Tuesday 11 December 2007

Pers Indonesia Adu Domba Malaysia Tukang Klaim

Media dan press (pers) Indonesia sering membuat berita palsu untuk menarik perhatian rakyat Indonesia terutama dalam isu hubungan antara negara tersebut dengan Malaysia. Penipuan ini dapat dilihat jelas apabila media negara itu mengatakan negara Malaysia mengklaim budaya Reog adalah budaya asli negara ini.

Padahal negara Malaysia tidak pernah membuat klaim sedemikian. Buktinya, dalam klip video Seni Reog yang dipetik dari laman Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), ada mengatakan di mana asalnya seni budaya berkenaan. Sila tonton klip video di sebelah. Video ini telah diterbitkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Muzium Negara beberapa tahun dahulu.

Begitulah sikap media Indonesia yang inginkan publisiti dengan menimbulkan isu2 murahan sebegini. Akhirnya, aktivis Seni Reog Ponorogo membuat demonstrasi yang akhirnya memalukan mereka sendiri.

Isu terbaru ialah isu bahasa. Media Indonesia juga telah membuat penipuan sekali lagi bahawa negara kita mengklaim bahasa Indonesia adalah miliknya. Diharapkan pengunjung Indonesia ke blog ini tidak mudah tertipu dengan taktik kotor media kalian.

Selain itu, diharapkan tuduhan Malaysia mengklaim rendang tidak ditelan bulat2 oleh penonton Indonesia. Ini kerana di negara ini terlalu banyak makanan asli yang boleh diwartakan. Terbaru, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, 72 jenis makanan asli negara Malaysia akan diwartakan sebagai makanan warisan.

Jenis makanan termasuk Sambal Neraka (Siam), Nasi Banchaan (Jawa), Nasi Periuk Kera (Sarawak), Niang Tau Fu Bok (Cina), Sambal Gerangau (Chettiar), Gedonchak (Pulau Pinang), adalah antara hampir 170 masakan yang unik dipamerkan di pesta yang pertama kali diadakan oleh KeKKWa itu.

[Dipetik dari Utusan Malaysia, 9 Disember 2007. Rujuk sini]

Diharapkan tiada antara makanan di atas, akan diklaim pula oleh Indonesia sebagai milik mereka juga. Dan jangan mudah tertipu dengan pers kalian yang jelas tidak boleh dipercayai dan mempunyai pemikiran yang mundur.

p/s - Ingat lagi tempeh dan kunyit?

Monday 10 December 2007

Dimana Aslinya Indonesia?

Indonesia menuduh kita menciplak budaya mereka. Malah mengatakan kita tukang klaim. Tapi tahukah anda bahawa apa aslinya Indonesia itu? Inside Indonesia menyingkapnya.

Nama negaranya saja diciplak dari nama negara India. Rujuk sini. Sebab itu mereka marah sangat jika nama mereka disingkat2kan menjadi Indo*. Opppss...

Bukan setakat nama negara saja, matawang negara tersebut, Rupiah juga mengambil nama dari matawang India, Rupee. Rujuk sini. Untuk makluman anda, dengan matawang seperti gambar di sebelah, korang bukan boleh beli kereta yer, tapi hanya boleh beli 2 pinggan nasi goreng ayam. Hehehe.

Malah, prinsip negara mereka yang menyerupai Rukunegara dinamakan Pancasila. Sebenarnya, Pancasila adalah ajaran dasar moral agama Buddha. Rujuk sini.

Selain nama negara, jata negara Indonesia juga tidak asli. Diciplak dari budaya Hindu iaitu burung Garuda. Terus nama jata negara dipanggil Garuda Pancasila yang dibentuk pada tahun 1945. Rujuk sini.

Sudahlah diciplak dari budaya Hindu, rekabentuk jata negara tersebut ditiru bulat2 dari negara Thailand yang terlebih dahulu mempunyai jata negara. Jata negara Thailand mula mengguna simbol burung garuda pada jata negaranya pada tahun 1885. 60 tahun kemudian, ia ditiru oleh Indonesia. Lihat kedua-dua jata negara tersebut.

Jata Indonesia
Jata Thailand

Bendera negara itu menggunakan warna merah putih. Mereka menggunakan warna jalur merah di atas dan putih dibawah kerana takut disamakan dengan negara Poland. Untuk makluman, Republik Poland telah merdeka jauh lebih lama sebelum Indonesia.

Bendera Indonesia
Bendera Poland

Dimanakah aslinya Indonesia itu? Nama negara dan matawang dari negara India, jata negara dari budaya Hindu, rukun negara dari agama Buddha, bendera dari Poland?

Tidakkah mereka tahu bahawa nama negara, nama matawang, jata negara dan bendera adalah identiti sesuatu bangsa. Jika semua yang tersebut, tidak asli, dimanakah aslinya mereka?

Wednesday 5 December 2007

Malaysia Klaim Bahasa Indonesia?

Sikap tamak budaya Indonesia semakin menjadi2. Dulu apabila kita menggunakan lagu Rasa Sayang, mereka marah. Marah apabila kita klaim lagu itu adalah lagu rakyat. Kemudian demi menjaga hubungan baik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Rais Yatim, mengatakan ia lagu Nusantara. Sekaligus pernyataan itu mengiyakan bahawa ia lagu Indonesia. Itupun mereka tidak terima.

Media negara mereka dengan beraninya membuat penipuan bahawa Malaysia mengklaim budaya Reog Ponorogo sebagai budaya asli negara kita.Duta kita ke Indonesia pun menegaskan bahawa budaya Reog bukan budaya asli kita. Tapi yang hairannya, penjelasan ini juga tidak diterima mereka.

Aneh tak sikap mereka? Bila kita klaim milik kita, mereka marah. Bila kita nafikan kita klaim, mereka tuduh lagi kita klaim! Mengapa begitu tamak sekali jiran kita dalam isu budaya ini? Tamak hinggakan kunyit dan tempeh pun mahu dipatenkan. Betapa rendahnya tahap pemikiran dan mentaliti mereka.

Yang lagi pelik, mereka dengan mudah ditipu oleh press (pers) negara mereka hingga mereka melakukan demonstrasi jalanan. Terbaru, mereka menggunakan isu bahasa. Mereka menuduh kita mengklaim bahasa Indonesia sebagai bahasa kita. Tonton klip video sebelah dipetik dari MetroTVNews.com.

Akibat ketandusan idea kerana isu Rasa Sayang, Reog Ponorogo, rendang, tempeh dan kunyit gagal melemahkan negara kita, akhbar negara tersebut sewenang2nya memutar belit kenyataan Wakil Duta Besar Malaysia untuk Indonesia, Datuk Abdul Azis Harun.

DIPONEGORO, (GM).- Negara jiran Malaysia mengancam akan mengklaim bahasa nasional Indonesia sebagai bahasa Melayu (bahasa Malaysia). "Pemerintah Malaysia akan mengklaim bahasa Indonesia sebagai bahasa Melayu. Karena bahasa Melayu adalah bahasa Malaysia," ujar Wakil Duta Besar Malaysia untuk Indonesia, Datuk Abdul Azis Harun kepada wartawan di sela-sela helaran "Kemilau Nusantara 2007" di Gedung Sate Bandung, Minggu (25/11).

[Rujuk sini]

Maaf ya pak, saya tidak bodoh untuk mempercayai pers dari negara yang isu tempeh dan kunyit pun mau diperbesarkan.

Jika benar kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Abdul Azis, sudah pasti ia akan diterbitkan dalam akhbar negara kita. Ada tak korang terbaca di Utusan Malaysia atau Berita Harian?

Itu bukan hal yang penting. Di sini aku ingin bertanya, dari manakah asalnya bahasa Inggeris? Adakah korang ambil kisah sangat asal-usul bahasa Inggeris itu? Atau ada tak mana2 negara mengklaim bahasa tersebut sebagai milik mereka hingga mengadakan demonstrasi?

Jika isu bahasa adalah besar, kenapa tidak negara China marah kerana dalam iklan Rasa Sayang ada digunakan bahasa Mandarin? Kenapa tidak, negara India menyaman kita kerana menggunakan bahasa Tamil dalam iklan?

Walaupun isu rendang, kunyit dan tempeh dibesarkan oleh Indonesia, negara India tidak sekonyong2 menyaman kita kerana menggunakan roti canai dalam iklan Rasa Sayang. Mereka tidak sebodoh itu memperbesarkan isu yang remeh.

Selain itu, iklan tersebut juga ada menampilkan seorang tukang masak Cina menggunakan chopstick. Tidak pulak, China menyaman kita kerana menggunakan budaya makan mereka dalam iklan pelancongan.

Ini kerana mereka faham bahawa bangsa Cina dan India yang berhijrah ke negara ini sejak sekian lama, sudah pasti turut membawa budaya itu ke sini. Dengan itu, tidak perlu mereka mengambil tindakan bodoh menyaman kerana isu makanan atau budaya. Mereka masih waras dan tidak bersikap tamak.

Malang sekali kita yang serumpun nie apabila ada satu pihak yang tidak dapat menerima langsung perkongsian budaya ini. Semua dikatakan hak mereka yang perlu paten itu dan ini. Hinggakan pasal lagu, pasal makanan dan pasal bahasa pun mereka hendak gaduhkan.

Mereka klaim Rasa Sayang milik mereka. Mereka klaim Reog Ponorogo milik mereka. Mereka klaim rendang milik mereka. Mereka klaim tempeh. Mereka juga klaim kunyit. Maka, siapakah yang tukang klaim?

p/s - Mereka tertipu lagi.

Monday 3 December 2007

Milik Siapakah Rendang Ini?

Negara jiran kita, Indonesia tidak habis2 dengan sikap tamak budaya mereka. Beberapa bulan dahulu, mereka menuntut lagu Rasa Sayang atau Rasa Sayange sebagai milik asli negara mereka dan tidak boleh diguna oleh negara kita. Sedangkan Malaysia mengatakan bahawa lagu itu adalah milik Melayu Nusantara.

Setelah isu itu reda, mereka pula menuduh kita mencuri budaya Reog Ponorogo. Padahal, negara kita tidak pernah pun mengklaim budaya itu sebagai budaya asli negara kita.

Sikap tamakkan budaya ini bukan saja pada seni tari dan lagu rakyat, bahkan mereka tamakkan makanan!! Budaya tamak ini terbukti apabila media di negara tersebut seolah-olah tidak berpuas hati adanya rendang  di Malaysia. Tonton klip video di sebelah yang dipetik dari Liputan6.com.

Yang aku nak tergelak, dalam klip video tadi, pengacara mengatakan kunyit dan tempeh pun perlu dipatenkan. Hahaha.

Dalam pada tu, hairan juga kenapa makanan pun dijadikan isu yang besar di Indonesia hinggakan itu ini perlu dipaten. Jika benar rendang adalah makanan asli Minang, adakah kita perlu menulis surat meminta izin dari Indonesia untuk memasaknya? Rugi sangatkah Indonesia jika rendang disediakan di Malaysia? Yang banyak makan rendang pun orang Melayu juga kan?

Bagaimanakah budaya kita hendak maju ke seluruh dunia jika ada elemen tamak budaya sebegini?

Korang tentu kenal  pizza kan? Walaupun ia sering dikaitkan dengan Itali, negara lain bebas menyediakan makanan tersebut. Amerika Syarikat sendiri pun ada mengeluarkan New York-style pizza, Chicago-style pizza, California-style pizza dan banyak lagi.  Jadi, tidak hairanlah, pizza boleh popular ke seluruh dunia kerana ia boleh disediakan di mana2 saja.


New-York style pizza

Chicago-style pizza

California-style pizza

Sebenarnya pizza bukan makanan asli Itali!! Ia berasal dariGreek dan bukannya dari Rome. Sila baca keratan2 berikut.

Pizza, like so many other foods, did not originate in the country for which it is now famous. Unless you have researched the subject, you, like so many people, probably always thought Pizza was strictly an Italian creation.

The foundations for Pizza were originally laid by the early Greeks who first baked large, round and flat breads which they "annointed with oil, herbs, spices and Dates."

[Rujuk sini]

 

The history of pizza, from its origins as a Greek food, to its reincarnation today as an international treat.

Pizza is a modern favorite all over the world. But how did this meal get its start? Who made it first?

The idea for pizza is older than Italy. The Greeks first came up with the idea of baking bread in round, flat shapes and adding things on top.

[Rujuk sini]

 

Tentu ramai yang menyangka bahawa pizza berasal dari Itali. Sangkaan itu meleset sama sekali. Pizza mempunyai lagendanya yang tersendiri. Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya.

[Rujuk sini]

Walaupun pizza sering dikaitkan dengan Itali disebabkan negara itu telah mempopularkan makanan tersebut (walaupun bukan makanan aslinya), Greece tidak menentangnya. Ini kerana mereka merasakan asal-usul makanan itu adalah perkara remeh dan mereka tidak perlu bersikap tamak. Yang lebih penting, ialah mempopularkannya.

Jika Malaysia bertindak mempopularkan rendang, tidak ada salahnya rendang dikaitkan dengan negara ini. Malang sekali kerana ada negara yang cuba menyekat perkembangan rendang. Salahkah adanya rendang minang, rendang tok (terkenal di Perak), rendang dendeng, atau Malaysia-style rendang, Indonesia-style rendang? Yang penting, ialah kita mempopularkan budaya kita di mata dunia, bukan bersikap tamak budaya.


rendang tok

rendang dendeng

rendang buatan Malaysia

rendang buatan Indonesia

Secara keseluruhannya, perlukah kita ambil kisah sangat tentang isu ini? Apa untungnya Indonesia mengklaim rendang milik mereka padahal klaim ini, sedikit pun tidak merugikan Malaysia. Aku yakin selepas rendang, kunyit dan tempeh tentu mereka akan mengklaim belacan (terasi), budu, cincaluk bahkan tempoyak. Tunggu dan lihat.

Friday 30 November 2007

Para Pendemonstrasi Indonesia Dimalukan

Indonesia menimbulkan provokasi lagi selepas isu Rasa Sayang reda. Terbaru mereka menuduh bahawa Malaysia mengklaim bahawa tarian Reog Ponorogo berasal dari negara kita. Dari nama Ponorogo pun dah tau, bahawa ini bukan tarian Malaysia. Tuduhan ini akhirnya memalukan mereka sendiri. Lihat rangkuman berikut.

Pada 29 November 2007, beratus2 polis telah dikerahkan di hadapan pejabat Duta Malaysia ke Indonesia di Jakarta. Ini kerana satu demonstrasi anti-Malaysia diadakan di situ! (Lihat gambar)

Kira2 1000 orang berkumpul di hadapan pejabat duta untuk menyatakan bantahan atas tuduhan kononnya  Malaysia mencuri kebudayaan Reog Ponorogo. Klip video di sebelah yang dipetik dari Liputan6.com menampilkan aksi para pendemonstrasi.

Beberapa hari sebelum itu, mahasiswa sebuah universiti turut membakar bendera Jalur Gemilang. Lihat video di sebelah yang dipetik dari Liputan6.com. Perlukah tindakan sebegini dilakukan? Sedangkan Malaysia tidak pernah mengklaim Reog Ponorogo berasal dari negara Malaysia.

Berbalik semula kepada citer demo tadi. Tau tak apa yang mereka buat di depan pejabat Kedutaan kita? Mereka telah dimalukan oleh duta kita, Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain dengan hanya mengeluarkan kenyataan berikut. Tonton klip video statement bijak Datuk Zainal di sebelah yang dipetik dari MetroTVNews.com.

Pertama sekali saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengklaim bahawa tarian barongan ini asalnya dari Malaysia ataupun originalnya adalah daripada Malaysia.
Yang terdapat di dalam website adalah tarian ini boleh didapati di negeri Johor dan di negeri Selangor.
Saya ingin menerangkan juga bahawa 150 tahun yang lalu, 200 tahun yang lalu, rakyat dari sini telah pun berhijrah terutama sekali ke dua buah negeri ini. Dan mereka di sini telah pun membawa kebudayaan ke sana.

Statement pendek yang bijak dan bernas dari duta kita itu menyebabkan para pendemonstrasi itu terdiam seperti terpukau. Indonesia nampak gayanya sejak akhir2 ini, cepat melatah dengan isu2 remeh seperti ini. Last2 sendiri yang malu. Hanya 3 minit saja diambil oleh Datuk Zainal untuk menyuraikan para demonstrasi yang turut disiarkan secara langsung di TV Indonesia! Hahaha.

Aku ingin mengucapkan setinggi2 tahniah kepada Datuk Zainal atas kebijaksanaannya menangangi kebodohan rakyat di negara beliau bertugas.Datuk juga berani menyuraikan 1000 para pendemonstrasi Indonesia. Yang lebih penting, Datuk juga telah memperlihatkan kebodohan mereka, sehingga mereka yang sebelum itu berkobar2, terus terdiam dan termalu. Sudah tentu mereka berasa malu kerana selama ini mereka ditipu oleh media negara mereka bahawa Malaysia mengklaim Reog Ponorogo / Barongan berasal dari negara ini.

Yang lebih penting, kita tidak rugi apa2 dengan mengatakan Reog Ponorogo / Barongan bukan asal  Malaysia. Tambahan pula, seni budaya Barongan ini adalah budaya minoriti yang terdapat di negeri Selangor dan Johor. Barongan tidak sinonim dengan nama Malaysia. Tidak pernah aku mendengar, pelancong asing berebut2 datang ke Malaysia untuk menonton Barongan.

Semasa pertunjukan Citrawarna, Barongan juga tidak dipersembahkan. Johor lebih berbangga mempersembahkan tarian Zapin. Tonton klip video Citrawarna 2006 bagi persembahan negeri Johor dan Selangor. Dalam klip ini, Barongan ada disebut, tapi ia tidak dipersembahkan kerana bukan ikon utama Malaysia.

Kenapakah isu ini diperbesarkan di Indonesia? Dan aku tertanya2, rugi sangat ke  Indonesia kalau di Malaysia dipersembahkan Barongan  hinggakan perlu diadakan demonstrasi yang akhirnya memalukan diri sendiri? Selepas Reog Ponorogo, kita tunggu dan lihat tuduhan jahat selanjutnya dari jiran tetangga kita ini.

p/s - Di sini juga, aku ingin menyatakan bahawa Reog Ponorogo/Barongan bukan budaya asli Malaysia. Bahkan tidak terdapat catatan mengatakan Barongan adalah berasal dari Malaysia. Rakyat Indonesia sebenarnya telah ditipu oleh media negara mereka sendiri.

Di bawah ini adalah berita penuh yang dipetik dari Bernama.

JAKARTA, 29 Nov (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain memerlukan hanya tiga minit untuk menyuraikan demonstrasi anti-Malaysia, yang sebelum itu berkobar-kobar dan kononnya akan berlangsung satu tindakan nekad di hadapan kedutaan di sini pagi ini.

Lebih 1,000 pendemonstrasi anti-Malaysia daripada kalangan aktivis kebudayaan Reog Ponorogo, yang diapi-apikan semangat anti-Malaysia oleh pelbagai laporan media massa yang menuduh Malaysia telah mengambil dan mengakui berhak terhadap kesenian itu, akhirnya menyuraikan diri selepas mendengar penjelasan itu.

"Saya jelaskan di sini bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengakui tarian Reog itu berasal dari Malaysia walaupun tarian itu ada di Johor dan Selangor, katanya dengan menggunakan alat pembesar suara.

Kira-kira 150 tahun lalu, rakyat dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia membawa kebudayaannya dan ia dipraktikkan oleh anak cucu mereka di sana sehingga hari ini, katanya dari atas pentas yang berupa sebuah kenderaan yang digunakan oleh pemimpin demonstrasi itu.

Setelah penjelasan yang menggunakan hanya kira-kira 50 patah perkataan sahaja itu, Zainal Abidin terus turun dari pentas itu dan kembali meneruskan tugas di pejabatnya, meninggalkan para pendemonstrasi itu terdiam seperti terpukau.

Akhirnya, sedikit demi sedikit mereka bergegas meninggalkan Jalan Rasuna Said yang sesak di hadapan kedutaan dan tiada satu pun lagi antara puluhan topeng singa Reog itu yang galak menari-nari dengan garang seperti kira-kira sejam sebelumnya.

Beberapa hari sebelum ini, heboh disebarkan khabar bahawa lebih 3,000 Reog (topeng singa berupa buruk) akan berdemonstrasi anti-Malaysia sehinggakan hampir semua stesen televisyen Indonesia membawa van siaran luar mereka bagi menyiarkannya secara langsung peristiwa itu.

Namun, tidak satu pun media massa dalam talian dan televisyen yang meliputi demonstrasi itu melaporkan aspek kecekapan diplomasi Zainal Abidin yang tampil dengan tenang menamatkan demonstrasi itu tanpa sebarang insiden buruk.

Kerana menjangkakan demonstrasi itu akan melibatkan tindakan keras dan kasar, ratusan polis Indonesia telah dikerah berkawal dan pagar dawai tajam anti-perusuh telah dipasang di hadapan pintu masuk ke kedutaan.

Sebelum keluar bertemu pendemonstrasi itu, Zainal Abidin bersetuju menerima beberapa orang wakil mereka di pejabat beliau.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, Zainal Abidin berkata terlalu banyak tuduhan jahat dilemparkan terhadap Malaysia sejak kebelakangan ini dengan banyaknya laporan media dan perbincangan di laman web tempatan kononnya Malaysia telah mencuri pelbagai seni dan budaya Indonesia dan mengakui berhak ke atasnya.

"Entah dari mana timbulnya tuduhan kononnya Malaysia juga telah mempaten semua bentuk seni dan budaya itu termasuk batik dan lagu, katanya yang menjelaskan bahawa semua tuduhan itu tidak benar.

Duta Besar itu sendiri telah berkali-kali mengulangi penjelasan tersebut kepada media massa tetapi tuduhan demi tuduhan terus berlaku sehingga beliau berpendapat ada elemen jahat yang ingin merenggangkan hubungan akrab Malaysia dengan Indonesia dengan mengeksploitasikan seni dan budaya.

Eksploitasi seni dan budaya dilakukan oleh elemen jahat ini kerana ia merupakan isu warisan yang dibanggakan oleh rakyat Indonesia dan sangat sensitif di jiwa mereka serta dapat pula dengan mudah digunakan untuk membakar sentimen anti-Malaysia, jelasnya.

-- BERNAMA

Thursday 22 November 2007

Indonesia. Indon atau Indus?

Website Malingsia.com tidak habis2 dengan kebodohannya. Terbaru ialah artikel daripada admin yang bertajuk "Don't Call Us Indon" atau "Jangan memanggil kami Indon". Dah la negara kita diburuk2 kan, boleh pulak memohon simpati agar berhenti menggelarkan mereka Indon.

Mereka meminta kita agar memanggil mereka dengan "Indonesia" atau WNI (Warga Negara Indonesia) atau INA atau IND saja. Mereka tidak kisah kita menggelar mereka sebagai Indo, Indocafe atau Indomee asalkan bukan Indon. "Maaf ya pak, Indo udah kami gunakan untuk Indochina".

Utusan Malaysia pernah mengeluarkan rencana bertajuk "Sebab istilah `Indon' tidak digemari" pada tahun 2004. Klik sini untuk maklumat lanjut dan ini adalah petikan daripada rencana tersebut.

Sebabnya, pertama, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah secara tata bahasa kerana tidak ada dalam mana-mana kamus pun.

 

Dan kedua, lebih penting lagi, penggunaannya berkonotasi negatif, terkesan melecehkan dan merendahkan (degrading) masyarakat Indonesia.

Untuk menjaga hati jiran dan untuk memudahkan percakapan, apa kata kita panggil mereka dengan perkataan Indus. Memandangkan nama negara itu berasal dari perkataan itu, rasanya mereka tidak ada masalah dengan nama julukan terbaru ini.. Rujuk sini.

Walau bagaimanapun, perlukah kita melayan tuntutan mat-mat Indonesia ni "Don't Call Us Indon" dari sebuah web terang2an menghina Malaysia?

Dan berita terbaru ialah, admin web berkenaan akhirnya menutup poll yang bersifat tidak ilmiah iaitu "Suka dipanggil Indon?". Dah tau, rakyatnya tak suka dipanggil Indon, tanya buat apa lagi? Sebab itu lah poll itu tidak mendapat sambutan dari rakyat  Indonesia sendiri kerana mereka tidak mahu diperbodohkan dengan soalan sedemikian.

Guess what? Poll bodoh diganti dengan poll yang lagi bodoh, nama julukan terbaru untuk Malaysia. Aku tak pasti apa tujuan diadakan poll sedemikan. Adakah admin hendak memastikan sama ada nama Malingsia yang digunakannya sekarang, masih relevan? Atau mungkin dia hendak membuat web baru. malon.com? Malingsial.com? Malasya.com? atau MalingAsia.com? Sama2 kita tunggu, nah k

Tuesday 20 November 2007

Poll Suka Dipanggil "Indon"?

Terbaru, suatu undian (poll) diwujudkan di Malingsia.com bertajuk Suka di panggil Indon? Nampaknya, admin laman web tersebut masih ragu2 sama ada rakyat Indonesia suka atau tidak dipanggil Indon. Malangnya, daripada berjuta2 rakyat Indonesia, hanya 67 orang saja memberi respond dan 24% suka dipanggil Indon.

Sekiranya admin sedar bahawa bangsanya tidak suka dipanggil Indon, kenapakah poll di atas diwujudkan? Patutlah dia bertanya, "Indon? Should we be calling them that?".

p/s- Sebab dia bertanya, jawapannya "Of course!"

Malingsia.com Ketinggalan Zaman

Malingsia.com adalah laman web yang dibangunkan oleh rakyat Indonesia untuk memburuk2kan negara Malaysia. Title laman web berkenaan sering berubah2 dan title terkininya adalah "..:: Malaysia a.k.a Malingsia ::.. :: don't Visit Malaysia 2007 -- lets get it uncovered"

Daripada titlenya saja kita sedia maklum, bahawa adminnya berniat jahat untuk menggagalkan Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007).

Namun begitu, laman web tersebut banyak juga menggunakan unsur2 Malaysia. Antaranya ialah penggunaan header yang diciplak dari laman web rasasayang.com.my, lagu latar menggunakan lagu Rasa Sayang Malaysia dan logo TMM 2007 yang diubahsuai.

Logo ini yang digunakan di laman itu juga tak relevan. Logo tu tertulis "Visit Malingsia 2007". Kenapa tidak logo itu ditukar kepada "don't Visit Malaysia 2007" atau "don't Visit Malingsia 2007" seperti kempen mereka?

Namun, jika difikirkan secara logik, masih relevan kah laman web tu? Cuma tinggal sebulan setengah saja lagi, TMM 2007 akan tamat. Sekiranya mereka menggunakan fikiran dengan waras, sudah pasti laman web berkenaan dibangunkan sebelum TMM 2007 lagi.

Mungkin korang tertanya2, berjayakah kempen mereka yang sebelum ini dipanggil "".: Malaysia truly thief of Asia :. Please don't Visit Malaysia 2007"? Untuk kepastian, baca petikan2 berikut:

Program Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya menarik lebih ramai pelancong. Sehingga Jun, seramai 10.7 juta pelancong telah melawat Malaysia berbanding dengan 8.6 juta pelancong dalam tempoh yang sama tahun 2006. Ini adalah pencapaian yang cemerlang.

Dipetik dari Teks Ucapan Bajet Tahun 2008 oleh PM. Rujuk sini.

 

Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya menarik lebih dari 10.7 juta pelancong dalam jangkamasa 6 bulan pertama, menghasilkan aliran masuk tunai sebanyak RM 24.4 biliun, yang nyata melebihi separuh daripada sasaran iaitu RM 44.5 biliun.

Dipetik dari BERNAMA. Rujuk sini.

Nampaknya seruan laman web berkenaan "lets get it uncovered" sudah ketinggalan zaman.

Selain itu, web berkenaan tidak relevan kerana majoriti postingnya adalah dalam Bahasa  Indonesia . Sekiranya kempen "don't Visit Malaysia 2007 " adalah untuk pelancong asing, kenapakah kandungannya tidak ditulis dalam bahasa Inggeris? Adakah pelawat asing akan ke laman web tersebut? Rujuk gambar berikut.

71.1% pengunjung adalah pengunjung dari negara mereka sendiri. Hehehe. Pengunjung Malaysia 12.8% dan yang lain2 adalah pengunjung ASEAN.

Ranking web tersebut juga tidak popular di negara kita, apa hanya menduduki tempat yang ke 21049. Maklumat lanjut, rujuk sini. Soalannya, adakah laman itu relevan lagi?

Laman tersebut turut digunakan untuk promosi murahan Tahun Melawat Indonesia 2008. Lebih menarik, sebuah laman web Indonesia Photo Gallery -- Visit Indonesia 2008 diwujudkan di bawah alamat www.trulyindonesia.com. Sekali lagi,  Indonesia  menciplak kempen kita dengan turut menggunakan perkataan "Truly" dalam kampanye pariwisata mereka.

Seorang blogger dari Indonesia ada menulis posting bertajuk "Waspadalah Dengan Malingsia.com!". Sila baca tulisannya di sini.

Akhir sekali. aku cadangkan kepada admin laman web berkenaan agar membina laman yang lebih relevan. Hingga kini, belum ada satu pun laman web bagi meraikan Tahun Melawat Indonesia.Apa gunanya memburukkan pelancongan negara lain, sekiranya pariwisata negara sendiri pun tidak terurus?

Monday 19 November 2007

T-Shirt Malingsia dari Indonesia

Sebelum ini, blog ini ada mengetengahkan sebuah laman web yang memburukkan negara yang dibangunkan oleh rakyat negara jiran, Indonesia. [Rujuk posting tersebut di sini].

Tajuk laman web tersebut kini telah ditukar kepada ".: Malaysia truly thief of Asia :. don't Visit Malaysia 2007" dengan perkataan please telah pun dibuang. Ikut juga diorg dengan telunjuk kita. Gambar di sebelah menunjukkan laman web tersebut sebelum perkataan "Please" dibuang.

Selain itu, promosi wisata Indonesia 2008 juga telah dikeluarkan dari homepage web berkenaan lantaran tidak mahu dikatakan menumpang populariti negara yang diburuknya. Syabas kepada admin laman web berkenaan atas sedikit kebijakan anda di atas kebodohan anda sebelum ini.

Namun demikian, lagu latar laman web tersebut ialah lagu Rasa Sayang Malaysia!! Dalam mempertikaikan pemilikan lagu tersebut, mereka masih lagi menggunakan lagu Rasa Sayang kita sebagai lagu latar. Sambil membaca komen, boleh la mereka menyanyi bersama lagu Rasa Sayang Malaysia. Kenapa tidak digunakan saja lagu Rasa Sayang buatan Indonesia jika memang ada?

Kebodohan mereka makin terserlah apabila mereka terpaksa menjual baju promosi Visit Malingsia 2007. Kempen supaya orang tidak datang ke Malaysia, tapi buat baju "Visit Malingsia 2007". Kenapa tidak ditukar saja kepada "Don't Visit Malaysia 2007"? Tidakkah bodoh namanya ini?

Aku pun tertanya2, kalau diorg pakai baju itu, untuk apa? Untuk mengelakkan pelancong asing datang ke Malaysia pada tahun 2007? Tidakkah diorg sedar bahawa tahun 2007 pun dah nak menutup tirai. "Udah berjuta2 pelancong asing datang ke negara kami, mas. Mas udah terlambat, deh. Baik mas buat kaos kampanye pariwisata negara mas sendiri. Kan lebih cantik kalau dipake doank"

Yang menariknya lagi, cuba korang tengok di column kanan blog tersebut. Iklan Malingsia T-Shirt terletak di atas Visit Indonesia 2008. Begitu lah hebatnya negara Malingsia yang mereka dok kutuk, hingga mendahului negara mereka sendiri. Syabas kepada admin laman itu sekali lagi.

Sekurang2nya, ada jugak rakyat Indonesia memakai baju "Visit Malingsia 2007". Hahahaha.

 

Sunday 18 November 2007

Asal Usul Indonesia

Dari mana berasalnya nama Indonesia itu? Ada pendapat mengatakan dari gabungan perkataan "indon", "ini" dan "sial". Silap yerr, you ouls silap semuanya. Hehehe.

Sebenarnya, nama negara jiran kita itu sebenarnya meminjam nama sebuah negara lain? Apa? Nama negara pinjam nama negara lain? Pelik tuh.

Untuk kepastian, baca petikan daripada wikipedia di sini dan sini.

The name Indonesia derives from the Latin Indus, meaning "India", and the Greek nesos, meaning "island".

Nama Indonesia diterbitkan daripada perkataan Latin Indus, yang bermaksud "India", dan perkataan Greek nesos, yang bermaksud "pulau".

Sila rujuk laman web National-Anthems dan laman web Kedutaan Indonesia di Addis Ababa.

Sedarkah rakyat Indianesia oppss..   Indonesia bahawa nama negara kalian sendiri pun dipinjam daripada nama negara lain? Mengapa tidak bahasa India saja dijadikan bahasa rasmi mereka? Ini tetap nak guna bahasa Melayu dan tukar kepada bahasa Indonesia. Mereka juga pernah sedar yang menggabungkan nama India menjadi nama negara, adalah sesuatu yang memalukan. Lantas, nama negara tersebut penah dicadangkan sebagai Malayunesia dulu. Tak percaya? Rujuk laman web Pikiran Rakyat di sini untuk bukti.

Inilah perangai dan sikap Indonesia sebenarnya. Ambil itu dan ini, kemudian klaim milik mereka. Nasib baik bukti telah tercatat, kalau tidak, tentu mereka klaim yang India mengambil nama mereka.

Bukan itu saja, Indonesia juga penah cuba menukar nama Lautan India (Indian Ocean) kepada Samudera Indonesia. Hinggakan Selat Melaka pun hendak ditukar kepada Selat Indonesia. Rujuk sini untuk bukti.

p/s - Siapa yang mengambil hak orang lain sebenarnya? Tentu mereka juga bercita2 menukar nama planet Bumi jadi Planet Indonesia.

Saturday 17 November 2007

Benarkah Negaraku Dari Terang Bulan?

Benarkah lagu Negaraku berasal daripada lagu Terang Bulan (ejaan lama: Terang Boelan)? Atau, Terang Bulan yang ditiru dari Negaraku? Nak tau? Jom kita ikuti dulu sejarah asal-usul lagu kebesaran negara kita yang tercinta ini.

 Negaraku  telah dimainkan buat pertama kalinya selepas PM kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebaik saja laungan "Merdeka", drum-roll dan lagu  Negaraku dimainkan sambil bendera Persekutuan dinaikkan. Tonton klip video di sebelah. Alhamdullillah, dah pun 50 tahun negara kita Merdeka.

Siapakah pencipta lagu  Negaraku ? Sebenarnya, lagu Negaraku  bukan dicipta pada tahun 1957. Lagu ini mempunyai susur galur asal usulnya yang panjang dan menarik. Tidak seperti lagu kebangsaan negara2 lain.

 Negaraku  berasal dari lagu rasmi Negeri Perak. Cuba korang dengar lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" (lagu rasmi Negeri Perak) di sebelah ini. Mungkin korang tertanya2, mengapa pulak lagu  Negaraku  ini diambil daripada lagu negeri Perak.

Pada tahun 1957, sebelum negara kita merdeka, negara belum mempunyai lagu kebangsaan. Namun setiap negeri di Malaya ketika itu mempunyai lagu kebesarannya tersendiri. Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk mengangkat lagu kebesaran salah sebuah negeri untuk dijadikan lagu kebangsaan. Setelah semua lagu negeri diperdengarkan,  Tunku telah memilih melodi lagu kebangsaan negeri Perak.

Aku masih ingat lagi masa sekolah dulu kat Perak. Lepas saja lagu  Negaraku , kitorg menyanyikan lagu Negeri Perak. Aku pelik kenapa lagu ni melodinya sama dengan lagu  Negaraku . Skang, baru aku tau sebabnya.

Bagaimanakah pula sejarah lagu kebangsaan Perak ini? Begini citernya... Raja Abdullah (Sultan Perak) telah dibuang negeri ke Seychelles pada 30 Mac 1877. Pada masa tu, melodi lagu di atas sangat popular di Seychelles. Tajuk lagu itu ialah La Rosalie dan dicipta oleh ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger. Rujuk wikipedia di sini.

Ketika Raja Chulan melawat Raja Abdullah di sana, dia juga telah mendengar lagu La Rosalie dan tertarik dengan melodinya. Ketika balik ke Perak, dia telah mengesyorkan kepada Sultan Idris (sultan Perak ketika itu) agar melodi tersebut dijadikan sebagai lagu kebangsaan Perak. Pada tahun 1888, lagu ini secara rasmi menjadi lagu kebangsaan negeri Perak dengan tajuk "Allah Lanjutkan Usia Sultan".

Sejarah lagu Negeri Perak ini juga boleh didapati di laman web National Anthems of The World Organisation (NAW) di sini dan sini. Tidak terdapat pun catatan bahawa lagu di atas diterbitkan daripada lagu Terang Bulan. Cuba baca keratan di bawah ini yang diambil daripada wikipedia. Untuk maklumat lanjut, rujuk sini.

Negaraku" (English: "My Country") is the national anthem of Malaysia. "Negaraku" was selected as a national anthem at the time of the Federation of Malaya's independence from Britain in 1957. The tune was originally used as the state anthem of Perak. The tune was also used for a popular song of that time, Terang Bulan, which was later borrowed by the song Mamula Moon, sang by Felix Mendelssohn and his Hawaiian Serenaders.

Selain itu, akhbar The New Straits Times juga ada menerbitkan Rencana bertajuk "Negaraku: Anthem not based on Indonesia Song" pada 16 Oktober 2007. Klik sini untuk berita lanjut atau klik pada gambar di sebelah.

Dari situ, terbukti bahawa, lagu Negaraku  dan lagu Perak bukan diterbitkan daripada lagu Terang Bulan. Tapi sebaliknya. Terang Bulan yang meniru melodi lagu negeri Perak ini. Bukti ini juga boleh didapati di laman web National Anthems Info di sini.

Melodi lagu Negaraku juga turut digunakan dalam lagu Mamula Moon yang dicipta pada tahun 1940an.

Begitulah hebatnya melodi lagu Negaraku   kita ini. Apa tidaknya, di Indonesia mereka menyanyikan lagu rakyat Terang Bulan dengan irama lagu kebangsaan kita! Lihat klip video di sebelah. Lagu ini mempunyai melodi yang sama dengan Negaraku  dinyanyikan oleh Anneke Grönloh, seorang penyanyi Indonesia berketurunan Belanda.

Bayangkan irama lagu kebangsaan kita berkumandang di negara jiran. Aku yakin setiap rakyat Indonesia tahu akan irama lagu kebangsaan kita. Bangga lah kita dengan lagu kebangsaan kita. Negaraku ...

p/s - Aku tak pernah dengar pun irama lagu kebangsaan Indonesia. Bagaimana lagu nya?

Apa Itu Maling? Malaysia?

Korang tentu sudah masak dengan perangai rakyat jiran serumpun kita kan? Apa saja yang Malaysia buat, pasti ada yang tidak kena. Kemudian, mulalah mereka dengan taktik kuno mereka "Ganyang Malaysia". Bakar bendera jangan cakap lahh. Itu memang sudah jadi budaya mereka. Siapa yang provokator di sini?

Tidak cukup dengan itu, yang terbaru mereka telah menerbitkan sebuah laman web untuk memburukkan Malaysia. Aku sendiri tertanya2 apa untungnya mereka membina laman web sedemikian? Lihatlah betapa busuknya hati jiran tetangga kita ini.

Dalam pada memburukkan Malaysia, terselit pulak promosi Tahun Melawat Indonesia 2008 dalam laman web berkenaan. Nampak sangat Indonesia ketandusan idea untuk mempromosikan pelancongannya. Lihat saja header laman web tersebut yang diciplak dari laman promosi pelancongan Malaysia. Guess what? Mereka menumpang populariti negara yang mereka gelar Malingsia. Hahaha.

Wah hebat ya negara Malingsia ini hingga digunakan oleh negara jiran untuk kampanye pariwisatanya. Ini sekaligus menunjukkan kempen pelancongan Malaysia Truly Asia begitu berjaya hinggakan mereka gentar dengan kejayaan pelancongan kita. Apa tidaknya title laman web berkenaan ialah ".: Malaysia truly thief of Asia :. Please don't Visit Malaysia 2007". Tengok, betapa berjayanya kita hinggakan mereka merayu kepada dunia menggunakan perkataan please jangan melawat Malaysia. Adakah pelancong luar simpati dengan mereka atau hanya mentertawakan mereka?

Tahukah anda apakah Maling sebenarnya? Menurut wikipedia, Maling adalah nama sebuah tempat di negara China yang sekarang ini merupakan bandar Dazhangjia. Pada tahun 342 SM, suatu peperangan telah berlaku di bandar Maling. Untuk maklumat lanjut, klik sini. Apa kaitannya Maling dengan Malaysia? Aku sendiri pun tidak faham dengan pemikiran Indonesia ini. Sampai sejarah Cina pun diorg nak rampok.

Tak per, diorg nak guna, gunalah. Setidaknya, promosi pelancongan mereka pun menggunakan nama Maling. Jadi, ringkasnya Malingsia adalah nama yang digunakan oleh Indonesia untuk promosi tahun melawat pelancongan mereka tahun hadapan. Adakah kita akan menyaman mereka guna nama Maling? Sudah pasti tidak. Ia gratis,ya mas.

Wednesday 14 November 2007

Siapa Provakator Rasa Sayang Sebenarnya?

Blog ini dituduh sebagai provokator dalam isu lagu Rasa Sayang oleh pengunjung dari Indonesia. Aku ingatkan isu ni dah diam, tapi tak reda2 jugak kat shout-box. Dengan ini, blog ini menegaskan bahawa Lagu Rasa Sayang adalah lagu milik bersama Malaysia dan Indonesia dan bukannya milik Indonesia sepenuhnya.

Ini diakui sendiri dari berita yang dipetik daripada laman web Radio Republik Indonesia (RRI). Berita ini disiarkan pada hari Ahad lepas (11 November 2007).

MALAYSIA AKUI LAGU RASA SAYANGE MILIK BERSAMA INDONESIA

Jakarta--RRI-Online, Pihak pejabat resmi Malaysia akhirnya mengakui, lagu "Rasa Sayange" merupakan milik warisan bersama bangsa Melayu Indonesia dan Malaysia.

"Saya mengutip pendapat dari Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Budaya mereka (Malaysia), juga pandangan dari seorang pejabat dari Indonesia," kata Koordinator Media `Ship South East ASEAN Youth Program` (SSEAP) dari Indonesia, Devianti, di Jakarta, Minggu (11/11).

Kutipan atas pernyataan-pernyataan dua pejabat itu, menurutnya, ditayangkan dalam program "Indonesia Now" di sebuah media televisi berita, Minggu petang.

Lagu "Rasa Sayange` yang sebelumnya telah jadi paket promosi pariwisata Malaysia, menjadi semakin heboh ketika dinyanyikan oleh para pemuda Malaysia peserta SSEAP di Jepang beberapa waktu lalu.

Akibatnya, muncul banyak komplain dari Indonesia yang sebelumnya juga merasa kecewa dengan sikap Malaysia, karena telah mengklaim lagu "Rasa Sayang Hei" sebagai lagu rakyat warisan budaya mereka, sebagaimana juga berlaku atas lagu "Burung Kakatua".

"Mudah-mudahan hal yang sama (dinyanyikannya lagu "Rasa Sayang Hei" oleh pemuda Malaysia di Tokyo), tak terjadi di sini (Jakarta). Khan mereka sudah akui, itu milik bersama dua bangsa yang ada suku Melayu-nya," ujar Devianti.

Ia mengatakan itu kepada ANTARA, sehubungan dengan program besar SSEAP Indonesia, yakni kedatangan serentak 315 pemuda-pemudi se-ASEAN, 13 hingga 16 November 2007 di Jakarta.

Untuk berita penuh, layari laman web RRI di sini.

Dalam pada kita menjernihkan hubungan yang tercalar dengan mengatakan ia lagu bersama, ada pulak yang cuba mengeruhkan keadaan. Ini lah sikap jiran kita Indonesia. Tidak pernah puas dengan apa yang dinyatakan oleh tetangganya. Dipetik dari AntaraNews (14 November 2007)

Indonesia Jangan Menerima "Rasa Sayange" Sebagai Milik Bersama

Medan (ANTARA News) - Antropolog Prof. Dr. Hj. Chalida Fahruddin meminta pemerintah Indonesia tidak menerima begitu saja lagu "Rasa Sayange" menjadi milik bersama bangsa Melayu Indonesia-Malaysia.

"Penyelesaian masalah itu harus dibicarakan pada forum bersama yang resmi antara pemerintah Indonesia dan negara jiran itu," katanya kepada ANTARA di Medan, Rabu, ketika menanggapi pernyataan pejabat resmi Malaysia yang mengatakan lagu tersebut milik bersama kedua negara.

Menurut Guru Besar Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP) Universitas Sumatera Utara itu, peryataan pejabat negara tetangga yang mengklaim lagu "Rasa Sayange" milik bersama itu harus diprotes oleh pemerintah Indonesia.

"Apa dasarnya pemerintah Malaysia yang menyebutkan lagu ciptaan seniman Indonesia itu sebagai milik bersama. Pernyataan ini harus menjadi pertimbangan bagi pemerintah Indonesia, jangan seenaknya negara itu mencatut lagu dan menjadikannya milik bersama," katanya menegaskan.

Selanjutnya ia menjelaskan, bila kasus lagu "Rasa Sayange" tidak dapat diselesaikan dengan baik, dikhawatirkan lagu-lagu daerah lain juga akan mengalami nasib yang sama.

Sehubungan itu, menurut dia, pemerintah Indonesia harus menyikapi dengan tegas. (*)

p/s - Siapa provokator sebenarnya di sini?

Monday 5 November 2007

Antarabangsa Akui Rasa Sayang Malaysia

Lagu Rasa Sayang merupakan ikon bagi negara Malaysia. Ibarat isi dengan kuku, lagu ini tidak boleh tidak dipisahkan dengan nama Malaysia. Penyanyi dari Hong Kong, Frances Yip turut mengakui bahawa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Malaysia. Ini terbukti dalam album Recollecting: The Very Best of Frances Yip yang memuatkan lagu-lagu rakyat pelbagai negara yang dinyanyikan sendiri oleh Frances Yip. Berikut ialah senarai lagu dalam album berkenaan.

Frances Yip mendendangkan lagu Rasa Sayang Eh bagi mewakili lagu rakyat dari Malaysia. Bagi Indonesia pulak, beliau tidak menyanyikan Rasa Sayange, tetapi memilih Bengawan Solo. Ini membuktikan artis antarabangsa turut mengakui bahawa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Malaysia. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang album Frances Yip ini.

Selain itu, laman web Kementerian Luar Negara Thailand bagi segmen ASEAN turut menyenaraikan lagu-lagu berikut di bawah tajuk เพลงของประเทศต่างๆ (phleng khong prathed taang-taang) yang bermaksud Lagu-lagu Semua Negara.

Dalam senarai di atas, laman web ASEAN tersebut turut menyenaraikan Rasa Sayang Eh sebagai lagu Malaysia. Manakala bagi Indonesia dinyatakan Buron Kakatua (Burung Kakak Tua) sebagai lagu negara tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, layari laman web Ministry of Foreign Affairs of Thailand di sini.

Sudah terang lagi bersuluh. Masyarakat antarabangsa sememangnya sejak dari dulu lagi mengakui bahasa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Malaysia. Malah lagu tersebut dijadikan ikon yang sinonim dengan negara Malaysia.  Aku hairan, setelah ini semua dibuktikan, Indonesia masih mahu menegakkan benang basah dengan mengatakan lagu Rasa Sayang adalah milik mereka. Diharapkan pendedahan ini akan membuka mata mereka tentang hakikat bahawa lagu Rasa Sayang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai lagu Malaysia. Apakah mereka masih tidak cukup dengan adanya Bengawan Solo dan Burung Kakak Tua?

p/s - Aku mencabar pengunjung Indonesia ke sini untuk membuktikan bahawa masyarakat antarabangsa mengakui lagu ini milik Indonesia. Buktikan

Thursday 1 November 2007

Filem Melayu Rasa Sayang, Eh

Jika Indonesia berbangga dengan rakaman Rasa Sayange yang dijadikan souvenir untuk Sukan Asia tahun 1962, Filem Melayu telah menerbitkan sebuah filem berjudul Rasa Sayang, Eh terlebih awal lagi iaitu pada tahun 1959.

Menarik sekali, filem ini bukan sahaja menjadikan lagu Rasa Sayang sebagai lagu latar, malah lagu berkenaan dijadikan tajuk filem yang dibintangi oleh Wahid Satay dan Maria Menado. Banyak adegan dalam filem berkenaan bermula dari intro filem hingga ke penutup menggunakan lagu Rasa Sayang. Tonton klip-klip video di bawah ini.

Rasa Sayang, Eh (Intro)

Ini adalah klip video pembukaan filem berkenaan. Wahid Satay mendendangkan lagu Rasa Sayang.

Rasa Sayang, Eh (Pulau Pinang ke Kuala Lumpur)

Klip video ini memaparkan rakaman di dalam kapal terbang Malayan Airways dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Klip ini juga memaparkan pemandangan sekitar bangunan Sultan Abdul Samad pada ketika itu. Rasa Sayang menjadi muzik latar.

Rasa Sayang, Eh

Salah satu babak filem yang mana Wahid Satay menyanyikan lagu Rasa Sayang di dalam sebuah bar.

Rasa Sayang, Eh (Lagu Latar)

Muzik instrumental Rasa Sayang turut dijadikan muzik latar filem Melayu ini.

Rasa Sayang, Eh (Penutup)

Penutup filem ini juga turut menggunakan lagu Rasa Sayang.

Rasa Sayange

Ini adalah klip video lagu Rasa Sayange. Klip video ini dihasilkan baru-baru ini  menggunakan lagu latar yang dijadikan souvenir untuk Sukan Asia 1962 oleh Indonesia.

Filem Rasa Sayang, Eh ini membuktikan bahawa lagu ini telah bertapak di Malaya sebelum pembentukan Malaysia lagi. Malah rakaman ini adalah lebih awal daripada lagu yang dijadikan souvenir oleh Indonesia.Untuk maklumat lanjut tentang filem ini, klik sini.

Nampaknya, dua buah filem lama yang diterbitkan di Malaya (satu filem Melayu dan satu filem Hindi), menggunakan lagu Rasa Sayang membuktikan bahawa lagu ini sudah lama menjadi siulan masyarakat di rantau ini sejak dahulu lagi. Sayangnya, masih ada lagi yang ingin membantah fakta ini dengan mengemukakan klip video ini pula.

Rasa Sayange (Sekadar Muzik Latar Filem Dokumentari Penjajah)

Klip video ini didakwa dihasilkan di Batavia (Jakarta masa kini). Tidak dapat dipastikan tahun bilakah klip video Belanda berkenaan dihasilkan.

Namun demikian, klip video di atas menjadi sanjungan Indonesia walaupun diterbitkan oleh penjajah mereka pada ketika itu iaitu Belanda. Jika korang tonton klip video di atas, amat malang sekali, lagu Rasa Sayang dijadikan hanya sekadar lagu latar. Itu pun tidak sampai 1 minit. Peliknya, tidak pulak dituduh penjajah itu mencuri lagu Rasa Sayang untuk dimasukkan dalam filem mereka. Malah, diagung2kan nya pulak.

Berbeza sekali dengan filem Melayu Rasa Sayang, Eh. Filem ini bukan menjadikan lagu ini sekadar muzik latar. Malah, mengangkat martabatnya lebih tinggi dengan menjadikannya tajuk filem, lagu intro, muzik latar dan lagu penutup. Malah ada babak yang mendendangkan lagu berkenaan. Dapatkan VCD Rasa Sayang, Eh di pasaran hari ini juga. Rasa Sayang, Eh... Rasa Sayang, Sayang Eh .

p/s - Aku bangga dengan filem tempatan bukan filem penjajah.

Tuesday 30 October 2007

Hey, Adakah Ini Dikatakan Sayang?

Tahukah anda bahawa lagu Rasa Sayang juga pernah dinyanyikan dalam filem Bollywood 48 tahun dahulu? Filem yang dimaksudkan berjudul Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa yang dirakam pada tahun 1959 di Singapura.  yang dibintangi oleh Shammi Kapoor.

 

Seorang pelakon berkerakyatan Malaysia, Maria Menado turut membintangi filem berkenaan sebagai pelakon jemputan. Lagu Rasa Sayang ini dinyanyikan oleh Mohd Rafi dan Lata Mangeshkar.

Singapura pada ketika itu adalah sebahagian daripada Malaya (sebelum Malaysia). Filem Bollywood ini menggunakan lagu Rasa Sayang sudah pasti kerana ia adalah lagu rakyat Malaya. Mustahil sebuah filem luar yang dirakamkan dalam negara akan mengambil lagu rakyat negara asing untuk didendangkan.

Cuba korang tonton klip video di atas. Antara lirik lagu berkenaan yang diberi nama Rasa Sayang Re (bukan Rasa Sayange) ialah

Rasa Sayang Re,
Rasa Sayang Sayang Re,
Hey, pyar ka hee nam?
(Hey, adakah ini dikatakan sayang?)
Rasa Sayang Sayang Re.

Lirik lagu dalam bahasa Hindi di atas "Hey, adakah ini dikatakan sayang?" seolah-olah menggambarkan situasi yang melanda hubungan Malaysia-Indonesia berkenaan sebuah lagu. Rasa Sayang kini menyebarkan rasa benci di antara rakyat kedua-dua negara. Lihat sajalah mesej2 pada shout-out box sebelah dan komen2 yang diberikan pada posting. Lupakah mereka apabila Acheh ditimpa bencana tsunami dulu, Malaysia adalah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan?

Persoalannya, adakah satu kerugian yang besar bagi Indonesia untuk mengakui bahawa lagu berkenaan adalah lagu Nusantara? Akan runtuhkah candi Borobudur jika Rasa Sayang itu dikongsi bersama Malaysia? Perlukah Indonesia menimbulkan provokasi terhadap Malaysia hanya kerana sebuah lagu? Hey, pyar ka hee nam?

Rasa Sayang Lagu Nusantara

Malaysia mendakwa bahawa Rasa Sayang atau Rasa Sayange merupakan lagu yang dimainkan di nusantara sejak zaman-berzaman. Banyak lagi lagu lain seperti Suriram (Soleram), Burung Kakak Tua, Jauh Di Mata, Burung Pungguk, Di Tanjung Katong, Terang Bulan dan Chan Mali Chan menjadi penghubung dalam mengukuhkan persaudaraan orang Melayu di rantau ini.

Rasa Sayang Nusantara (Indonesia, Singapura & Malaysia)

Klip video ini memaparkan gabungan klip video lagu Rasa Sayang dari negara Singapura dan negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Klip video di atas jelas menunjukkan bahawa lagu Rasa Sayang adalah lagu Kepulauan Nusantara. Namun begitu, lagu Rasa Sayang sudah cukup sinonim dengan negara Malaysia di peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah apabila lagu Rasa Sayang ini dimainkan, masyarakat luar mengatakan bahawa ini adalah lagu rakyat Malaysia. Hakikatnya, ia adalah lagu rakyat Nusantara. Jadi, tak perlulah kita berebut pasal sebuah lagu, kerana ia adalah milik semua. Siapa tahu, satu hari nanti, lagu ini diangkat menjadi lagu rakyat ASEAN. "Kita kann serumpunnnn...."

Monday 29 October 2007

Singapura Akui Rasa Sayang Lagu Malaysia

Penyanyi Singapura, Dick Lee penah mengakui bahawa lagu Rasa Sayang adalah merupakan lagu rakyat Malaysia (tonton klip video di sebelah) semasa konsertnya pada tahun 2004. Menurut Dick Lee, beliau terpaksa mengambil lagu rakyat Malaysia ini kerana di Singapura tidak terdapat lagu rakyat.

Ini membuktikan bahawa lagu Rasa Sayang ini terkenal di negara jiran, Singapura sebagai lagu rakyat Malaysia. Ini sekaligus menyangkal dakwaan Indonesia, bahawa lagu ini adalah lagu mereka. Sebagai negara yang berjiran, Malaysia tidak pernah mengambil tindakan drastik menyaman penyanyi Singapura ini pada tahun tersebut. Malah, tindakan penyanyi ini mendendangkan lagu rakyat ini menunjukkan semangat perpaduan Nusantara dan bukannya provokasi murahan.

10 Rasa Sayang vs 1 Rasa Sayange

Aku tertanya2 kenapa baru sekarang Indonesia mahu menuntut lagu Rasa Sayang yang dikatakan berasal dari daerah Maluku. Padahal lagu ini juga penah dinyanyikan oleh sorang penyanyi Taiwan, Teresa Teng. Siap dalam bahasa Mandarin lagi. Malah, Frances Yip dari Hong Kong juga penah merakamkan lagu Rasa Sayang ni. Tak pulak diorang nie disaman! Lagi menarik, cuba korang dengar baik2 lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Cina nie. Macam nak sambut Tahun Baru Cina pulak dengar lagu-lagu nie.

Kedua-dua telah menyanyikan lagu Rasa Sayang ini mengikut versi Malaysia dengan menyebut "Rasa Sayang, Hey" walaupun mereka bukan dari negara ini. Kalau lah lagu ini memang asalnya dari Indonesia, susah pasti mereka menyebut "Rasa Sayange"

Apabila Malaysia menggunakan lagu ini sebagai lagu promosi pelancongan (jingle kampanye pariwisata, wah siap berbahasa indonesia tuuuuu), mula lah Indonesia tidak senang duduk dan mula klaim lagu ini milik mereka. Ini menunjukkan bahawa negara jiran ini sentiasa ingin menimbulkan provokasi terhadap negara kita.

Lagi satu, cuma korang gelintar (search) kat internet fail MP3 Rasa Sayang atau Rasa Sayange. Berapa banyak yang korang jumpa versi Indonesia? Aku ada jumpa. Tapi satu jer. Lagu "Rasa Sayange" yang dirakamkan oleh PT Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos 1962. Kalau korang nak tau, ini lah rakaman pertama lagu Rasa Sayange di atas piring hitam di Indonesia untuk dijadikan cenderahati Sukan Asia pada tahun itu oleh Indonesia. Setahu aku, lagu Rasa Sayang ni dah popular di Malaysia sebelum tahun 1962 lagi. Fail MP3 tu pun masih baru yang diconvert dari piring hitam disebabkan isu perebutan Rasa Sayang. Kalau tak, rasanya memang tak ada langsung versi Rasa Sayang Indonesia.

Cuba korang cari pulak berapa banyak pulak jumlah versi Malaysia lagu Rasa Sayang ni? Yang pasti bukan hanya satu yerrrr... Korang dengar je lah dalam playlist di atas. Itu pun hanya sebahagian daripadanya. Apa yang Indonesia telah buat dengan lagu Rasa Sayange mereka? Mereka sekadar menjadikan lagu ini sebagai cenderahati untuk Sukan Asia tahun 1962. Mereka bukan saja tidak tahu siapa penciptanya, malah beberapa daerah di Indonesia pun saling klaim-mengklaim bahawa lagu ini milik daerah mereka. Tapi, kita di Malaysia, kita tidak menjadikan lagu ini cenderahati, malah mendendangkan di televisyen, radio dan konsert sejak sekian lama. Aku ingat lagi menyanyikan lagu ini di sekolah sejak kecil. Malah dalam mana-mana persembahan kebudayaan terutama dari Tourism Malaysia, pasti diakhiri dengan lagu Rasa Sayang. Beberapa konsert oleh artis terkenal negara juga turut menutup tirainya dengan mendendangkan lagu Rasa Sayang beramai2. Sebab itu lah terdapat begitu banyak fail MP3 pelbagai versi Rasa Sayang di Internet. Dan cuma 1 saja versi cenderahati Rasa Sayange.

Persoalannya sekarang, wajarkah negara yang mempunyai hanya 1 saja lagu Rasa Sayang ini mengklaim lagu ini miliknya dari sebuah negara yang sudah menerbitkan berpuluh-puluh versi lagu ini?

Rasa Sayang (Versi Kantonis)

Lagu ini dibawakan oleh Liu Jun Er. Ini melambangkan bahawa karya seni itu merentasi sempadan. Lagipun mengikut undang-undang hak cipta, selepas 25 tahun sesebuah lagu tidak dipatenkan, ia automatik menjadi milik umum dan bebas diguna sesiapa saja.

Rasa Sayang (Versi Kanak-kanak)

Klip video ini menunjukkan bahawa lagu Rasa Sayang ini bukan sahaja merupakan lagu warisan malah ia turut menjadi nyanyian kanak-kanak di Malaysia.

Sunday 28 October 2007

Indonesia Mengaku Rakyat Malaysia

Aku tertarik dengan mesej-mesej dari Shout-Out Box yang antara lain ditulis oleh mohd rizuan (alfian_adhi@yahoo.ca) pada 27/10/07 23:21 yang mengakui yang dirinya rakyat Malaysia.

mohd rizuan: klu pown kite Msia cakap lagu rasa sayange adalah lagu Kepulauan Nusantara (Malay Archipelago), rase2nyer tak pantas pulak lagu tu dijadikan jingle promosi pelancongan kita!

Sejak bila perkataan jingle ada dalam Bahasa Malaysia nie?

mohd rizuan: Karena lagu itu sememangnyer milik bersama. Jadi, sememangnyer pulak kite guna lagu yang benar2 asli lagu tempatan kite untuk kite jadikan lagu promosi pelancongan kite tu!

Orang Malaysia guna perkataan karena? Kerana apa ya? Hehehe.

mohd rizuan: Saya ni bangsa msia, melayu sgt, tp saye x faham dgn ape2 yg difikirkan oleh rakan2 saya di msia ni…

mohd rizuan: saya pown lebih meminati muzik2 indon, mereka kreatif, x cam kitorang ni, dimaner kreativiti kita? malu saya sebagai bangsa msia... indon sememangnyer best la!

Menarik sekali ayat-ayat bahasa Malaysia yang digunakan oleh mohd rizuan "Malaysia". Jadi untuk kepastian, aku pun menyemak IP Address mesej yang dihantar dan ini adalah hasilnya.

Nampaknya, mohd rizuan mempunyai IP Address yang sama dengan steve (wakhyu_gumilar@yahoo.co.id) iaitu 125.160.121.140. Patutlah steve mengemukakan mesej berikut di Shout-Out Box selang 4 minit dari mohd rizuan dengan menyokong kata-katanya sendiri.

steve: rizuan tu orang malaysia yg sadar, selebihnya gila semua! huhuhu...

Jom kita check, lokasi mohd rizuan dan steve ini melalui iplocationfinder.com. Korang tengok sendiri gambar di bawah dan jawab la sendiri.

Dalam pada mereka menuduh kita mencuri lagu Rasa Sayang, ada pulak rakyat negara tersebut yang mengaku dari Malaysia.

Wednesday 24 October 2007

Suriram vs Soleram

Aku suka mendengar lagu raya nie dendangan Yusni Jaafar, R Jaafar dan AR Badul. Lagu berjudul Suriram yang diubahsuai menjadi Sorrylah. Lagu ini terdapat dalam album Gembira Bersama YBJ di Aidilfitri yang diterbitkan tahun 1994. Lagu Suriram ini juga mungkin mengundang kontroversi seperti lagu Rasa Sayang. Indonesia mungkin akan menuduh Yusni Jaafar, R. Jaafar dan AR Badul mencuri lagu Soleram yang turut popular di kepulauan Melayu Riau kerana mereka sering menyangka diri mereka di pihak yang benar.

Bak kata lagu YBJ "Sorrylah... sorrylah... sorrylah, jangan Marah, Bukan Seloka, bukan bermadah sayang..... Hanya bergurau senda semata".

Lagu Suriram ini juga pernah dinyanyikan oleh Normadiah (Lihat playlist di atas).

Selain itu, lagu ini turut dimuatkan dalam filem Tun Fatimah yang diterbitkan pada tahun 1962.

Betapa kayanya budaya Nusantara ini. Janganlah kerana satu-satu lagu, kita bangsa Melayu dengan bergaduh sesama sendiri. Entah2 diorg pun tak penah dengar lagu2 nie. Dalam kes lagu Rasa Sayang contohnya. Nampak sangat lagu tersebut tidak berjaya dituntut oleh Indonesia kerana sehingga hari ni, Malaysia masih menggunakan lagu ini sebagai lagu promosi pelancongan. Kita pun dapat lihat di TV. Makin rancak lagu Rasa Sayang ni ditayangkan setiap hari tanpa disaman oleh sesiapa. Tentu Indonesia malu dengan provokasi mereka sebelum ini.

Oleh itu, teman-teman sebangsa. Jangan buat malu pada bangsa asing dengan bergaduh pasal satu lagu. Diorg bukannya faham pun maksud lagu kita nie. Entah-entah mendengarnya pun jarang sekali.

Wednesday 10 October 2007

Apa Isunya Rasa Sayang

Isu lagu Rasa Sayang ni tak habis-habis lagi nampaknya. Dalam isu ni, aku bersetuju dengan emel yang dihantar oleh kuseman@pc.jaring.my kepada ruangan Rencana di Utusan Malaysia.Dipetik dari Utusan Malaysia, 8 Oktober 2007

APABILA ada ahli Parlimen Indonesia mendakwa lagu Rasa Sayang adalah lagu rakyat Indonesia, sebaik-baiknya kita tidak melayan dengan menghujah balik kepada mereka. Ini kerana dakwaan yang dibuat itu lebih bersifat provokasi dan tidak memperlihatkan satu sikap yang bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Indonesia yang mendakwa itu lagu Indonesia sengaja mencari publisiti murahan, maka sewajarnya kita tidak mempedulikan. Fikiran ahli-ahli Parlimen mereka sangat mundur apabila membangkit isu seremeh ini. Tujuannya dengan tidak mengeluarkan modal sesen pun, mereka mendapat publisiti. Mereka tahu untuk mengesahkan milik sebenar lagu Rasa Sayang bukan suatu yang mudah.

Maka kita tidak perlu berdebat dengan ahli Parlimen Indonesia yang mundur dan sengkek. Ini bukan saja suatu yang tidak wajar malah membuang masa dan wang ringgit kerana tidak ada bezanya kalau lagu itu milik Indonesia atau Malaysia. Ini kerana lagu Rasa Sayang tidak membawa pengertian yang besar untuk membuatkan orang luar memahami Malaysia. Maka agak menghairankan apabila lagu itu seolah-olah menjadi lagu rasmi bagi negara ini sedangkan kita mempunyai banyak lagu rakyat lain yang lebih menggambarkan Malaysia. Memanglah lagu Rasa Sayang dinyanyikan sejak kita zaman kanak-kanak dulu tetapi itu tidak bererti harus dilangsungkan kalau isi pengertiannya tidak menjurus kepada sosiobudaya masyarakat negara ini.

Dakwaan yang tidak bertanggungjawab begitu seharusnya dilihat sebagai sampah saja. Kalau benar lagu itu milik Indonesia kenapa baru sekarang timbul isu pemiliknya? Kenapa tidak 10 atau 20 tahun lalu atau sebelum kita mencapai kemerdekaan? Lagu Rasa Sayang sudah dinyanyikan sejak sebelum merdeka lagi. Kenapa tahun 2007 dipilih sebagai tarikh untuk menuntut kembali hak yang dikatakan dimiliki oleh orang lain? Inilah masalahnya ahli Parlimen Indonesia yang mendakwa lagu itu milik mereka. Kita tidak perlu melayan dakwaan seperti itu.

Anggaplah dakwaan itu sebagai satu kenakalan yang sengaja melontarkan provokasi supaya kita melatah. Kalau kita melayan isu lagu Rasa Sayang, pasti akan timbul banyak lagi tuntutan yang tidak berjejak pada akar umbi yang nyata. Siapa saja boleh mendakwa itu dan ini, tetapi tidak semuanya mesti dilayan.

Realitinya kita boleh hidup dan berbudaya dengan lagu Rasa Sayang. Tidak kira sama ada lagu ini milik kita atau Indonesia, Rasa Sayang bukanlah sebuah ciptaan yang mengambil kira pemikiran budaya masyarakat negara ini. Mulai sekarang kita mesti memilih lagu-lagu rakyat yang benar-benar sesuai saja untuk menjadi lagu yang dinyanyikan pada acara-acara rasmi. Malangnya ada pihak telah menjulang lagu Rasa Sayang dalam kempen Malaysia Truly Asia untuk menarik pelancong ke negara ini.

Kepada ahli Parlimen Indonesia yang mendakwa Rasa Sayang milik Indonesia, apa bezanya kalau ia milik Malaysia atau Indonesia? Bukankah karya seni itu suatu yang merentasi tembok bahasa, budaya, politik dan kepercayaan? Nah, kalau milik siapa pun ia tidak mengubah apa-apa, ternyata dakwaan itu hanya provokasi yang tidak ada hasilnya.

Aku bersetuju benar dengan apa yang beliau tulis di atas. Tambah2 lagi dah nak dekat raya nie, apa guna kita bergaduh. Macam apa yang ditulis di atas, kita anggap saja dakwaan bahasa lagu Rasa Sayang milik Indonesia sebagai sampah.