Friday 26 June 2009

R.I.P Micheal Jackson

Seluruh dunia berduka atas kehilangan Raja Pop, Micheal Jackson. Bagi aku, MJ adalah insan seni yang cukup istimewa. Ingat lagi masa aku kecik2, lagu Beat It dan We Are The World selalu dimainkan di TV dan dalam kereta masa berjalan dengan famili.

Kalau lagu dia kuar kat TV, mesti aku terpacak tgk video klip dia. Hinggakan masa tu aku ingat, Micheal Jackson adalah org Melayu. Giler kan?

Tapi hari ini, insan istimewa ini meninggalkan kita.

Though we're far apart
You're always in my heart

Monday 22 June 2009

Indonesia Malu Di Laman Sendiri

Indonesia gagal lagi. Kali ini, Indonesia selaku tuan rumah Indonesia Super Series 2009 tidak berjaya meraih satu gelar pun. Apa yang pasti membanggakan kita ialah pasukan tanah air kita, Malaysia berjaya meraih dua kejuaraan di negara pulau berkenaan. Yang pasti, kita telah menakluk Indonesia!

Satu-satunya wakil Indonesia di final single lelaki (tunggal putra), Taufik Hidayat mengakui keunggulan pemain Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dengan skor dua set langsung 21-9 dan 21-14.

Indonesia Super Series 2009 juga menyaksikan betapa mundurnya pemikiran rakyat Indonesia di stadium Istora Senayan. Mereka mengejek pemain Malaysia di setiap perlawanan sejak hari pertama. Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2009.

Akhbar Indonesia, Kompas juga mengakui rakyat Indonesia mencemuh pemain Malaysia.

Namun, segala ejekan itu memberi malu kepada mereka sendiri apabila pemain Malaysia yang dicemuh muncul mula sebagai juara di negara mereka sendiri.

Pemikiran rendah rakyat Indonesia ini dengan memboo pemain kita sedikit pun tidak melemahkan pasukan Malaysia. Malah tindakan Indonesia itu seperti meludah ke langit.

Malah, kekalahan memalukan Indonesia di laman sendiri menjadi headlines di akhbar-akhbar Indonesia.

Semua gelar terbuka Indonesia tahun ini dimenangi oleh pasukan luar terutamanya Malaysia yang unggul dengan 2 gelaran. Dengan dua kemenangan itu bermakna, Malaysia menguasai kejohanan tersebut kali ini.