Friday 30 November 2007

Para Pendemonstrasi Indonesia Dimalukan

Indonesia menimbulkan provokasi lagi selepas isu Rasa Sayang reda. Terbaru mereka menuduh bahawa Malaysia mengklaim bahawa tarian Reog Ponorogo berasal dari negara kita. Dari nama Ponorogo pun dah tau, bahawa ini bukan tarian Malaysia. Tuduhan ini akhirnya memalukan mereka sendiri. Lihat rangkuman berikut.

Pada 29 November 2007, beratus2 polis telah dikerahkan di hadapan pejabat Duta Malaysia ke Indonesia di Jakarta. Ini kerana satu demonstrasi anti-Malaysia diadakan di situ! (Lihat gambar)

Kira2 1000 orang berkumpul di hadapan pejabat duta untuk menyatakan bantahan atas tuduhan kononnya  Malaysia mencuri kebudayaan Reog Ponorogo. Klip video di sebelah yang dipetik dari Liputan6.com menampilkan aksi para pendemonstrasi.

Beberapa hari sebelum itu, mahasiswa sebuah universiti turut membakar bendera Jalur Gemilang. Lihat video di sebelah yang dipetik dari Liputan6.com. Perlukah tindakan sebegini dilakukan? Sedangkan Malaysia tidak pernah mengklaim Reog Ponorogo berasal dari negara Malaysia.

Berbalik semula kepada citer demo tadi. Tau tak apa yang mereka buat di depan pejabat Kedutaan kita? Mereka telah dimalukan oleh duta kita, Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain dengan hanya mengeluarkan kenyataan berikut. Tonton klip video statement bijak Datuk Zainal di sebelah yang dipetik dari MetroTVNews.com.

Pertama sekali saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengklaim bahawa tarian barongan ini asalnya dari Malaysia ataupun originalnya adalah daripada Malaysia.
Yang terdapat di dalam website adalah tarian ini boleh didapati di negeri Johor dan di negeri Selangor.
Saya ingin menerangkan juga bahawa 150 tahun yang lalu, 200 tahun yang lalu, rakyat dari sini telah pun berhijrah terutama sekali ke dua buah negeri ini. Dan mereka di sini telah pun membawa kebudayaan ke sana.

Statement pendek yang bijak dan bernas dari duta kita itu menyebabkan para pendemonstrasi itu terdiam seperti terpukau. Indonesia nampak gayanya sejak akhir2 ini, cepat melatah dengan isu2 remeh seperti ini. Last2 sendiri yang malu. Hanya 3 minit saja diambil oleh Datuk Zainal untuk menyuraikan para demonstrasi yang turut disiarkan secara langsung di TV Indonesia! Hahaha.

Aku ingin mengucapkan setinggi2 tahniah kepada Datuk Zainal atas kebijaksanaannya menangangi kebodohan rakyat di negara beliau bertugas.Datuk juga berani menyuraikan 1000 para pendemonstrasi Indonesia. Yang lebih penting, Datuk juga telah memperlihatkan kebodohan mereka, sehingga mereka yang sebelum itu berkobar2, terus terdiam dan termalu. Sudah tentu mereka berasa malu kerana selama ini mereka ditipu oleh media negara mereka bahawa Malaysia mengklaim Reog Ponorogo / Barongan berasal dari negara ini.

Yang lebih penting, kita tidak rugi apa2 dengan mengatakan Reog Ponorogo / Barongan bukan asal  Malaysia. Tambahan pula, seni budaya Barongan ini adalah budaya minoriti yang terdapat di negeri Selangor dan Johor. Barongan tidak sinonim dengan nama Malaysia. Tidak pernah aku mendengar, pelancong asing berebut2 datang ke Malaysia untuk menonton Barongan.

Semasa pertunjukan Citrawarna, Barongan juga tidak dipersembahkan. Johor lebih berbangga mempersembahkan tarian Zapin. Tonton klip video Citrawarna 2006 bagi persembahan negeri Johor dan Selangor. Dalam klip ini, Barongan ada disebut, tapi ia tidak dipersembahkan kerana bukan ikon utama Malaysia.

Kenapakah isu ini diperbesarkan di Indonesia? Dan aku tertanya2, rugi sangat ke  Indonesia kalau di Malaysia dipersembahkan Barongan  hinggakan perlu diadakan demonstrasi yang akhirnya memalukan diri sendiri? Selepas Reog Ponorogo, kita tunggu dan lihat tuduhan jahat selanjutnya dari jiran tetangga kita ini.

p/s - Di sini juga, aku ingin menyatakan bahawa Reog Ponorogo/Barongan bukan budaya asli Malaysia. Bahkan tidak terdapat catatan mengatakan Barongan adalah berasal dari Malaysia. Rakyat Indonesia sebenarnya telah ditipu oleh media negara mereka sendiri.

Di bawah ini adalah berita penuh yang dipetik dari Bernama.

JAKARTA, 29 Nov (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain memerlukan hanya tiga minit untuk menyuraikan demonstrasi anti-Malaysia, yang sebelum itu berkobar-kobar dan kononnya akan berlangsung satu tindakan nekad di hadapan kedutaan di sini pagi ini.

Lebih 1,000 pendemonstrasi anti-Malaysia daripada kalangan aktivis kebudayaan Reog Ponorogo, yang diapi-apikan semangat anti-Malaysia oleh pelbagai laporan media massa yang menuduh Malaysia telah mengambil dan mengakui berhak terhadap kesenian itu, akhirnya menyuraikan diri selepas mendengar penjelasan itu.

"Saya jelaskan di sini bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengakui tarian Reog itu berasal dari Malaysia walaupun tarian itu ada di Johor dan Selangor, katanya dengan menggunakan alat pembesar suara.

Kira-kira 150 tahun lalu, rakyat dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia membawa kebudayaannya dan ia dipraktikkan oleh anak cucu mereka di sana sehingga hari ini, katanya dari atas pentas yang berupa sebuah kenderaan yang digunakan oleh pemimpin demonstrasi itu.

Setelah penjelasan yang menggunakan hanya kira-kira 50 patah perkataan sahaja itu, Zainal Abidin terus turun dari pentas itu dan kembali meneruskan tugas di pejabatnya, meninggalkan para pendemonstrasi itu terdiam seperti terpukau.

Akhirnya, sedikit demi sedikit mereka bergegas meninggalkan Jalan Rasuna Said yang sesak di hadapan kedutaan dan tiada satu pun lagi antara puluhan topeng singa Reog itu yang galak menari-nari dengan garang seperti kira-kira sejam sebelumnya.

Beberapa hari sebelum ini, heboh disebarkan khabar bahawa lebih 3,000 Reog (topeng singa berupa buruk) akan berdemonstrasi anti-Malaysia sehinggakan hampir semua stesen televisyen Indonesia membawa van siaran luar mereka bagi menyiarkannya secara langsung peristiwa itu.

Namun, tidak satu pun media massa dalam talian dan televisyen yang meliputi demonstrasi itu melaporkan aspek kecekapan diplomasi Zainal Abidin yang tampil dengan tenang menamatkan demonstrasi itu tanpa sebarang insiden buruk.

Kerana menjangkakan demonstrasi itu akan melibatkan tindakan keras dan kasar, ratusan polis Indonesia telah dikerah berkawal dan pagar dawai tajam anti-perusuh telah dipasang di hadapan pintu masuk ke kedutaan.

Sebelum keluar bertemu pendemonstrasi itu, Zainal Abidin bersetuju menerima beberapa orang wakil mereka di pejabat beliau.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, Zainal Abidin berkata terlalu banyak tuduhan jahat dilemparkan terhadap Malaysia sejak kebelakangan ini dengan banyaknya laporan media dan perbincangan di laman web tempatan kononnya Malaysia telah mencuri pelbagai seni dan budaya Indonesia dan mengakui berhak ke atasnya.

"Entah dari mana timbulnya tuduhan kononnya Malaysia juga telah mempaten semua bentuk seni dan budaya itu termasuk batik dan lagu, katanya yang menjelaskan bahawa semua tuduhan itu tidak benar.

Duta Besar itu sendiri telah berkali-kali mengulangi penjelasan tersebut kepada media massa tetapi tuduhan demi tuduhan terus berlaku sehingga beliau berpendapat ada elemen jahat yang ingin merenggangkan hubungan akrab Malaysia dengan Indonesia dengan mengeksploitasikan seni dan budaya.

Eksploitasi seni dan budaya dilakukan oleh elemen jahat ini kerana ia merupakan isu warisan yang dibanggakan oleh rakyat Indonesia dan sangat sensitif di jiwa mereka serta dapat pula dengan mudah digunakan untuk membakar sentimen anti-Malaysia, jelasnya.

-- BERNAMA

Thursday 22 November 2007

Indonesia. Indon atau Indus?

Website Malingsia.com tidak habis2 dengan kebodohannya. Terbaru ialah artikel daripada admin yang bertajuk "Don't Call Us Indon" atau "Jangan memanggil kami Indon". Dah la negara kita diburuk2 kan, boleh pulak memohon simpati agar berhenti menggelarkan mereka Indon.

Mereka meminta kita agar memanggil mereka dengan "Indonesia" atau WNI (Warga Negara Indonesia) atau INA atau IND saja. Mereka tidak kisah kita menggelar mereka sebagai Indo, Indocafe atau Indomee asalkan bukan Indon. "Maaf ya pak, Indo udah kami gunakan untuk Indochina".

Utusan Malaysia pernah mengeluarkan rencana bertajuk "Sebab istilah `Indon' tidak digemari" pada tahun 2004. Klik sini untuk maklumat lanjut dan ini adalah petikan daripada rencana tersebut.

Sebabnya, pertama, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah secara tata bahasa kerana tidak ada dalam mana-mana kamus pun.

 

Dan kedua, lebih penting lagi, penggunaannya berkonotasi negatif, terkesan melecehkan dan merendahkan (degrading) masyarakat Indonesia.

Untuk menjaga hati jiran dan untuk memudahkan percakapan, apa kata kita panggil mereka dengan perkataan Indus. Memandangkan nama negara itu berasal dari perkataan itu, rasanya mereka tidak ada masalah dengan nama julukan terbaru ini.. Rujuk sini.

Walau bagaimanapun, perlukah kita melayan tuntutan mat-mat Indonesia ni "Don't Call Us Indon" dari sebuah web terang2an menghina Malaysia?

Dan berita terbaru ialah, admin web berkenaan akhirnya menutup poll yang bersifat tidak ilmiah iaitu "Suka dipanggil Indon?". Dah tau, rakyatnya tak suka dipanggil Indon, tanya buat apa lagi? Sebab itu lah poll itu tidak mendapat sambutan dari rakyat  Indonesia sendiri kerana mereka tidak mahu diperbodohkan dengan soalan sedemikian.

Guess what? Poll bodoh diganti dengan poll yang lagi bodoh, nama julukan terbaru untuk Malaysia. Aku tak pasti apa tujuan diadakan poll sedemikan. Adakah admin hendak memastikan sama ada nama Malingsia yang digunakannya sekarang, masih relevan? Atau mungkin dia hendak membuat web baru. malon.com? Malingsial.com? Malasya.com? atau MalingAsia.com? Sama2 kita tunggu, nah k

Tuesday 20 November 2007

Poll Suka Dipanggil "Indon"?

Terbaru, suatu undian (poll) diwujudkan di Malingsia.com bertajuk Suka di panggil Indon? Nampaknya, admin laman web tersebut masih ragu2 sama ada rakyat Indonesia suka atau tidak dipanggil Indon. Malangnya, daripada berjuta2 rakyat Indonesia, hanya 67 orang saja memberi respond dan 24% suka dipanggil Indon.

Sekiranya admin sedar bahawa bangsanya tidak suka dipanggil Indon, kenapakah poll di atas diwujudkan? Patutlah dia bertanya, "Indon? Should we be calling them that?".

p/s- Sebab dia bertanya, jawapannya "Of course!"

Malingsia.com Ketinggalan Zaman

Malingsia.com adalah laman web yang dibangunkan oleh rakyat Indonesia untuk memburuk2kan negara Malaysia. Title laman web berkenaan sering berubah2 dan title terkininya adalah "..:: Malaysia a.k.a Malingsia ::.. :: don't Visit Malaysia 2007 -- lets get it uncovered"

Daripada titlenya saja kita sedia maklum, bahawa adminnya berniat jahat untuk menggagalkan Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007).

Namun begitu, laman web tersebut banyak juga menggunakan unsur2 Malaysia. Antaranya ialah penggunaan header yang diciplak dari laman web rasasayang.com.my, lagu latar menggunakan lagu Rasa Sayang Malaysia dan logo TMM 2007 yang diubahsuai.

Logo ini yang digunakan di laman itu juga tak relevan. Logo tu tertulis "Visit Malingsia 2007". Kenapa tidak logo itu ditukar kepada "don't Visit Malaysia 2007" atau "don't Visit Malingsia 2007" seperti kempen mereka?

Namun, jika difikirkan secara logik, masih relevan kah laman web tu? Cuma tinggal sebulan setengah saja lagi, TMM 2007 akan tamat. Sekiranya mereka menggunakan fikiran dengan waras, sudah pasti laman web berkenaan dibangunkan sebelum TMM 2007 lagi.

Mungkin korang tertanya2, berjayakah kempen mereka yang sebelum ini dipanggil "".: Malaysia truly thief of Asia :. Please don't Visit Malaysia 2007"? Untuk kepastian, baca petikan2 berikut:

Program Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya menarik lebih ramai pelancong. Sehingga Jun, seramai 10.7 juta pelancong telah melawat Malaysia berbanding dengan 8.6 juta pelancong dalam tempoh yang sama tahun 2006. Ini adalah pencapaian yang cemerlang.

Dipetik dari Teks Ucapan Bajet Tahun 2008 oleh PM. Rujuk sini.

 

Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya menarik lebih dari 10.7 juta pelancong dalam jangkamasa 6 bulan pertama, menghasilkan aliran masuk tunai sebanyak RM 24.4 biliun, yang nyata melebihi separuh daripada sasaran iaitu RM 44.5 biliun.

Dipetik dari BERNAMA. Rujuk sini.

Nampaknya seruan laman web berkenaan "lets get it uncovered" sudah ketinggalan zaman.

Selain itu, web berkenaan tidak relevan kerana majoriti postingnya adalah dalam Bahasa  Indonesia . Sekiranya kempen "don't Visit Malaysia 2007 " adalah untuk pelancong asing, kenapakah kandungannya tidak ditulis dalam bahasa Inggeris? Adakah pelawat asing akan ke laman web tersebut? Rujuk gambar berikut.

71.1% pengunjung adalah pengunjung dari negara mereka sendiri. Hehehe. Pengunjung Malaysia 12.8% dan yang lain2 adalah pengunjung ASEAN.

Ranking web tersebut juga tidak popular di negara kita, apa hanya menduduki tempat yang ke 21049. Maklumat lanjut, rujuk sini. Soalannya, adakah laman itu relevan lagi?

Laman tersebut turut digunakan untuk promosi murahan Tahun Melawat Indonesia 2008. Lebih menarik, sebuah laman web Indonesia Photo Gallery -- Visit Indonesia 2008 diwujudkan di bawah alamat www.trulyindonesia.com. Sekali lagi,  Indonesia  menciplak kempen kita dengan turut menggunakan perkataan "Truly" dalam kampanye pariwisata mereka.

Seorang blogger dari Indonesia ada menulis posting bertajuk "Waspadalah Dengan Malingsia.com!". Sila baca tulisannya di sini.

Akhir sekali. aku cadangkan kepada admin laman web berkenaan agar membina laman yang lebih relevan. Hingga kini, belum ada satu pun laman web bagi meraikan Tahun Melawat Indonesia.Apa gunanya memburukkan pelancongan negara lain, sekiranya pariwisata negara sendiri pun tidak terurus?

Monday 19 November 2007

T-Shirt Malingsia dari Indonesia

Sebelum ini, blog ini ada mengetengahkan sebuah laman web yang memburukkan negara yang dibangunkan oleh rakyat negara jiran, Indonesia. [Rujuk posting tersebut di sini].

Tajuk laman web tersebut kini telah ditukar kepada ".: Malaysia truly thief of Asia :. don't Visit Malaysia 2007" dengan perkataan please telah pun dibuang. Ikut juga diorg dengan telunjuk kita. Gambar di sebelah menunjukkan laman web tersebut sebelum perkataan "Please" dibuang.

Selain itu, promosi wisata Indonesia 2008 juga telah dikeluarkan dari homepage web berkenaan lantaran tidak mahu dikatakan menumpang populariti negara yang diburuknya. Syabas kepada admin laman web berkenaan atas sedikit kebijakan anda di atas kebodohan anda sebelum ini.

Namun demikian, lagu latar laman web tersebut ialah lagu Rasa Sayang Malaysia!! Dalam mempertikaikan pemilikan lagu tersebut, mereka masih lagi menggunakan lagu Rasa Sayang kita sebagai lagu latar. Sambil membaca komen, boleh la mereka menyanyi bersama lagu Rasa Sayang Malaysia. Kenapa tidak digunakan saja lagu Rasa Sayang buatan Indonesia jika memang ada?

Kebodohan mereka makin terserlah apabila mereka terpaksa menjual baju promosi Visit Malingsia 2007. Kempen supaya orang tidak datang ke Malaysia, tapi buat baju "Visit Malingsia 2007". Kenapa tidak ditukar saja kepada "Don't Visit Malaysia 2007"? Tidakkah bodoh namanya ini?

Aku pun tertanya2, kalau diorg pakai baju itu, untuk apa? Untuk mengelakkan pelancong asing datang ke Malaysia pada tahun 2007? Tidakkah diorg sedar bahawa tahun 2007 pun dah nak menutup tirai. "Udah berjuta2 pelancong asing datang ke negara kami, mas. Mas udah terlambat, deh. Baik mas buat kaos kampanye pariwisata negara mas sendiri. Kan lebih cantik kalau dipake doank"

Yang menariknya lagi, cuba korang tengok di column kanan blog tersebut. Iklan Malingsia T-Shirt terletak di atas Visit Indonesia 2008. Begitu lah hebatnya negara Malingsia yang mereka dok kutuk, hingga mendahului negara mereka sendiri. Syabas kepada admin laman itu sekali lagi.

Sekurang2nya, ada jugak rakyat Indonesia memakai baju "Visit Malingsia 2007". Hahahaha.

 

Sunday 18 November 2007

Asal Usul Indonesia

Dari mana berasalnya nama Indonesia itu? Ada pendapat mengatakan dari gabungan perkataan "indon", "ini" dan "sial". Silap yerr, you ouls silap semuanya. Hehehe.

Sebenarnya, nama negara jiran kita itu sebenarnya meminjam nama sebuah negara lain? Apa? Nama negara pinjam nama negara lain? Pelik tuh.

Untuk kepastian, baca petikan daripada wikipedia di sini dan sini.

The name Indonesia derives from the Latin Indus, meaning "India", and the Greek nesos, meaning "island".

Nama Indonesia diterbitkan daripada perkataan Latin Indus, yang bermaksud "India", dan perkataan Greek nesos, yang bermaksud "pulau".

Sila rujuk laman web National-Anthems dan laman web Kedutaan Indonesia di Addis Ababa.

Sedarkah rakyat Indianesia oppss..   Indonesia bahawa nama negara kalian sendiri pun dipinjam daripada nama negara lain? Mengapa tidak bahasa India saja dijadikan bahasa rasmi mereka? Ini tetap nak guna bahasa Melayu dan tukar kepada bahasa Indonesia. Mereka juga pernah sedar yang menggabungkan nama India menjadi nama negara, adalah sesuatu yang memalukan. Lantas, nama negara tersebut penah dicadangkan sebagai Malayunesia dulu. Tak percaya? Rujuk laman web Pikiran Rakyat di sini untuk bukti.

Inilah perangai dan sikap Indonesia sebenarnya. Ambil itu dan ini, kemudian klaim milik mereka. Nasib baik bukti telah tercatat, kalau tidak, tentu mereka klaim yang India mengambil nama mereka.

Bukan itu saja, Indonesia juga penah cuba menukar nama Lautan India (Indian Ocean) kepada Samudera Indonesia. Hinggakan Selat Melaka pun hendak ditukar kepada Selat Indonesia. Rujuk sini untuk bukti.

p/s - Siapa yang mengambil hak orang lain sebenarnya? Tentu mereka juga bercita2 menukar nama planet Bumi jadi Planet Indonesia.

Saturday 17 November 2007

Benarkah Negaraku Dari Terang Bulan?

Benarkah lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan (ejaan lama: Terang Boelan)? Atau, Terang Bulan yang ditiru dari Negaraku? Nak tau? Jom kita ikuti dulu sejarah asal-usul lagu kebesaran negara kita yang tercinta ini.

 Negaraku  telah dimainkan buat pertama kalinya selepas PM kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebaik saja laungan "Merdeka", drum-roll dan lagu  Negaraku dimainkan sambil bendera Persekutuan dinaikkan. Tonton klip video di sebelah. Alhamdullillah, dah pun 50 tahun negara kita Merdeka.

Siapakah pencipta lagu  Negaraku ? Sebenarnya, lagu Negaraku  bukan dicipta pada tahun 1957. Lagu ini mempunyai susur galur asal usulnya yang panjang dan menarik. Tidak seperti lagu kebangsaan negara2 lain.

 Negaraku  berasal dari lagu rasmi Negeri Perak. Cuba korang dengar lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" (lagu rasmi Negeri Perak) di sebelah ini. Mungkin korang tertanya2, mengapa pulak lagu  Negaraku  ini diambil daripada lagu negeri Perak.

Pada tahun 1957, sebelum negara kita merdeka, negara belum mempunyai lagu kebangsaan. Namun setiap negeri di Malaya ketika itu mempunyai lagu kebesarannya tersendiri. Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk mengangkat lagu kebesaran salah sebuah negeri untuk dijadikan lagu kebangsaan. Setelah semua lagu negeri diperdengarkan,  Tunku telah memilih melodi lagu kebangsaan negeri Perak.

Aku masih ingat lagi masa sekolah dulu kat Perak. Lepas saja lagu  Negaraku , kitorg menyanyikan lagu Negeri Perak. Aku pelik kenapa lagu ni melodinya sama dengan lagu  Negaraku . Skang, baru aku tau sebabnya.

Bagaimanakah pula sejarah lagu kebangsaan Perak ini? Begini citernya... Raja Abdullah (Sultan Perak) telah dibuang negeri ke Seychelles pada 30 Mac 1877. Pada masa tu, melodi lagu di atas sangat popular di Seychelles. Tajuk lagu itu ialah La Rosalie dan dicipta oleh ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger. Rujuk wikipedia di sini.

Ketika Raja Chulan melawat Raja Abdullah di sana, dia juga telah mendengar lagu La Rosalie dan tertarik dengan melodinya. Ketika balik ke Perak, dia telah mengesyorkan kepada Sultan Idris (sultan Perak ketika itu) agar melodi tersebut dijadikan sebagai lagu kebangsaan Perak. Pada tahun 1888, lagu ini secara rasmi menjadi lagu kebangsaan negeri Perak dengan tajuk "Allah Lanjutkan Usia Sultan".

Sejarah lagu Negeri Perak ini juga boleh didapati di laman web National Anthems of The World Organisation (NAW) di sini dan sini. Tidak terdapat pun catatan bahawa lagu di atas diterbitkan daripada lagu Terang Bulan. Cuba baca keratan di bawah ini yang diambil daripada wikipedia. Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.

Negaraku" (English: "My Country") is the national anthem of Malaysia. "Negaraku" was selected as a national anthem at the time of the Federation of Malaya's independence from Britain in 1957. The tune was originally used as the state anthem of Perak. The tune was also used for a popular song of that time, Terang Bulan, which was later borrowed by the song Mamula Moon, sang by Felix Mendelssohn and his Hawaiian Serenaders.

Selain itu, akhbar The New Straits Times juga ada menerbitkan Rencana bertajuk "Negaraku: Anthem not based on Indonesia Song" pada 16 Oktober 2007. Klik sini untuk berita lanjut atau klik pada gambar di sebelah.

Dari situ, terbukti bahawa, lagu Negaraku  dan lagu Perak bukan diterbitkan daripada lagu Terang Bulan. Tapi sebaliknya. Terang Bulan yang meniru melodi lagu negeri Perak ini. Bukti ini juga boleh didapati di laman web National Anthems Info di sini.

Melodi lagu Negaraku juga turut digunakan dalam lagu Mamula Moon yang dicipta pada tahun 1940an.

Begitulah hebatnya melodi lagu Negaraku   kita ini. Apa tidaknya, di Indonesia mereka menyanyikan lagu rakyat Terang Bulan dengan irama lagu kebangsaan kita! Lihat klip video di sebelah. Lagu ini mempunyai melodi yang sama dengan Negaraku  dinyanyikan oleh Anneke Grönloh, seorang penyanyi Indonesia berketurunan Belanda.

Bayangkan irama lagu kebangsaan kita berkumandang di negara jiran. Aku yakin setiap rakyat Indonesia tahu akan irama lagu kebangsaan kita. Bangga lah kita dengan lagu kebangsaan kita. Negaraku ...

p/s - Aku tak pernah dengar pun irama lagu kebangsaan Indonesia. Bagaimana lagu nya?

Apa Itu Maling? Malaysia?

Korang tentu sudah masak dengan perangai rakyat jiran serumpun kita kan? Apa saja yang Malaysia buat, pasti ada yang tidak kena. Kemudian, mulalah mereka dengan taktik kuno mereka "Ganyang Malaysia". Bakar bendera jangan cakap lahh. Itu memang sudah jadi budaya mereka. Siapa yang provokator di sini?

Tidak cukup dengan itu, yang terbaru mereka telah menerbitkan sebuah laman web untuk memburukkan Malaysia. Aku sendiri tertanya2 apa untungnya mereka membina laman web sedemikian? Lihatlah betapa busuknya hati jiran tetangga kita ini.

Dalam pada memburukkan Malaysia, terselit pulak promosi Tahun Melawat Indonesia 2008 dalam laman web berkenaan. Nampak sangat Indonesia ketandusan idea untuk mempromosikan pelancongannya. Lihat saja header laman web tersebut yang diciplak dari laman promosi pelancongan Malaysia. Guess what? Mereka menumpang populariti negara yang mereka gelar Malingsia. Hahaha.

Wah hebat ya negara Malingsia ini hingga digunakan oleh negara jiran untuk kampanye pariwisatanya. Ini sekaligus menunjukkan kempen pelancongan Malaysia Truly Asia begitu berjaya hinggakan mereka gentar dengan kejayaan pelancongan kita. Apa tidaknya title laman web berkenaan ialah ".: Malaysia truly thief of Asia :. Please don't Visit Malaysia 2007". Tengok, betapa berjayanya kita hinggakan mereka merayu kepada dunia menggunakan perkataan please jangan melawat Malaysia. Adakah pelancong luar simpati dengan mereka atau hanya mentertawakan mereka?

Tahukah anda apakah Maling sebenarnya? Menurut wikipedia, Maling adalah nama sebuah tempat di negara China yang sekarang ini merupakan bandar Dazhangjia. Pada tahun 342 SM, suatu peperangan telah berlaku di bandar Maling. Untuk maklumat lanjut, klik sini. Apa kaitannya Maling dengan Malaysia? Aku sendiri pun tidak faham dengan pemikiran Indonesia ini. Sampai sejarah Cina pun diorg nak rampok.

Tak per, diorg nak guna, gunalah. Setidaknya, promosi pelancongan mereka pun menggunakan nama Maling. Jadi, ringkasnya Malingsia adalah nama yang digunakan oleh Indonesia untuk promosi tahun melawat pelancongan mereka tahun hadapan. Adakah kita akan menyaman mereka guna nama Maling? Sudah pasti tidak. Ia gratis,ya mas.

Wednesday 14 November 2007

Siapa Provakator Rasa Sayang Sebenarnya?

Blog ini dituduh sebagai provokator dalam isu lagu Rasa Sayang oleh pengunjung dari Indonesia. Aku ingatkan isu ni dah diam, tapi tak reda2 jugak kat shout-box. Dengan ini, blog ini menegaskan bahawa Lagu Rasa Sayang adalah lagu milik bersama Malaysia dan Indonesia dan bukannya milik Indonesia sepenuhnya.

Ini diakui sendiri dari berita yang dipetik daripada laman web Radio Republik Indonesia (RRI). Berita ini disiarkan pada hari Ahad lepas (11 November 2007).

MALAYSIA AKUI LAGU RASA SAYANGE MILIK BERSAMA INDONESIA

Jakarta--RRI-Online, Pihak pejabat resmi Malaysia akhirnya mengakui, lagu "Rasa Sayange" merupakan milik warisan bersama bangsa Melayu Indonesia dan Malaysia.

"Saya mengutip pendapat dari Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Budaya mereka (Malaysia), juga pandangan dari seorang pejabat dari Indonesia," kata Koordinator Media `Ship South East ASEAN Youth Program` (SSEAP) dari Indonesia, Devianti, di Jakarta, Minggu (11/11).

Kutipan atas pernyataan-pernyataan dua pejabat itu, menurutnya, ditayangkan dalam program "Indonesia Now" di sebuah media televisi berita, Minggu petang.

Lagu "Rasa Sayange` yang sebelumnya telah jadi paket promosi pariwisata Malaysia, menjadi semakin heboh ketika dinyanyikan oleh para pemuda Malaysia peserta SSEAP di Jepang beberapa waktu lalu.

Akibatnya, muncul banyak komplain dari Indonesia yang sebelumnya juga merasa kecewa dengan sikap Malaysia, karena telah mengklaim lagu "Rasa Sayang Hei" sebagai lagu rakyat warisan budaya mereka, sebagaimana juga berlaku atas lagu "Burung Kakatua".

"Mudah-mudahan hal yang sama (dinyanyikannya lagu "Rasa Sayang Hei" oleh pemuda Malaysia di Tokyo), tak terjadi di sini (Jakarta). Khan mereka sudah akui, itu milik bersama dua bangsa yang ada suku Melayu-nya," ujar Devianti.

Ia mengatakan itu kepada ANTARA, sehubungan dengan program besar SSEAP Indonesia, yakni kedatangan serentak 315 pemuda-pemudi se-ASEAN, 13 hingga 16 November 2007 di Jakarta.

Untuk berita penuh, layari laman web RRI di sini.

Dalam pada kita menjernihkan hubungan yang tercalar dengan mengatakan ia lagu bersama, ada pulak yang cuba mengeruhkan keadaan. Ini lah sikap jiran kita Indonesia. Tidak pernah puas dengan apa yang dinyatakan oleh tetangganya. Dipetik dari AntaraNews (14 November 2007)

Indonesia Jangan Menerima "Rasa Sayange" Sebagai Milik Bersama

Medan (ANTARA News) - Antropolog Prof. Dr. Hj. Chalida Fahruddin meminta pemerintah Indonesia tidak menerima begitu saja lagu "Rasa Sayange" menjadi milik bersama bangsa Melayu Indonesia-Malaysia.

"Penyelesaian masalah itu harus dibicarakan pada forum bersama yang resmi antara pemerintah Indonesia dan negara jiran itu," katanya kepada ANTARA di Medan, Rabu, ketika menanggapi pernyataan pejabat resmi Malaysia yang mengatakan lagu tersebut milik bersama kedua negara.

Menurut Guru Besar Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP) Universitas Sumatera Utara itu, peryataan pejabat negara tetangga yang mengklaim lagu "Rasa Sayange" milik bersama itu harus diprotes oleh pemerintah Indonesia.

"Apa dasarnya pemerintah Malaysia yang menyebutkan lagu ciptaan seniman Indonesia itu sebagai milik bersama. Pernyataan ini harus menjadi pertimbangan bagi pemerintah Indonesia, jangan seenaknya negara itu mencatut lagu dan menjadikannya milik bersama," katanya menegaskan.

Selanjutnya ia menjelaskan, bila kasus lagu "Rasa Sayange" tidak dapat diselesaikan dengan baik, dikhawatirkan lagu-lagu daerah lain juga akan mengalami nasib yang sama.

Sehubungan itu, menurut dia, pemerintah Indonesia harus menyikapi dengan tegas. (*)

p/s - Siapa provokator sebenarnya di sini?

Monday 5 November 2007

Antarabangsa Akui Rasa Sayang Malaysia

Lagu Rasa Sayang merupakan ikon bagi negara Malaysia. Ibarat isi dengan kuku, lagu ini tidak boleh tidak dipisahkan dengan nama Malaysia. Penyanyi dari Hong Kong, Frances Yip turut mengakui bahawa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Malaysia. Ini terbukti dalam album Recollecting: The Very Best of Frances Yip yang memuatkan lagu-lagu rakyat pelbagai negara yang dinyanyikan sendiri oleh Frances Yip. Berikut ialah senarai lagu dalam album berkenaan.

Frances Yip mendendangkan lagu Rasa Sayang Eh bagi mewakili lagu rakyat dari Malaysia. Bagi Indonesia pulak, beliau tidak menyanyikan Rasa Sayange, tetapi memilih Bengawan Solo. Ini membuktikan artis antarabangsa turut mengakui bahawa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Malaysia. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang album Frances Yip ini.

Selain itu, laman web Kementerian Luar Negara Thailand bagi segmen ASEAN turut menyenaraikan lagu-lagu berikut di bawah tajuk เพลงของประเทศต่างๆ (phleng khong prathed taang-taang) yang bermaksud Lagu-lagu Semua Negara.

Dalam senarai di atas, laman web ASEAN tersebut turut menyenaraikan Rasa Sayang Eh sebagai lagu Malaysia. Manakala bagi Indonesia dinyatakan Buron Kakatua (Burung Kakak Tua) sebagai lagu negara tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, layari laman web Ministry of Foreign Affairs of Thailand di sini.

Sudah terang lagi bersuluh. Masyarakat antarabangsa sememangnya sejak dari dulu lagi mengakui bahasa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Malaysia. Malah lagu tersebut dijadikan ikon yang sinonim dengan negara Malaysia.  Aku hairan, setelah ini semua dibuktikan, Indonesia masih mahu menegakkan benang basah dengan mengatakan lagu Rasa Sayang adalah milik mereka. Diharapkan pendedahan ini akan membuka mata mereka tentang hakikat bahawa lagu Rasa Sayang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai lagu Malaysia. Apakah mereka masih tidak cukup dengan adanya Bengawan Solo dan Burung Kakak Tua?

p/s - Aku mencabar pengunjung Indonesia ke sini untuk membuktikan bahawa masyarakat antarabangsa mengakui lagu ini milik Indonesia. Buktikan

Thursday 1 November 2007

Filem Melayu Rasa Sayang, Eh

Jika Indonesia berbangga dengan rakaman Rasa Sayange yang dijadikan souvenir untuk Sukan Asia tahun 1962, Filem Melayu telah menerbitkan sebuah filem berjudul Rasa Sayang, Eh terlebih awal lagi iaitu pada tahun 1959.

Menarik sekali, filem ini bukan sahaja menjadikan lagu Rasa Sayang sebagai lagu latar, malah lagu berkenaan dijadikan tajuk filem yang dibintangi oleh Wahid Satay dan Maria Menado. Banyak adegan dalam filem berkenaan bermula dari intro filem hingga ke penutup menggunakan lagu Rasa Sayang. Tonton klip-klip video di bawah ini.

Rasa Sayang, Eh (Intro)

Ini adalah klip video pembukaan filem berkenaan. Wahid Satay mendendangkan lagu Rasa Sayang.

Rasa Sayang, Eh (Pulau Pinang ke Kuala Lumpur)

Klip video ini memaparkan rakaman di dalam kapal terbang Malayan Airways dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Klip ini juga memaparkan pemandangan sekitar bangunan Sultan Abdul Samad pada ketika itu. Rasa Sayang menjadi muzik latar.

Rasa Sayang, Eh

Salah satu babak filem yang mana Wahid Satay menyanyikan lagu Rasa Sayang di dalam sebuah bar.

Rasa Sayang, Eh (Lagu Latar)

Muzik instrumental Rasa Sayang turut dijadikan muzik latar filem Melayu ini.

Rasa Sayang, Eh (Penutup)

Penutup filem ini juga turut menggunakan lagu Rasa Sayang.

Rasa Sayange

Ini adalah klip video lagu Rasa Sayange. Klip video ini dihasilkan baru-baru ini  menggunakan lagu latar yang dijadikan souvenir untuk Sukan Asia 1962 oleh Indonesia.

Filem Rasa Sayang, Eh ini membuktikan bahawa lagu ini telah bertapak di Malaya sebelum pembentukan Malaysia lagi. Malah rakaman ini adalah lebih awal daripada lagu yang dijadikan souvenir oleh Indonesia.Untuk maklumat lanjut tentang filem ini, klik sini.

Nampaknya, dua buah filem lama yang diterbitkan di Malaya (satu filem Melayu dan satu filem Hindi), menggunakan lagu Rasa Sayang membuktikan bahawa lagu ini sudah lama menjadi siulan masyarakat di rantau ini sejak dahulu lagi. Sayangnya, masih ada lagi yang ingin membantah fakta ini dengan mengemukakan klip video ini pula.

Rasa Sayange (Sekadar Muzik Latar Filem Dokumentari Penjajah)

Klip video ini didakwa dihasilkan di Batavia (Jakarta masa kini). Tidak dapat dipastikan tahun bilakah klip video Belanda berkenaan dihasilkan.

Namun demikian, klip video di atas menjadi sanjungan Indonesia walaupun diterbitkan oleh penjajah mereka pada ketika itu iaitu Belanda. Jika korang tonton klip video di atas, amat malang sekali, lagu Rasa Sayang dijadikan hanya sekadar lagu latar. Itu pun tidak sampai 1 minit. Peliknya, tidak pulak dituduh penjajah itu mencuri lagu Rasa Sayang untuk dimasukkan dalam filem mereka. Malah, diagung2kan nya pulak.

Berbeza sekali dengan filem Melayu Rasa Sayang, Eh. Filem ini bukan menjadikan lagu ini sekadar muzik latar. Malah, mengangkat martabatnya lebih tinggi dengan menjadikannya tajuk filem, lagu intro, muzik latar dan lagu penutup. Malah ada babak yang mendendangkan lagu berkenaan. Dapatkan VCD Rasa Sayang, Eh di pasaran hari ini juga. Rasa Sayang, Eh... Rasa Sayang, Sayang Eh .

p/s - Aku bangga dengan filem tempatan bukan filem penjajah.