Thursday 28 February 2008

Indonesia Republik Aborsi

Jika di Pavilion, Kuala Lumpur terdapat Food Republic di mana kita boleh menikmati pelbagai jenis makanan, Indonesia pula boleh diberi nama julukan baru republik aborsi.

Apa tidaknya, sikap kejam yang ditonjolkan oleh rakyat negara jiran kita, Indonesia tidak hanya pada sikap mereka yang suka merusuh dan membuat kerosakan malah melibatkan nyawa insan yang tidak berdosa.

Baru2 ini, Buletin Utama TV3 melaporkan 2.5 juta kes pengguguran bayi (aborsi) berlaku setiap tahun di negara republik itu. Tonton klip video sebelah yang dipetik dari Buletin Utama 24 Februari 2008

Angka yang sudah pasti menakutkan. Cuba bayangkan 2.5 juta bayi digugurkan setiap tahun di negara itu. Tambah mengejutkan apabila angka 2.5 juta itu tidak termasuk pengguguran yang dilakukan oleh dukun (bidan kampung).

Malah menurut WHO, 20-60 peratus daripada jumlah itu dilakukan secara sukarela! Sudah hilangkah sikap berperikemanusiaan dalam diri mereka?

Yang pasti memalukan Indonesia ialah apabila sikap kejam dan tidak bertamadun ini mendapat perhatian akhbar2 seluruh dunia. Klik gambar untuk berita penuh.

2.5 juta aborsi ini turut membimbangkan media negara Indonesia. Klik gambar untuk berita penuh.

Kejam kan Indonesia? Sewenang2nya rakyat Indonesia membunuh lebih daripada 2.5 juta bayi setiap tahun!!

p/s - Ingatkan pers Indonesia hanya tahu membincangkan soal tempeh dan kunyit, rupanya masih ada sedikit kewarasan mereka. Persoalannya, masihkah dunia mahu menyokong Tahun Kunjungan Wisata negara aborsi?

Friday 22 February 2008

Batik Bukan Asli Indonesia!

Seni Batik yang dibangga2kan oleh Indonesia kononnya asli Indonesia, sebenarnya bukan berasal daripada negara republik tersebut. Hakikatnya, asal usul seni Batik ini adalah dari negara India. Rujuk petikan berikut atau klik gambar untuk ke laman tersebut.

Malah, ada sebuah laman web Indonesia, Batik Markets mengakui bahawa Batik dibawa oleh pedagang India ke Indonesia.

Lebih menarik, sebuah laman web bertajuk Comparative Study of Textile melaporkan bahawa artis2 dari Parsi telah pergi ke negara India (bukan Indonesia) untuk belajar Batik. Petikan berikut sebagai bukti.

Tidak cukup dengan itu, baca petikan berikut atau klik gambar untuk ke laman web tersebut.

Dan berikut ini adalah bukti2 lain yang menunjukkan batik berasal dari India dan bukan asli Indonesia. Klik gambar untuk ke laman web tersebut.

Ini pula menegaskan bahawa Indonesia mempelajari batik dari India.

Terbuktilah, Indonesia mencuri seni Batik ini dari negara India.

Tentu anda tertanya2 kenapa Indonesia tidak menyalak2 apabila adanya Batik India kan? (Klik gambar untuk ke laman Batik India)

Jawapannya sudah pasti kerana Indonesia mencuri seni ini dari India. Jadi, untuk menutup kesalahan, mereka menyalak2 terhadap Batik Malaysia. Dan memberitahu seluruh dunia kononnya Malaysia mencuri yang batik.

p/s - Seperkara lagi, jangan lupa, nama negara Indonesia juga diambil dari negara India. (Rujuk sini). Dan yang penting sekali, India tidak pernah bising adanya Batik Indonesia. Maka, Indonesia juga perlu berhenti daripada terus menyalak2 terhadap Batik Malaysia.

Tuesday 19 February 2008

Pers Indonesia Menipu Isu Askar Wataniah

Semasa postingan bertajuk Rusuhan Jawa vs Aceh Di Kuala Lumpur, salah seorang pengunjung iaitu desember ceria telah cuba memutar belit dengan memberi komen tentang isu Askar Wataniah di Kalimantan Barat. Disebabkan sikap dolak-daliknya, komentarnya itu telah didelete.

desember ceria sebenarnya telah tertipu dengan media (pers) negaranya yang terang2an membuat adu domba. Media massa negaranya membuat penipuan bahawa kerajaan Malaysia merekrut rakyat Indonesia ke dalam askar Wataniah di Kalimantan Barat.

Jika difikir secara logik, adakah kerajaan Malaysia mahu merekrut rakyat sebuah negara mundur yang terkenal dengan sikap merusuh sebagai tentera? Kerajaan Malaysia bukan bodoh seperti media Massa Indonesia. Malah kerajaan Indonesia sendiri menafikan laporan media massa negaranya itu. Berikut ialah petikan dari Harian Metro, 16 Februari 2008.

Lantaran itu, media Indonesia pun mendesak Ketua Badan Intelijen Negara Indonesia, Syamsir untuk mengiyakan bahawa rakyat Indonesia direkrut menjadi Askar Wataniah. Nasib baik ada juga seorang rakyat Indonesia yang intelijen dan ini jawapannya. Dipetik dari akhbar Detik.

Akhirnya, media massa Indonesia mengaku salah atas penipuan yang mereka buat selama ini. Rujuk petik akhbar Detik bertarikh 19 Februari 2008.

Apa yang pelik, di sebalik penipuan demi penipuan yang dibuat oleh pers Indonesia, masih ada rakyatnya yang mempercayai media negara itu. Konon untuk mendokong kebebasan pers, mereka sanggup ditipu. Tertipu dalam isu Rasa Sayang, tertipu dalam Reog Ponorogo dan yang pasti mereka juga tertipu dalam isu Batik.

Monday 18 February 2008

China Klaim Batik! Indonesia Buta Fakta

Indonesia nampaknya belum mengkaji fakta sebelum menuduh Malaysia mengklaim budaya batik. Tindakan mereka yang sewenang2nya melemparkan tuduhan jahat tersebut mencerminkan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang sejarah Batik. Lihat petikan berikut.

Bukalah matamu wahai Indonesia, negara China juga mengklaim Batik.

Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi laman web mengklaim bahawa Batik adalah sebahagian daripada tamadun China kuno. Lebih menarik, ia mengatakan bahawa Batik adalah sebahagian daripada seni tradisional rakyat China! Lihat petikan berikut sebagai bukti. (Klik gambar untuk ke laman web tersebut).

Pada hari ini, seni batik masih diamalkan di negara China iaitu di bandar Guizhou. Malah, kanak2 di bandar tersebut diajar seni batik sejak berumur 6 tahun. Lihat petikan berikut sebagai bukti. (Klik gambar untuk ke laman web tersebut).

Malah bandar Guizhou turut dikenali sebagai The Hometown of Batik (Bandar Asal Batik).

Dalam kesemua laman2 web (situs) mengenai Batik di atas, tidak ada disebut pun nama Indonesia.

Yang peliknya, mengapakah Indonesia tidak menyalak2 atas klaim negara China terhadap Batik ini! Kenapa pulak mereka tidak merusuh apabila China mengklaim bahawa batik originates from ancient China dan mengatakan Guizhou is called the "the hometown of batik."?

Buta sekali negara Indonesia terhadap fakta Batik ini. Dengan itu, terbuktilah Indonesia hanya iri hati dengan Malaysia dalam isu ini.

Friday 15 February 2008

Batik, Indonesia Hanya Iri Dengan Malaysia

Indonesia sering mengatakan bahawa Batik adalah solely milik mereka dan apabila di Malaysia terdapat Batik, mereka merusuh. Tegas mereka, sekiranya negara kita ingin wujudkan batik Malaysia, kita perlu menyatakan bahawa batik berasal dari Indonesia. Ertinya, pada setiap kain atau baju Batik Malaysia, mesti tertera, Made In Malaysia, Originally From Indonesia.

Tapi yang peliknya, kenapa Malaysia saja yang tidak boleh mengasimilasikan seni budaya batik ini jika benar batik berasal dari Indonesia?

Padahal, seni batik ini juga terdapat di seluruh dunia. Contohnya, di Hawaii. Mereka di sana telah menggunakan batik dalam penghasilan kaftan dan pareo. Gambar di sebelah menunjukkan pareo yang menggunakan corak Batik.

Pareo mengikut wikipedia adalah perkataan dari bahasa Tahiti (berdekatan dengan kepulauan Hawaii) yang merujuk kepada kain seperti sarung.

Laman web di atas berpusat di Kailua, Hawaii mengatakan bahawa

Call it a sarong or a pareo, just two of the many names for this versatile garment. Inspired by the beauty of Hawaii, the designs on these sarongs will tempt you to hang them on the wall as works of art!


Dalam web tersebut, turut ditunjukkan cara membatik untuk menghasilkan pareo Hawaii tersebut. Namun, ia langsung tidak menyatakan nama Indonesia.

Sebuah lagi laman web, Kaftans.Net yang berpusat di Honaunau, Hawaii mengemukakan batik Caftan. Mereka juga menggunakan perkataan batik. (Lihat gambar). Dalam laman web tersebut juga tidak langsung dinyatakan nama Indonesia.

Pareo batik yang dihasilkan oleh Hawaii ini telah ditiru oleh Indonesia. Mereka tanpa segan silu menerbitkan Pareo Made In Bali Indonesia. Padahal, pareo bukan berasal dari negara itu..

Terbuktilah, seni batik ini bukan saja terdapat di Malaysia dan Indonesia, malah berkembang ke Hawaii. Tetapi, apabila Hawaii menggunakannya, tidak pula mereka "menyalak2". Pelik kan?

Duta Malaysia ke Indonesia, Dato Zainal Abidin Zain turut hairan dengan sikap Indonesia ini. Berikut ialah petikan berita daripada DetikNews bertarikh 8 Februari 2008.

Jika Hawaii boleh mengeluarkan batik pareo mahupun batik caftan, salahkah Malaysia mengeluarkan batik Malaysia?

Sikap Indonesia ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat iri hati dengan Malaysia dalam soal seni budaya. Tetapi tidak kepada negara lain. Kesimpulannya, perlukah Made In Malaysia, Originally From Indonesia ini? Sudah pasti tidak, kerana batik Malaysia adalah asli Malaysia dan telah dikenali di seluruh dunia. Batik Malaysia, Crafted For The World (Ciptaan Untuk Dunia).

Thursday 14 February 2008

Batik Malaysia Dikongsi Bersama

Batik sememangnya begitu sinonim dengan nama negara Malaysia. Walaupun Indonesia mengamalkan sikap tamak budaya dengan mengatakan Batik adalah hak milik mereka sepenuhnya, namun di Malaysia seni Batik semakin berkembang.

Malah, apa yang membanggakan, seni Batik ini bukan sahaja diminati oleh kaum Melayu di Malaysia, malah dikongsi bersama dengan kaum lain. Buktinya, pembuatan "singa" yang menjadi tarian utama semasa Tahun Baru Cina, turut menggunakan Batik. Tonton klip video di sebelah yang dipetik dari Buletin Utama, 5 Februari 2008.

Dalam klip video di atas, Singa Batik ini telah menjadi identiti Malaysia. Kita sedia maklum bahawa tarian Singa ini berasal dari negara China. Walaupun Malaysia mengubahsuainya dengan mengasimilasikan seni Batik ke dalamnya, rakyat negara China tidak merusuh atau menyaman kita. Jadi, tidak hairanlah, budaya Cina ini dapat berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Malah di New York pun terdapat tarian Singa.

Mari kita imbas semula sikap Indonesia terhadap seni Barongan atau Reog Ponorogo. Sikap tamak budaya mereka ini sudah pasti menyekat perkembangan budaya Nusantara ini. Lantaran itu, mampukah Barongan menembusi New York seperti tarian Singa jika sikap sebegini berterusan?

Indonesia sepatutnya mencontohi sikap Malaysia dalam perkongsian seni Batik ini. Walaupun Batik Malaysia dikaitkan dengan seni budaya Melayu, namun tidak salah sekiranya ia turut dikongsi dengan masyarakat Cina. Selain mengeratkan perpaduan, perkongsian seperti ini menjadikan budaya ini lebih berkembang.

Majulah Batik Malaysia!

p/s - Usahkan nak ke seluruh dunia, di Indonesia sendiri pun tarian singa (barongsai) tidak dibenarkan di khalayak umum. Rujuk postingan ini.

Tuesday 12 February 2008

Rusuhan Jawa vs Aceh Di Kuala Lumpur

Sikap suka merusuh rakyat Indonesia bukan sahaja berlaku dalam negara mereka sahaja, malah turut berlaku di luar negara. Buktinya, pendatang Indonesia ke negara kita turut membawa budaya rusuhan mereka ke sini.

 

Pada 10 Februari 2008,berlaku pergaduhan sesama pendatang Indonesia (TKI/TKW) di Kuala Lumpur. Nasib baik pergaduhan tersebut hanya melibatkan pendatang Indonesia (Jawa vs Acheh) dan tidak melibatkan rakyat kita. Baca petikan berita berikut yang dipetik dari Harian Metro, 11 Februari 2008.

Petikan berita berikut melaporkan bahawa pendatang asing Indonesia tersebut membawa senjata kerambit! Bayangkan, mereka merayau2 di sekitar KL dengan membawa senjata tajam.

Petikan akhbar yang berikut pula mengesahkan bahawa hampir 50 warga Indonesia terlibat dalam pergaduhan itu. Dahsyat sekali!

Pergaduhan tersebut berpunca dari sikap perkauman (racist) yang dibawa oleh pendatang Indonesia tersebut. Begitulah sikap racist mereka hingga sesama Indonesia pun boleh bergaduh.

Oleh itu, berhati2lah kita apabila terserempak dengan pendatang asing Indonesia (TKI/TKW) di mana2. Mereka mungkin membawa senjata berbahaya dan yang pasti, mereka mempunyai budaya rusuhan! Awas ya!

Klik sini untuk berita penuh atau terus saja ke laman Harian Metro di sini.

p/s - Terima kasih kepada pesanan khidmat masyarakat yang dibawakan secara percuma oleh CrimeBuster.

Monday 11 February 2008

Indonesia, Rusuhan dan Konsert

Kita sedia maklum bahawa rakyat negara Indonesia sememangnya suka membuat rusuhan. Apabila ada saja yang mereka tidak puas hati, mereka akan merusuh di jalanan.

Selepas Suharto meninggal dunia hari itu pun, mereka merusuh kerana tidak puas hati dengan gelaran pahlawan kepada Allahyarham.

Tentu kita masih ingat isu Reog Ponorogo dulu. Walaupun Malaysia tidak mengklaim budaya tersebut, mereka merusuh di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta yang akhirnya mengundang malu kepada mereka sendiri.

Walaupun rusuhan tersebut tidak seteruk Rusuhan Jakarta 1998 mahupun Rusuhan di Ambon, namun ia tetap mengundang tragedi.

Aksi suka merusuh tetap diamalkan semasa mereka menonton konsert. Semalam, 10 Februari 2008, Buletin Utama melaporkan bahawa selepas konsert band underground negara itu di Bandung, berlaku rusuhan yang meragut nyawa. Tonton klip video di sebelah.

Dalam klip video di atas, Buletin Utama turut menyatakan bahawa rusuhan sering berlaku semasa konsert di Indonesia!

Ini terbukti apabila rusuhan berlaku di kebanyakan konsert sebelum ini. Contohnya pada 2 Februari 2008 di sebuah konsert di Bogor. Rusuhan berlaku belum sempat penyanyi menghabiskan lagu pertama. Akhirnya, konsert itu terpaksa dibatalkan. Tonton aksi bahaya mereka dalam klip video di sebelah.

Selain itu, sebuah konsert di Kota Cirebon pada 28 November 2007 juga dicemari insiden kericuhan. Yang bahayanya, penonton di situ turut membawa senjata tajam! Sebelum itu pada 6 November 2007, di Jawa Timur juga berlaku rusuhan sebelum konsert berlangsung. Ia berlaku disebabkan penonton yang tidak memiliki tiket, cuba merempuh masuk. Dah tak mampu beli tiket, duduk luar saja lah!

Oleh itu, berhati2lah sekiranya anda menonton konsert di Indonesia. Malah langkah berjaga2 juga perlu diambil sekiranya anda menonton konsert artis Indonesia di Malaysia. Ini kerana, konsert sebegitu pasti dihadiri oleh ramai TKI/TKW (pendatang asing Indonesia) yang mentalitinya pasti sama dengan mereka yang suka merusuh di atas. Bahaya beb!

Sunday 10 February 2008

Mundur Sekali Kereta Api Indonesia

Pada 10 Februari 2008, Utusan Malaysia melaporkan bahawa penumpang kereta api di Indonesia bakal disembur cat. Apa? Kena sembur cat? Ya, itulah hakikat yang perlu diterima oleh penumpang kereta api di negara tersebut yang duduk di atas bumbung. Klik gambar berikut untuk berita penuh.

Kenapa perlu duduk di atas bumbung? Begitulah mundurnya perkhidmatan kereta api di negara tersebut sehinggakan rakyat terpaksa bergadai nyawa dengan memanjat bumbung. Jika tidak percaya, lihat gambar2 berikut.

Sebelum ini, pelbagai tindakan telah diambil untuk menyekat mereka dari terus duduk di atap kereta api. Antaranya dengan memasang kawat berduri, paku malah diletakkan minyak (oli) pada bumbung kereta api. Begitulah susahnya mengajar rakyat Indonesia untuk mematuhi undang2. Yang lebih memalukan apabila pemerintah negara itu terpaksa menyembur mereka dengan cat dengan harapan mereka akan sedar.

Gambar di atas menunjukkan perkhidmatan kereta api elektrik atau komuter di Jakarta. Bayangkan perkhidmatan sebegitu disediakan di sebuah ibu kota bertaraf bandar raya! Cuba bandingkan dengan perkhidmatan yang terdapat di Malaysia. (Gambar sebelah dan gambar berikut)

 
KLIA Express
KL Monorel
KTM Komuter
Ampang/Sri Petaling Line
Kelana Jaya Line

Dalam gambar2 di atas, tidak terdapat pun penumpang yang berada di bahagian bumbung. Kemajuan Malaysia dalam bidang pengangkutan ini turut diakui oleh media Indonesia. Baca keratan akhbar ini yang dipetik dari akhbar online Indonesia, detikcom. Berita penuh, klik sini.

Syukur atas kemajuan yang dicapai Malaysia selepas 50 tahun merdeka.

Saturday 9 February 2008

Blogger Indonesia Malu Mengakui Indon

Salah seorang blogger Indonesia yang kerap berkunjung ke blog ini ialah blogger Pekan Baru On The Net. Menurut blog tersebut, Pekan Baru terletak di kepulauan Riau, Indonesia. Baru2 ini blogger ini memberikan komen bahawa dia merupakan seorang Melayu dari Indonesia. Rujuk komen berikut.

 

Namun, di profile blognya (rujuk gambar berikut), dia sendiri malu mengakui bahawa dia berasal dari Indonesia. Malah berbangga meletakkan lokasi profilenya sebagai di Johor Bahru, Malaysia yang jauh lebih maju dari Pekan Barunya.

 

Blogger tersebut mungkin malu mengakui negara asalnya kerana negara tersebut mengandungi perkataan Indon yang bagi mereka adalah satu penghinaan.

p/s - Aku sendiri pelik, jika perkataan itu hina, kenapa ia dijadikan sebahagian dari nama negara. Hehehehe.