Monday 22 September 2008

Zakat Penang vs Pasuruan

Pada 21 September 2008, Liga Muslim Pulau Pinang memberi zakat kepada 1,500 orang yang layak menerimanya. Setiap seorang menerima RM100 (Rp. 270,000) hingga RM200 (Rp. 550,000). Berita sebelah dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 22 September 2008.

Walaupun jumlah yang diterima sangat besar, namun fakir miskin tersebut (gambar sebelah) bersabar dan tidak berebut-rebut seperti fakir miskin di Indonesia yang sanggup berbunuhan sesama sendiri demi mendapatkan hanya Rp. 30,000.

Tabiat tamak dan mementingkan diri sendiri semasa pembahagian zakat di Pasuruan minggu lepas mengundang tragedi apabila 21 orang terbunuh selepas mereka merusuh dan bertolak-tolak.

Akibatnya, pembahagian zakat itu menjadi insiden yang memalukan Indonesia. Baca petikan berikut yang dipetik dari beberapa akhbar dan blog Indonesia. Klik gambar untuk artikel penuh.

Zakat Maut Memalukan

Lihat, Indonesia sendiri mengatakan bahawa insiden di Pasuruan sesuatu yang memalukan. Diharapkan, mereka mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku dan tidak menuduh bahawa blog ini sengaja membuat fitnah.

Thursday 18 September 2008

Indonesia Miskin: Tugas SBY Berat

Tragedi Zakat yang mengundang maut yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia pada 15 September 2008 mencerminkan miskinnya negara itu. Hanya kerana Rp 30,000 atau RM16, mereka bunuh-membunuh.

Zakat Maut di Indon Zakat Maut Di Jawa Timur, Indon

Tugas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudoyono (SBY) nampaknya makin berat. Tragedi zakat maut itu menyebabkan rakyat Indonesia menyalahkan pemerintah. Baca petikan berita di sebelah yang dipetik dari akhbar Indonesia INILAH.COM. Klik gambar untuk berita penuh.

Malah rata-rata, penduduk Indonesia menyalahkan SBY yang menyebabkan negara mereka miskin.

Klaim SBY Bohong

Apa yang menarik, satu lagi berita mengiyakan bahawa masyarakat Indonesia kini sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri.

Sebuah akhbar Indonesia, Kompas.Com pula menyeru rakyat Indonesia agar tidak hanya menangisi korban zakat maut tersebut malah mengambil pengajaran.

Ambil Pengajaran Zakat Maut
Zakat Maut Di Indon

Namun, kita perlu berhati2 kerana masyarakat miskin Indonesia ini kini menjalar di negara Malaysia. Mereka sanggup melakukan rompakan malah membunuh rakyat kita seperti tragedi semasa sahur pada 9 September lalu.

Tuesday 16 September 2008

Indonesia Mengganas Lagi!!

Keganasan rakyat Indonesia tidak hanya pada kes jenayah, rusuh dan bunuh, malah mereka juga bertindak ganas semasa cuba mendapatkan wang zakat! Pada 15 September 2008, demi mendapatkan wang yang jumlahnya hanya RM16, mereka sanggup memijak-mijak bangsa senegera mereka sehingga 23 org maut.

Di atas ini adalah tajuk berita di Utusan Malaysia bertarikh hari ini. Klik gambar untuk berita penuh.

Dan ini pula adalah gambar-gambar semasa tragedi tersebut.

Indon

Begitulah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan di kalangan rakyat Indonesia. Mereka bukan saja menjadi penjenayah paling ramai di Malaysia, malah di negara sendiri pun, mereka sanggup berbunuh-bunuhan sesama-sendiri demi mendapatkan wang.

Friday 12 September 2008

Awas! Rakyat Indonesia Penjenayah Paling Ramai

Berhati-hatilah dengan rakyat Indonesia kerana mereka adalah penjenayah yang paling ramai di Malaysia. Lihat tajuk pada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 September 2008. Klik sini untuk berita penuh.

Ini pula adalah permulaan berita tersebut.

Jaminan polis bahawa mereka mengambil serius penglibatan warga Indonesia dalam jenayah di Malaysia sedikit melegakan. Mereka juga turut highlight rakyat Indonesia.

Namun begitu, polis mengatakan bahawa warga asing terutamanya rakyat Indonesia adalah lebih berbahaya.

Begitulah sikap rakyat Indonesia. Tidak cukup membuat kacau di negara sendiri, mereka kini bertindak ganas membuat kacau di negara orang seperti merusuh, merompak dan membunuh.

Dalam kita pulang berhari raya nanti, polis menasihatkan agar rumah kita selamat dan berkunci. Yang penting sekali, berhati-hati dengan rakyat Indonesia di tempat kita!

Wednesday 10 September 2008

Pendatang Indonesia Buat Kacau Lagi

Tidak cukup dengan merusuh semasa konsert Malam Indonesia 2 pada 17 Ogos lepas, rakyat Indonesia yang bertandang ke negara kita, masih membuat onar. Terbaru pada 9 September 2008, perompak (perampok) warga Indonesia membunuh seorang suri rumah semasa waktu sahur! Dah la merompak, pastu dibunuh pulak wanita yang bangun untuk memulakan ibadat puasa.

Tindakan yang dilakukan oleh penjenayah Indonesia tersebut juga adalah kejam. Baca petikan berikut dari Harian Metro.

Namun begitu, tahniah kepada pasukan polis kita yang berjaya menembak mati 2 penjenayah Indonesia terbabit. Baca petikan berita berikut dari Utusan Malaysia (10 September 2008). Klik gambar untuk berita penuh.

Bukan itu saja, dalam tempoh dua minggu ini, banyak kes rompakan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia dilaporkan berlaku di Malaysia. Berita berikut yang dipetik dari mStar (30 Ogos 2008) juga melibatkan penjenayah Indonesia.

Yang ini dipetik dari Utusan Malaysia.

Begitulah bahaya warga Indonesia ini yang banyak membuat pasal di negara kita. Bukan saja merusuh, mereka turut merompak malah membunuh warga negara kita. Tindakan polis menembak mati penjenayah berkenaan adalah tepat dan setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah warga Indonesia yang membuat kacau di Malaysia. Itulah Indonesia. Dah la datang negara orang, membuat pasal pulak!.

Monday 8 September 2008

Antara Singapura, KL dan Sentul

Nampaknya, Singapura tidak mahu ketinggalan daripada negara jirannya dalam penganjuran perlumbaan Formula One. Sepang International Circuit telah menyaksikan kejayaan Malaysia mengajurkan perlumbaan F1 sejak tahun 1999.

Malaysia F1 2008

Pada 28 September ini, Singapura turut ingin menjadi seperti Malaysia dengan menyertai senarai negara yang menganjurkan perlumbaan F1. Perlumbaan yang dinamakan 2008 Formula 1 Singtel Singapore Grand Prix bakal diadakan di litar yang dikenali Singapore Street Circuit.

Singapore F1 2008

Sehingga hari ini, sebanyak 68 litar perlumbaan F1 terdapat di seluruh dunia. Pada tahun ini saja, 18 litar telah dan bakal digunakan dalam pelbagai perlumbaan F1. Salah satunya, pastilah di Malaysia.

Senarai Litar F1 2008

Dengar ceritanya, negara jiran kita yang satu lagi, Indonesia juga bercita-cita untuk menganjurkan Formula One. Litar perlumbaan mereka pun telah siap dibina iaitu Sentul International Circuit atau Sirkuit Sentul. Tetapi, kualiti dan fasiliti yang terdapat di litar perlumbaan itu ketinggalan zaman dan tidak sesuai untuk F1. Baca keratan berikut dari wikipedia.

Lebih malang lagi, apabila litar tersebut yang dijadualkan untuk perlumbaan World Superbike 2008 pada 12 Oktober 2008, terpaksa dibatalkan. Baca keratan akhbar berikut atau klik gambar untuk berita penuh.

Amat memalukan sekali bagi Indonesia apabila pembatalan tersebut adalah disebabkan kualiti litar mereka yang amat rendah. Dengan itu, Sirkuit Sentul yang tidak sesuai untuk perlumbaan F1 dan superbike, hanya cocok digunakan untuk perlumbaan bajaj. Hehehehe.

Lumba Bajaj
Perlumbaan Bajaj