Sunday 15 June 2008

Indonesia Negara Busung Lapar

Disebabkan terlalu sibuk berebut dengan negara jirannya tentang lagu Rasa Sayang, batik dan Reog, Indonesia kini menjadi negara kebuluran.

Malahan seorang blogger Indonesia pernah mengatakan Dari Sabang Sampai Merauke Rakyat Indonesia Mati Kelaparan. Kata-kata blogger itu ada betulnya apabila Utusan Malaysia melaporkan berita berikut pada 13 Jun 2008.

Daripada berebut tentang  satay, mee bandung, mee jawa, mee sumatra, mee papua, mee siam, rendang, kunyit, tempe, terasi (belacan) dan ikan, adalah lebih baik jika kerajaan Indonesia menyuap mulut rakyatnya sendiri dengan makanan2 tersebut. Hehehehe.

Friday 13 June 2008

Ikan Kelisa: Klaim Bodoh Indonesia

Setelah Indonesia kalah dalam isu menuntut lagu Rasa Sayang, batik, barongan, rendang, tempe dan kunyit, kini mereka membuat isu baru yang dianggap bodoh. Mereka kini menuduh Malaysia mengklaim bahawa ikan arowana atau kelisa sebagai milik Malaysia.

Nak tergelak aku bila menonton klip video berita di atas yang disampai oleh juruhebah sebelum ini turut menimbulkan isu bodoh pematenan tempe dan kunyit. Kini, isu bodoh ikan pula yang disampai media negara itu.

Di sini dapatlah kita menilai tahap mentaliti pers negara Indonesia. Selepas isu ikan arowana, sudah pasti selepas ini Indonesia akan mengklaim katak, kodok, monyet dan beruk sebagai milik negara mereka. Sama2lah kita tunggu dan lihat.