Friday 18 January 2008

Garuda Tidak Bisa Terbang Bebas Lagi

Selain daripada kesilapan memalukan pada slogan serta ketandusan laman web yang berkualiti bagi mempromosikan Tahun Kunjungan Wisata Indonesia (VIY 2008), VIY 2008 ini juga menghadapi cabaran getir dalam mencapai target kecil 7 juta turis mancanegara.

Ini kerana, semua pesawat penerbangan Indonesia masih lagi diharamkan terbang ke Eropah termasuklah pesawat kebangsaan negara itu, Garuda.

Klik gambar headlines berikut untuk berita penuh.

Gambar di sebelah menunjukkan air route terkini penerbangan Garuda (Klik untuk besarkan). Jika dulu, burung garuda mitos bebas terbang ke sana sini, Garuda moden hanya boleh mendarat tidak sampai 30 destinasi antarabangsa.

Pengharaman oleh Kesatuan Eropah (EU) ini disebabkan oleh banyaknya kecelakaan yang menimpa pesawat dari negara Indonesia yang meragut nyawa. Lihat gambar-gambar berikut.

EU menyifatkan penerbangan Indonesia tidak selamat digunakan. Dengan itu, penduduk2 di benua itu juga dinasihatkan agar tidak menggunakan pesawat penerbangan Indonesia di rantau Asia.Yang menjadikan keadaan lebih parah ialah apabila pelancong dari Eropah tidak lagi dilindungi insurans apabila menggunakan penerbangan Indonesia.

Walaupun turis Eropah masih boleh menggunakan penerbangan lain untuk ke Jakarta atau pulau Bali, bagaimanakah kalau mereka mahu ke Padang, Medan, Makassar, Sulawesi, Lombok, Jayapura, mahupun ke Pontianak? Destinasi tersebut sudah pasti mencatatkan kemerosotan daripada jumlah kemasukan pelancong.

Keratan akhbar online berikut membuktikan bahawa pengharaman ini menjejaskan sektor pelancongan negara itu.

Isu-isu di atas inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh negara itu tahun lepas sebelum sambutan VIY 2008. Ini tidak, mereka lebih tertarik dengan isu perebutan lagu Rasa Sayang, Reog Ponorogo, rendang, tempeh dan kunyit. Hasilnya, turis Eropah nggak bisa nongkrong Reog di Ponorogo kerana takut naik Garuda, mas!

9 comments:

  1. Ummm,MAS tu terbang mana2 negara tapi pesawat dia banyak kosong sebenarnye ... MAS tu cuma nak tunjukkan prestigee je ... ;p~ ... Flight domestik MAS pun banyak kosong jugak.

    MAS tu kan airline merugi ... Boleh berhutang pulak ... Sebelum komen airline negara orang, patut tengok airline negara sendiri dulu. COmpete dengan AIRASIA pun tak sanggup, macam mana pulak nak compete dengan airlines2 lain,

    KL - JKT, I prefer AIRASIA atau KLM lagi murah and comfy. Tak nak naik MAS, mahal gile ... fasiliti tak sebanding dengan tambang tiket...

    ReplyDelete
  2. Yang pasti, KL-JKT, jangan naik GARUDA... silap2 tak sampai Jakarta, sampai ke alam barzakh pulak. ;p~

    ReplyDelete
  3. Tak payah risau, nyawa semua di tangan Allah SWT. Kalau kita x percaya dengan Allah Swt, memang buat ini takut, buat itu takut ...

    Takut orang Melayu hilang di bumi (Tuah Hang Tuah pun trus Cancel-lah ahahaha) ,, asik sekat orang Cina & India. Tapi, ada jugak lah satu2 yang tak boleh tapis .. Macam NEGARAKUKU :D


    Kalau orang Melayu percaya Allah SWT. tak paya takut semestunya.. kan, kan, kan

    ReplyDelete
  4. MAS menang anugerah the best cabin service untuk a few years in row....

    ReplyDelete
  5. Arezeo, kenapa tidak ditranslatekan ke bahasa Inggeris, sekurang2nya, seluruh dunia boleh baca blog u yang menarik ni.

    Buat dua versi ker, versi Bahasa Melayu dan Versi English. Camaner?

    ( KL - JKT, I prefer AIRASIA atau KLM lagi murah and comfy. Tak nak naik MAS, mahal gile ... fasiliti tak sebanding dengan tambang tiket... ) --> mmg ler negara lu miskin mana mampu nak naik MAS.

    ReplyDelete
  6. ~~Buat #NegarakukuAdalahMalaysia ~~

    Ummm,MAS tu terbang mana2 negara tapi pesawat dia banyak kosong sebenarnye ... MAS tu cuma nak tunjukkan prestigee je ... ;p~ ... Flight domestik MAS pun banyak kosong jugak :--- Tuh pasallah tak terhempas sebab dia kosong. Cuba kalau penuh.. sure ader chance terhempas punya.

    MAS tu kan airline merugi ... Boleh berhutang pulak ... Sebelum komen airline negara orang, patut tengok airline negara sendiri dulu. COmpete dengan AIRASIA pun tak sanggup, macam mana pulak nak compete dengan airlines2 lain,:--- Kalau MAS berhutang berjuta alias berbilion pun apa mau kira.. Bukannyer susah pun, Kalau takder duit pun, cukai rakyatkan banyak. Boleh cover aper. Kalau bangkrap pun, bukan mak bapak CEO tuh jual tanah nak cover balik. Paling tidak pun kena pecat ajer. habis cerita. huhuhuhuhuhu..

    KL - JKT, I prefer AIRASIA atau KLM lagi murah and comfy. Tak nak naik MAS, mahal gile ... fasiliti tak sebanding dengan tambang tiket... :-- Yang nie aku tak nak komen, semua orang dah tahu. Tak siapa hingin nak naik MAS. Jualan tiket tak penting, yang penting "nama".

    ReplyDelete
  7. Flight domestik MAS pun banyak kosong jugak :--- Tuh pasallah tak terhempas sebab dia kosong. Cuba kalau penuh.. sure ader chance terhempas punya.
    Ada ke plane terhempas sebab penumpang ramai? Buat lawak bodo lak pagi2 nihhhh... hahahaha

    ReplyDelete
  8. Iya, betul...kebanyakan MAS itu merugi, sampai pusing petinggi MAS disana cara mengatasi kerugian ini, yang menang justru Singapore Airlines, saingan MAS, padahal dibanding MAS, Singapore Airlines tentu jauh lebih mudah umurnya.

    ReplyDelete
  9. kalau nak murah di Europe la kan..
    for example Frankfurt, lebih murah amek SIA..
    Amek SIA kat Changi, bukan KLIA..
    kabin 1sy class and harga lebih murah drpd MAS..

    (based on my experience..)

    tapi jangan pandang enteng sama MAS..
    MAS boleh berdaya saing..
    MAS boleh buat untung..
    And I truly believe in and respect Datuk Idris Jala..
    Sebab dia la kerugian MAS makin kurang and its profits makin naik..
    Just give it time...
    Dgn syarat lepas ni tak beli lagi lukisan bodoh yg harga mencecah jutaan RM...

    Malaysia Boleh, MAS pun boleh...

    ReplyDelete