Thursday 3 September 2009

Gempa Bumi adalah Bala Bencana dan Peringatan

Postingan ini adalah buat warga Indonesia yang mempertikaikan bahawa bala bencana gempa bumi yang diturunkan adalah peringatan atas sikap dan kesilapan mereka. Mereka dengan megah mempertikaikan bahawa gempa bumi di Tasik Malaya hanyalah fenomena alam biasa.

Petikan berikut diambil dari teks Khutbah Jumaat Siri 1: 07 Januari 2005 yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah mengenai Bencana Tsunami dulu. Untuk naskhah penuh, sila download di sini.

Keingkaran, maksiat, kejahatan dan kemungkaran yang merajalela dan membiak dalam masyarakat adalah antara punca kenapa bala bencana di darat dan laut diturun oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hamba-Nya. [Sumber]

Ayat al-Quran ini juga dipetik dari laman yang sama.

Bermaksud: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

[Surah Ar Ruum: Ayat 41]

Peristiwa gempa bumi yang berlaku selepas Indonesia memfitnah bahawa Malaysia mengklaim tari pendet, Pulau Jemur dan lain-lain seolah-olah merupakan bala bencana dan balasan kepada negara pulau tersebut.

Rakyat negara tersebut perlu intropeksi diri atas musibah yang melanda mereka dan bukannya bertindak sombong dan angkuh dengan membakar bendera negara lain. Berikut ini adalah foto bala bencana gempa bumi di Tasik Malaya, Indonesia.

Semoga bencana ke atas Indonesia ini akan menyedarkan mereka supaya menghentikan segala tohmahan dan fitnah ke atas negara Malaysia terutamanya di bulan Ramadan ini. Bulan Ramadan ini sepatutnya digunakan untuk bersatu padu dan bukan mengadu domba kononnya Malaysia mengklaim itu dan ini.

p/s-Adakah mereka akan sedar? Sama-samalah kita berdoa.

No comments:

Post a Comment