentu pernah menonton filem komedi Seniman Bujang Lapok. Filem Malaysia ini diarahkan oleh seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961 yang turut dibintangi oleh Aziz Sattar dan S. Shamsudin. Rujuk keratan wikipedia di bawah atau klik gambar untuk ke artikel penuh.

Lagu yang paling menarik dari filem tersebut ialah Menchecheh (Menceceh) Bujang Lapok (Tonton klip video di sebelah).

Menariknya lagu ini hinggakan ia telah digunakan oleh Singapura baru2 ini dalam promosi pelancongan Uniquely Singapore. Lagu tersebut telah diubah menjadi Uniknya Singapura. (Tonton klip video di sebelah).

Walaupun lagu tersebut adalah ciptaan anak watan Malaysia, negara kita tidak mengambil tindakan kepada Singapura seperti yang dilakukan oleh Indonesia terhadap lagu Rasa Sayang sebelum ini. Ini kerana, Malaysia mengambil rasional bahawa seni dan budaya itu merentasi sempadan tidak seperti pemikiran sempit Indonesia.

p/s - Aku tak dapat bayangkan bagaimana kalau Uniquely Singapore menggunakan lagu dari filem Indonesia. Tentu demonstrasi besar berlaku di depan kedutaan Singapura di Jakarta.

Monday 21 January 2008

Ayuh Tolak Angin Truly Indonesia

Baru2 ini, angin Truly Indonesia telah melanda negara tetangga kita. Setelah kempen Malaysia Truly Asia berjaya menarik 21 juta pelancong semasa Tahun Melawat Malaysia yang lalu, mereka tanpa memikir panjang terus saja meniru cara kita. Kali ini mereka menggunakan slogan Truly Indonesia semata2 untuk menarik hanya 7 juta pelancong.

Tidak cukup dengan slogan, angin Truly Indonesia ini juga disampaikan menerusi sebuah iklan yang bertajuk "Tolak Angin Truly Indonesia". Lucu sekali tajuk iklan tersebut. Tonton klip video di sebelah dan rujuk sini (dipetik dari Gatra.com).

Gatra.com melaporkan bahawa, iklan tersebut dibuat kononnya untuk menyindir tindakan Malaysia menggunakan lagu Rasa Sayang dan isu budaya lain sebelum ini. Malang sekali, setelah lebih sebulan iklan itu disiarkan di Indonesia, ia tidak dipedulikan langsung di negara kita. Ini kerana media kita tidak sebodoh pers negara tersebut yang sering mensensasikan isu termasuklah tempeh dan kunyit. Nampaknya, angin Truly Indonesia yang mereka tolak, tidak mampu sampai di Malaysia. Mereka diumpamakan anjing menyalak bukit.

Apa yang lebih menarik ialah klip video itu dihasilkan dengan cara meniru cara Malaysia mengiklankan Rasa Sayang sebelum ini. Dengan cara menciplak, bolehkah dikatakan ia Truly Indonesia? Selain itu, elemen2 budaya yang ditayangkan di dalam iklan itu juga terdapat di Malaysia seperti lagu Rasa Sayang, Reog Ponorogo, angklung dan batik. Jadi ia bukanlah Truly Indonesia.

Tepat sekali dengan tajuk iklan tersebut dinamakan Tolak Angin Truly Indonesia. Mereka sendiri pun menolak angin itu. Jom ramai-ramai kita menolak angin Truly Indonesia ini.

Diharapkan Indonesia dapat membuat iklan yang lebih menarik untuk Tahun Kunjungan Wisata mereka agar ia betul2 Truly Indonesia dan menepati slogan Celebrating 100 years of nation's opppsss national awakening.

p/s - Biarlah mereka menolak angin (kentut) Truly Indonesia itu hari2 dan biar mereka sendiri yang menghirupnya.

Friday 18 January 2008

Garuda Tidak Bisa Terbang Bebas Lagi

Selain daripada kesilapan memalukan pada slogan serta ketandusan laman web yang berkualiti bagi mempromosikan Tahun Kunjungan Wisata Indonesia (VIY 2008), VIY 2008 ini juga menghadapi cabaran getir dalam mencapai target kecil 7 juta turis mancanegara.

Ini kerana, semua pesawat penerbangan Indonesia masih lagi diharamkan terbang ke Eropah termasuklah pesawat kebangsaan negara itu, Garuda.

Klik gambar headlines berikut untuk berita penuh.

Gambar di sebelah menunjukkan air route terkini penerbangan Garuda (Klik untuk besarkan). Jika dulu, burung garuda mitos bebas terbang ke sana sini, Garuda moden hanya boleh mendarat tidak sampai 30 destinasi antarabangsa.

Pengharaman oleh Kesatuan Eropah (EU) ini disebabkan oleh banyaknya kecelakaan yang menimpa pesawat dari negara Indonesia yang meragut nyawa. Lihat gambar-gambar berikut.

EU menyifatkan penerbangan Indonesia tidak selamat digunakan. Dengan itu, penduduk2 di benua itu juga dinasihatkan agar tidak menggunakan pesawat penerbangan Indonesia di rantau Asia.Yang menjadikan keadaan lebih parah ialah apabila pelancong dari Eropah tidak lagi dilindungi insurans apabila menggunakan penerbangan Indonesia.

Walaupun turis Eropah masih boleh menggunakan penerbangan lain untuk ke Jakarta atau pulau Bali, bagaimanakah kalau mereka mahu ke Padang, Medan, Makassar, Sulawesi, Lombok, Jayapura, mahupun ke Pontianak? Destinasi tersebut sudah pasti mencatatkan kemerosotan daripada jumlah kemasukan pelancong.

Keratan akhbar online berikut membuktikan bahawa pengharaman ini menjejaskan sektor pelancongan negara itu.

Isu-isu di atas inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh negara itu tahun lepas sebelum sambutan VIY 2008. Ini tidak, mereka lebih tertarik dengan isu perebutan lagu Rasa Sayang, Reog Ponorogo, rendang, tempeh dan kunyit. Hasilnya, turis Eropah nggak bisa nongkrong Reog di Ponorogo kerana takut naik Garuda, mas!

Thursday 17 January 2008

Logo Visit Malaysia Year Di Pesawat MAS

Meskipun sudah berlalu, Visit Malaysia Year diabadikan pada gambar pesawat Malaysia Airlines Systems (MAS)

Air Asia juga tidak mahu ketinggalan menyambut tahun Visit Malaysia Year yang lalu. Yang pasti, logo ini tidak pernah tersilap pasang!

Tuesday 15 January 2008

Situs Resmi Visit Indonesia Year 2008?

Kemunduran Tahun Kunjungan Wisata Indonesia (VIY 2008) bukan sahaja terlihat pada slogan yang digunakan, malah laman web rasmi sempena tahun berkenaan seolah2 tidak wujud.

Cuba korang gelintar (search) di Google.com mengenai Visit Indonesia Year. Dan resultnya seperti di gambar sebelah.

Korang lihatlah sendiri laman web VIY 2008 yang pertama disenaraikan di Google.com dengan klik sini. Adakah itu laman web VIY 2008?

Berbeza dengan Tahun Melawat Malaysia (VMY 2007). Cuba korang search pula, Visit Malaysia Year.

Laman web yang pertama disenaraikan sudah tentulah Tourism Malaysia. Dan cuba korang bandingkan kedua2 laman web ini.

Kedua2 gambar di atas menunjukkan bahawa laman web VIY 2008 jauh ketinggalan dari VMY 2007. Rekabentuk laman web tersebut juga tidak menarik. Berjayakah mereka menarik 7 juta turis mancanegara tahun ini?

Selain itu, tahun ini juga dicanangkan sebagai Tahun Melawat Terengganu. Apa yang membanggakan ialah laman web rasmi Tahun Melawat Terengganu 2008 jauh lebih maju dari laman VIY 2008.

Walaupun hanya sebuah negeri yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara Indonesia, kemajuan pelancongan negeri ini tidak dapat dinafikan lagi.

Kemajuan laman web Terengganu ini diakui sendiri oleh forumer Indonesia di SkyscraperCity Forum (Lihat gambar). Klik gambar berikut atau rujuk sini untuk ke forum tersebut.

Diharapkan pendedahan ini menyedarkan negara Indonesia tentang pentingnya keberadaan di dunia cyber.

Mereka sepatutnya memajukan dahulu laman web negara mereka dan bukannya menyerang serta menceroboh laman web negara lain seperti yang pernah diperlakukan kepada laman web Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada tahun lepas. Rujuk sini atau klik gambar sebelah.

Dengan itu, sama2 kita menjayakan tahun pelancongan negeri2 di Malaysia pada tahun ini. Yang pasti, pelancongan dalam negara lebih menarik dari melancong ke Indonesia. Malaysia Truly Asia.

Sunday 13 January 2008

Tahun Kunjungan Wisata Indonesia Memalukan

Kedua2 gambar di atas menunjukkan logo bagi Visit Indonesia Year 2008 (VIY 2008) atau dikenali Tahun Kunjungan Wisata Indonesia 2008. Kenapakah VIY 2008 menampilkan dua logo?

Ini kerana kesilapan yang memalukan pada slogan VIY 2008 tersebut. Begitulah mundurnya negara Indonesia. Bukan saja pada aspek ekonomi dan pelancongan, malah pada penguasaan bahasa Inggeris.

Apa yang lagi memalukan ialah kesilapan ini disedari hanya pada tahun ini setelah VIY 2008 dilancarkan.

Kesilapan yang memalukan ini diakui oleh berita Liputan 6 pada 9 Januari 2008. Tambah memalukan apabila slogan yang salah dari segi tatabahasa Inggeris itu turut diletakkan pada setiap pesawat Garuda Airlines! Klik gambar berikut untuk diperbesarkan.

Selain itu, slogan VIY 2008 juga dikatakan tidak relevan dengan kampanye wisata negara itu. Adakah wisatawan mancanegara mahu mengunjungi negara itu pada tahun 2008 semata2 untuk menyambut kebangkitan nasional mereka?

Negara tersebut begitu syok sendiri dalam melancarkan Tahun Melawat Indonesia. Klip video di sebelah ini yang dipetik dari Liputan 6 sehari selepas berita di atas disiarkan, turut mengakui bahawa kesilapan pada slogan ini amat memalukan Indonesia.

Kesalahan yang memalukan ini sepatutnya tidak berlaku apatah lagi semasa mempromosikan negara di mata dunia.

Mereka sepatutnya berfikir sewaras2nya sebelum membentuk slogan yang penting itu. Ini tidak. Yang lebih penting bagi mereka ialah menggagalkan program Tahun Melawat Malaysia yang lalu dengan mensensasikan isu lagu Rasa Sayang. Akhirnya, pelancongan negara sendiri yang mendapat malu.

Cuba korang lihat, kesilapan yang memalukan Indonesia ini juga mendapat liputan media antarabangsa seperti MSNBC, USA Today, AssociatedContent dan banyak lagi. Klik headlines berikut untuk berita penuh.

Selain itu, slogan bagi VIY 2008 ini dibuat dengan meniru cara Malaysia yang terlebih dahulu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007 iaitu "Celebrating 50 years of nationhood". Lihat ketandusan idea mereka. Hal ini dipersetujui oleh seorang forumer Indonesia di forum Jawaban. Klik gambar berikut untuk ke forum tersebut.

Memandangkan slogan VIY 2008 ini menarik dan tidak diterima, blog ini menampilkan logo baru bagi VIY 2008 dengan slogan yang tepat!

Tidak hairanlah mengapa pemerintah negara itu memberi target rendah iaitu hanya 7 juta pelancong dari seluruh dunia melawat Indonesia semasa VIY 2008. Pendedahan ini setidak2nya menyedarkan mereka bahawa mereka perlu belajar lebih mendalam lagi bahasa Inggeris untuk mengelakkan hal yang memalukan ini berulang.

Tuesday 8 January 2008

Tahun Melawat Malaysia vs Tahun Kunjungan Wisata Indonesia

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada korang semua. Happy New Year 2008!

2007 yang juga merupakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) telah melabuhkan tirainya. Namun sebagai anak Malaysia, aku berbangga kerana TMM telah melepasi sasaran. Rujuk Utusan Malaysia (29 Disember 2007) di sini.

Tambah membanggakan apabila kejayaan ini dicatat ketika negara jiran kita yang iri hati melancarkan kempen Visit Malingsia 2007 sebagai tentangan kepada kempen TMM kita. Jumlah kedatangan pelancong asing di negara kita mencecah 21 juta orang pada tahun lepas!!

Melihat kepada kejayaan TMM kita, negara jiran kita pun melancarkan Tahun Kunjungan Wisata 2008 atau Visit Indonesia Year 2008.

visit indonesia year 2008 logo

Namun, apa yang pelik ialah pemerintah Indonesia mensasarkan kedatangan pelancong asing ke negara itu hanya 7 juta orang sepanjang Visit Indonesia Year 2008 ini. Rujuk sini yang dipetik dari Media Indonesia .

Angka ini adalah sesuatu yang memalukan bagi sebuah negara yang mengklaim kononnya memiliki kekayaan budaya yang tinggi. Sepatutnya, sebuah negara yang luas dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara yang kecil seperti Malaysia.

Aku juga ada cuba google Visit Indonesia Year 2008, namun aku tidak temui laman web rasmi mengenainya. Apa? Tidak wujudkah laman web kampanye parawisata berkenaan? Berbeza apabila aku google Visit Malaysia Year, terus saja terbit laman web Tourism Malaysia.

Ini membuktikan betapa mundurnya pelancongan Indonesia hinggakan tiada laman untuk tahun melawat negara mereka sendiri. Mungkin disebabkan mereka terlalu sibuk membincangkan isu kampanye parawisata Malaysia  yang menggunakan lagu Rasa Sayang hinggakan kampanye parawisata sendiri terlupa dibangunkan.

Mereka juga mungkin terlalu sibuk dengan laman web Malingsia.com hinggakan terlupa membina situs parawisata sendiri yang lebih berfaedah.

Walau bagaimanapun, sama2lah kita berdoa agar target kecil 7 juta orang itu dicapai oleh  Indonesia pada tahun ini.

Selain itu apa yang membanggakan negara kita pada tahun 2007 ialah kejayaan atlet negara dalam Sukan SEA 2007. Malaysia menduduki tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Lihat jadual berikut.

Kejayaan atlet negara kita ini sudah pasti tidak disenangi oleh negara jiran kita yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai tetapi sekadar menduduki tempat ke-4. Tonton klip video di sebelah yang dipetik dari Metro TV Online yang melaporkan "Malaysia Kian Jauh Meninggalkan Indonesia ".

Dalam pada itu, blog ini juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Presiden Indonesia yang akan berkunjung ke Malaysia pada hari Khamis ini pada saat Indonesia meraikan Visit Indonesia Year 2008. Selamat Datang di Malaysia!