Tuesday 13 October 2009

TKI Bantah Ancaman BENDERA Indonesia

Tindakan bodoh rakyat Indonesia di bawah Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) kononnya mahu menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009 ternyata tidak berhasil. Hakikatnya sehingga hari ini negara Malaysia masih aman dan makmur.

Tindakan bodoh mereka juga turut dibantah oleh Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang berada di Malaysia. Berikut ini adalah petikan daripada Buletin Utama bertarikh 11 Oktober 2009.

   

Ternyata, rakyat Indonesia di Malaysia tidak diperbodohkan oleh media mereka yang memfitnah kononnya Malaysia menyiksa TKI. Mereka dengan bangga menyatakan bahawa "Kami Aman Di Malaysia", "Terima kasih bantuan di Padang" dan "Jangan tutup rejeki kami". Mereka menyedari bahawa jika BENDERA menyerang Malaysia, sudah pasti rakyat Indonesia tidak akan lagi diterima bekerja di Malaysia. Lantaran itu, berjuta-juta rakyat Indonesia akan terus miskin.

 
 

Kepada BENDERA dan rakyat Indonesia di seberang sana, ingat pesan dari TKI kalian, "No ganyang Yes kenyang".

p/s-Syukur masih ada lagi rakyat Indonesia yang pintar.

 

Bantuan Malaysia Tidak Dihargai Indonesia

Sungguhpun Indonesia memfitnah Malaysia itu dan ini sehingga mereka sweeping warga Malaysia dan mengancam menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009, itu sedikitpun tidak menghalang Malaysia daripada membantu jirannya yang kesusahan.

Sungguhpun tindakan Malaysia itu disifatkan sebagai melepas anjing tersepit, namun Malaysia tetap menunaikan kewajipan membantu jiran yang sedang dalam kesengsaraan. Buktinya ketika negara Indonesia merangkak-rangkak selepas dilanda gempa bumi di Padang, Malaysia menghulurkan bantuan sebanyak RM3.5 juta atau Rp. 10 Milyar atau Rp 10000000000. Klip video berikut dipetik dari Buletin Utama bertarikh 11 Oktober 2009.

 
   

Bencana gempa bumi yang ditimpa ke atas Indonesia ini belum cukup mengajar mereka tentang pentingnya berbaik dengan negara jiran. Malah susu yang diberi, dibalas dengan tuba. Setelah bantuan tidak ternilai ini, baru-baru ini Indonesia menolak pula mahasiswa Malaysia daripada menuntut di universiti negara pulau berkenaan.

Namun, ini tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia kerana universiti di Indonesia dianggap low-class kerana tidak tersenarai sebagai antara 200 universiti terbaik dunia.

 

Monday 12 October 2009

Mahasiswa Malaysia Ditolak Universiti Tercorot Di Dunia

Kerana terprovokasi dengan laporan media Indonesia kononnya Malaysia mencuri budaya Indonesia, beberapa universiti (universitas dalam bahasa Indonesia) Indonesia kini menolak mahasiswa Malaysia. Berikut ini adalah nama universiti dan keratan akhbar yang menyatakan bahawa Indonesia menolak mahasiswa negara kita.

Universiti Diponegoro

Universitas Diponegoro (Undip) Semarang menegaskan tidak lagi menerima mahasiswa asal Malaysia pada penerimaan mahasiswa baru tahun ajaran 2009. [Sumber]


Universiti Sebelas Maret

Mulai tahun akademik 2009/2010, Universitas Sebelas Maret (UNS) Surakarta menghentikan penerimaan mahasiswa baru asal Malaysia. [Sumber]


Universiti Muhammadiyah

Fakultas Kedokteran (FK) Universitas Muhammadiyah (Unmuh) Malang, Jawa Timur (Jatim), menolak mahasiswa asal Malaysia yang akan kuliah di fakultas itu, karena berbagai pertimbangan. [Sumber]


Universiti Muhammadiyah Malang

Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) tak mau menerima mahasiswa Malaysia yang hendak menimba ilmu di Fakultas Kedokteran. [Sumber]


Universiti Gajah Mada

Puluhan anggota Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Komisariat Fisipol Universitas Gadjah Mada (UGM) menggelar demo menolak mahasiswa Malaysia. Mereka meminta UGM tidak lagi menerima mahasiswa asal Malaysia. [Sumber]


Alasan mereka menolak mahasiswa Malaysia ini adalah kerana alasan yang bodoh iaitu isu tarian Pendet dan  Ambalat.

   

Akibat dari merenggangnya hubungan antar Negara tetangga ini dimulai dari pelanggaran Malaysia terhadap pelanggaran perbatasan wilayah Ambalat atau indonesia, selain itu adanya Klaim pada iklan visit malaysia yang menampilkan tari pendet sebagai kebudayaan indonesia.  [Sumber]

 

Kebodohan universiti Indonesia kian terserlah apabila tiada satu pun universiti negara itu tersenarai dalam Top 200 world universities bagi tahun 2009 [Sumber].

p/s-Perlukah kita merasa rugi ditolak oleh universiti yang rankingnya terpuruk di dunia ini?

Wednesday 7 October 2009

UNESCO Iktiraf Hanya "Batik Indonesia" bukannya "Batik"

Pada 2 Oktober 2009, UNESCO telah menambah "Batik Indonesia" ke dalam senarai Warisan Budaya Bernilai. Semenjak tarikh itu, rakyat Indonesia bermegah-megah bahawa negara lain tidak boleh mengklaim batik.

Diingatkan bahawa, perkataan yang digunakan dalam senarai UNESCO ini adalah "Batik Indonesia" dan bukannya perkataan "batik" sahaja.

Ini bermaksud, UNESCO mengiktiraf "Batik Indonesia" sebagai warisan budaya Indonesia dan bukannya batik sebagai warisan budaya Indonesia.

Oleh itu, Malaysia juga boleh memohon agar "Batik Malaysia" turut ditambah ke dalam senarai Warisan Budaya Bernilai tersebut. Ini diakui oleh pakar Warisan Indonesia berikut.

Bagaimanapun, pakar Persatuan Warisan Indonesia, Judi Achjadi berkata, pengiktirafan UNESCO terhadap batik Indonesia tidak bermakna Malaysia yang memiliki tradisi tersendiri dalam membuat batik, tidak mempunyai hak terhadap hasil seni itu, yang telah tersebar di seluruh Asia, Asia Barat dan Afrika. [Sumber]

Wakil UNESCO sendiri mengakui bahawa negara lain termasuk Malaysia juga boleh menggunakan batik.

Pakar budaya UNESCO, Masanori Nagaoka pula berkata, pengiktirafan untuk kain Indonesia itu tidak bermaksud negara lain tidak boleh menuntut hasil seni tersebut, tetapi Indonesia katanya sengaja mencari masalah dengan mengemukakan pencalonan. [Sumber]

Yang pasti, terdaftarnya "Batik Indonesia" ke dalam senarai UNESCO tidak akan melenyapkan Batik Malaysia. Semoga satu hari nanti, kerajaan Malaysia akan mengambil inisiatif memohon agar Batik Malaysia dimasukkan sebagai Warisan Budaya Bernilai UNESCO.

p/s-Batik Indonesia tentulah asli Indonesia, Batik Malaysia pastinya asli Malaysia.

Tuesday 6 October 2009

Indonesia Serang Malaysia 8 Oktober 2009?

4 Oktober 2009, akhbar The Star melaporkan bahawa kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) Indonesia akan menyerang Malaysia pada 8 Oktober 2009. [Sumber].

Ini turut diakui oleh berita TV3 pada hari yang sama.


Klik sini untuk download lagu penutup klip video di atas.

Dalam klip video di atas, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa turut dibodohkan. BENDERA ini adalah kumpulan yang sama yang telah gagal melakukan sweeping warga Malaysia di Jakarta pada bulan lepas.

Menurut akhbar The Star lagi, enam minggu yang lalu, 10 pengintip Bendera telah meloloskan diri masuk ke Malaysia untuk menubuhkan satu 'network' pekerja Indonesia dalam usaha 'perang' ini. Mereka kononnya telah berjaya menghubungi 1.45 juta pekerja Indonesia yang terdiri daripada pembantu rumah, pekerja binaan dan pekerja ladang yang akan membakar tempat kerja masing-masing apabila konfrantasi bermula.

Ini diakui sendiri oleh akhbar Indonesia berikut.

Koordinator Bendera Mustar Bonaventura mengklaim, pihaknya sudah menyusupkan 10 relawan ke wilayah Malaysia.

“Kami telah menyusupkan 10 orang relawan ke Malaysia untuk melakukan aksi intelijen,” kata Mustar di Jakarta, Rabu (9/9). Tugas mereka, kata Mustar, adalah melakukan aksi intelijen guna mengukur kekuatan sekaligus kelemahan pihak Malaysia yang dianggapnya sebagai musuh. [Sumber]

Menurut sebuah lagi akhbar Indonesia, pada 8 Oktober ini seramai 1,500 relawan BENDERA akan menuju Malaysia melalui pelabuhan di Surabaya.

Aktivis Bendera, Adian Napitupulu menambahkan, keberangkatan mereka ke Malaysia tanggal 8 Oktober mendatang sudah disiapkan seksama. Pemberangkatan 1500 relawan itu dilakukan dari pelabuhan Tanjung Perak Surabaya menuju beberapa titik perbatasan. "Lokasi masuknya rahasia." kata dia. [Sumber]

Akhbar The Star juga menyebut pada 8 Oktober ini, 300 orang Indonesia yang mempunyai ilmu kebal dan tidak lut ditikam atau ditembak akan menyerang Malaysia melalui Pontianak dan Nunukan di Borneo. Lihat gambar latihan mereka yang begitu primitif dan melucukan ini.

Yang pasti, mereka menggunakan ilmu mistik. Janganlah kita menjadi seperti rakyat Indonesia yang mengikut jejak syaitan dan menggunakan ilmu hitam seperti gambar di atas. Hanya kepada Allah kita berdoa dan berlindung.

Yang peliknya, adakah kumpulan BENDERA ini menyangka negara Malaysia tidak mempunyai undang-undang? Satu peringatan wahai BENDERA, undang-undang ISA sedang menunggu kalian.

Daripada menghabiskan masa dan tenaga untuk menyerang Malaysia, lebih baik kalian berangkat ke Padang dan guna senjata kalian untuk mengorek tanah bagi mencari mayat-mayat saudara kalian yang kian reput.

Jangan sekali-kali kalian lupa bahawa mangsa gempa bumi negara kalian kini turut dibantu pasukan penyelamat termasuk Malaysia.

p/s-Indonesia itu seperti diberi susu, dibalas tuba. Kita tunggu dan lihat 8 Oktober ini.Beranikah mereka menentang kedaulatan Malaysia atau mereka hanya jagoan kampungan.

Monday 5 October 2009

Melepas Anjing Tersepit Indonesia?

Ketika negara Indonesia sibuk memfitnah Malaysia mencuri budaya mereka, negara tersebut diturunkan bencana yang dahsyat! Gempa di tempat yang kononnya asli rendang itu lenyap dilanda gempa bumi.

Namun begitu, negara Malaysia masih mempunyai rasa perikemanusiaan. Buktinya, rakyat Malaysia bersimpati terhadap tetangganya yang ditimpa musibah tersebut walaupun rakyat negara itu sendiri yang melakukan sweeping terhadap warga Malaysia di Jakarta baru-baru ini.

Terbaru, Tabung Gempa 1 Malaysia dilancarkan.

PORT DICKSON 3 Okt. – Atas semangat keprihatinan terhadap penderitaan mangsa bencana alam khususnya mangsa gempa bumi di Sumatera Barat, stesen TV kerajaan RTM hari ini bekerjasama dengan badan bantuan kemanusiaan dan pembangunan antarabangsa Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan Tabung Gempa 1Malaysia Untuk Asia. [Sumber]

Tidak cukup dengan itu, rangkaian bank terbesar Malaysia telah terlebih dahulu mewujudkan Tabung Gempa Nusantara semata-mata untuk membantu tetangga kita yang dilanda musibah.

Rangkaian Media Prima pula melancarkan Tabung Bencana untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Padang.

Bantuan Malaysia kepada Indonesia ini sememangnya amat diharapkan oleh negara itu. Berikut ini adalah petikan dari akhbar Indonesia.

 

(ANTARA/Bernama-OANA) - Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan negaranya mengirim tiga jenis bantuan kepada korban gempa dahsyat yang menghantam Sumatra Barat.

Tiga jenis bantuan itu adalah regu pencari dan penyelamat (tim SAR), bantuan medis dan bantuan kemanusiaan, katanya. [Sumber]

Semua ini dilakukan oleh Malaysia untuk meringankan beban yang ditanggung penduduk di situ.

Lihatlah, betapa pentingnya sesebuah negara itu berbaik-baik dengan jirannya kerana apabila tercetus bencana atau bahaya, jiran-jiran itulah paling hampir untuk disandarkan harapan.

Sebab itu, seboleh-bolehnya jangan disakiti hati jiran seperti yang dilakukan oleh Indonesia.

Melihat sikap jiran kita yang angkuh ini, sudah pasti ramai rakyat Malaysia tersentuh hati. Tidak hairanlah, tabung-tabung yang dilancarkan sehingga hari ini kurang sambutan kerana rakyat Malaysia kini menganggap membantu Indonesia umpama melepas anjing tersepit.

p/s-Perlukah kita melepas anjing tersepit ini supaya bisa menyalak "Ganyang Malaysia" atau membakar Jalur Gemilang?

Friday 2 October 2009

Indonesia Takabbur Akhirnya Lebur

Sikap riak Indonesia kononnya segalanya asli mereka, akhirnya terpaksa akur dengan kebesaran Tuhan. Kawasan yang dibangga-banggakan sebagai asli rendang itu akhirnya ranap dan hancur dilanda gempa bumi besar pada 30 September 2009

Rakyat Indonesia yang sebelum ini berteriak "Ganyang Malaysia" dan "Rendang Asli Indonesia" kini terpaksa berteriak dan menangis apabila lebih seribu rakyatnya mati ditelan gempa bumi berkekuatan 7.6 Skala Richter itu. Innalillah wa inna lillahi rojiun.

Walaupun Indonesia sering memfitnah Malaysia, namun di tanah air, kita masih mempunyai hati budi yang baik terhadap jiran kita yang angkuh itu Berikut ini adalah petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 Oktober 2009.

Dalam suratnya kepada Susilo, Najib menyatakan rasa amat sedih dan terharunya dengan kejadian gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera Barat pada Rabu lepas.

“Dalam hal ini, saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia serta bagi pihak diri saya sendiri ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya. [Sumber]

Malah negara kita masih sanggup membantu negara jiran kita yang ditimpa musibah berganda itu.

Najib juga memberi jaminan kepada Susilo bahawa Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan sebarang kerjasama dan bantuan sewajarnya kepada Indonesia sekiranya diperlukan.

Beliau juga berdoa kepada Allah S.W.T agar terus melindungi Indonesia dan rakyatnya selain berharap mereka akan terus tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan itu.[Sumber]

Begitulah kerdilnya Indonesia. Semasa aman, mereka tidak sedar diri dan begitu takabbur kononnya semua budaya milik mereka.  Balasan Tuhan ke atas mereka ini diharap akan membuka mata mereka bahawa segalanya bukan asli Indonesia tetapi milik Yang Maha Esa.

p/s-Masih wujudkah rendang di Padang?